Isnin, Mei 18, 2015

Adat Pengebumian di Negara China

Tradisi tahunan Qingming di tapak perkuburan di China. Sumber: www.hihuadu.com

Penulis dan pengkritik yang terkenal Forster dari negara Inggeris dalam bukunya Aspects Of  The Novel mengatakan bahawa terdapat 5 acara utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu kelahiran, makanan, ketiduran, kecintaan dan kematian. Bagi manusia, kelahiran dan kematian memang adalah paling penting dalam kehidupan. Kita barangkali tidak boleh mangambil keputusan tentang kelahiran kita, tetapi setiap orang mesti menghadapi kematian. Kematian ialah proses yang manusia mesti alaminya. Saya berfikir bahawa kematian hanya mewakili penamatan nyawa manusia. Sebenarnya, kematian menyampaikan banyak maklumat kepada manusia. Contohnya, kita boleh mendapati kaitan rohani antara si mati dan si hidup melalui kematian. Setiap kaum ada penerangan sendiri terhadap kematian di dunia. Saya beranggapan bahawa pengebumian adalah sejenis cara yang terbaik untuk membayangkan penerangan manusia terhadap kematian, maka pengebumian menembusi ke dalam kebudayaan bangsa secara automatik.

Sebagai satu bahagian penting budaya manusia, kebudayaan pengebumian ialah komposit pelbagai kebudayaan dalam aktiviti komuniti. Ia diciptakan oleh komuniti berkenaan yang berkaitan dengan kematian. Di samping itu, kebudayan pengebumian mencerminkan tahap pembangunan tamadun sosial. Ia juga adalah salah satu tanda yang penting daripada tamadun bandar. Penjanaan kebudayaan pengebumian berkenaan dengan ideologi kekekalan roh manusia wujud dalam masyarakat primitif. Masyarakat itu menakuti dan menghormati roh. Jadi upacara yang bertujuan untuk menyimpan roh muncul. Sejajar dengan perkembangan masyarakat dari primitif ke moden, upacara ini telah mengalami proses perkembangan daripada yang mudah kepada yang lebih rumit. Pada akhirnya, upacara ini menjadi satu fenomena kebudayaan yang unik. Kebudayaan pengebumian merangkumi banyak kandungan seperti iman, etika dan sebagainya. Karangan saya cenderung untuk memperkenalkan adat pengebumian negara China, terutamanya, cara pengebumian di negara China.

Negara China mempunyai tamadun yang purba dan gilang-gemilang selama 5 ribu tahun. Adat-istiadat pengebumian sebagai sebahagian kebudayaan China diwarisi oleh orang China sehingga kini. Dalam banyak buku China, kita boleh membaca plot yang menceritakan perihal pengebumian. Misalnya, dalam buku Impian Istana Merah (Hong Lou Meng), penulis buku ini memperlihatkan acara pengebumian yang besar-besaran kepada pembaca. Kita boleh mendapati sejarah dan keadaan masyarakat negara. Saya percaya bahawa adat-istidat pengebumian China pasti mempunyai keistimewaan dan nilai-nilai kebudayaan sendiri.


Pengebumian Tanah

Pengebumian Tanah

Pengebumian tanah adalah adat pengebumian yang terawal dicipta, dan memiliki sejarah yang panjang. Selain itu, pengebumian jenis ini paling banyak digunakan oleh kaum-kaum di negara China. Pengebumian tanah berasal daripada masyarakat primitif seperti dalam tamadun Banpo. Tamadun ini sudah menggunakan pengebumian tanah. Kemudian dinasti Xia dan Yin juga menggunakan pengebumian tanah.

Maharaja Qin melarang pengebumian api (membakar mayat) berdasarkan teori “rambut dan kulit manusia daripada ibu bapa, jadi tidak boleh dirosakkan”.  Sebab itu semasa dinasti Qin dan dinasti Han, pengebumian tanah menjadi pengebumian utama dalam kalangan rakyat kaum Han. Pengebumian ini juga diwarisi turun-temurun oleh masyarakat China. Penghasilan pengebumian berkait rapat dengan pemikiran manusia yang beranggapan bahawa manusia pasti pulang ke tanah. Si mati harus dikebumikan. Jika sudah dikebumikan, barulah mendapat aman damai.

Dari zaman Paleolitik hingga sekarang, manusia selalu bersikap serius dengan penuh sewaktu manusia mengebumikan si mati. Biasanya, si mati dikebumikan dengan sejumlah besar barangan untuk melegakan roh si mati. Barang-barang ini terkandung alat kehidupan harian, makanan dan barang perhiasan.

Selaras dengan peralihan dinasti, pengebumian tanah juga memperlihatkan ciri-ciri masyarakat yang berbeza. Dinasti Shang China adalah tempoh kemuncak adat pengebumian. Bukan sahaja sebilangan besar barangan yang mewah dikebumikan, tetapi ramai hamba terpaksa dikebumikan bersama-sama mayat. Semasa dinasti Zhou, kerajaan menentukan ukuran kubur, jenis dan jumlah barang-barang pengebumian. Pada dinasti Zhan Guo, sistem permakaman dicipta dengan pemerintah sebagai pusat. Selepas Qin Shi Huang menjadi maharaja, beliau bermula untuk membina makam secara besar-besaran. Pada dinasti Han, manusia mempopularkan teori Feng Shui untuk memilih tanah perkuburan, adat yang hamba ditanam bersama-sama mayat dibatalkan, alat tembikar dan lain-lain sebagai barangan pengebumian. Pada dinasti Negara Tiga, Wei dan Jin, pemerintah mengalakkan orang ramai menggunakan barangan pengebumian yang ringkas. Sejak dinasti Chun Qiu, orang ramai membina kubur memerlukan kerajaan membahagikan tanah.
 
Pengalian oleh ahli arkeologi pada kubur purba menjumpai himpunan tulang-tulang manusia dalam satu kubur dan perkakasan tembikar

Ahli arkeologi China masih belum dapat memasuki makam Maharaja Qin Shi Huang. Ini adalah ilustrasi makam Maharaja Qin Shi Huang berdasarkan catatan ahli sejarah Sima Qian. Maharaja Qin Shi Huang telah membina makam yang terbesar dalam sejarah China untuk dirinya.

Oleh kerana adat pengkebumian menyebabkan pembaziran sumber, penyalahgunaan tanah ladang, penyakit berjangkit, maka ia telah beransur-ansur digantikan oleh undang-undang untuk membakar mayat selepas penubuhan Baru China, tetapi setakat ini masih disimpan di kawasan luar bandar jauh.


Pengebumian Api

Negara-negara di dunia menggalakkan rakyat menjalankan adat pengebumian api (membakar mayat) untuk menjimatkan tanah ladang yang jarang sejak abad ke-20, tambahan pula, pengebumian api boleh menjaga alam sekitar berbanding dengan pengebumian tanah.

Pengebumian api berasal daripada zaman Neolitik, pengebumian ini popular di rantau barat laut negara China pada masa dahulu, sebahagian kaum minoriti mengamalkan adat pengebumian ini seperti kaum Qiang, kaum Yi, kaum Nu, kaum Yao dan sebagainya. Pada mulanya, orang kaum Han berasa bahawa pengebumian api adalah sejenis adat buruk yang memberontak moral, seperti begitu, adat pengebumian api diguna dan dipopularkan oleh orang kaum Han mempunyai banyak sebab.

Pengebumian api mengikut perspektif agama dalam masyarakat di China

Agama adalah salah satu sebab yang penting daripada pengebumian api dipopularkan oleh orang ramai. Menurut catatan sejarah, agama Buddha telah diperkenalkan ke dalam negara China pada dinasti Han, jadi adat pengebumian api muncul di China sejak masa itu. Kita sudah maklum, agama Hindu dan agama Buddha mengamalkan adat pengebumian api. Penganut agama Buddha mengadakan acara pengebumian api untuk Sakyamuni, kemudian penganut-penganut yang lain juga meniru-niru kelakuan ini. Di China, ramai sami dan penganut Buddha menjalankan pengebumian api sejak dinasti Shui dan Tang.

Dalam dinasti Song, Yuan dan Qing, kerajaan pernah melarang orang ramai menjalankan pengebumian api, tetapi adat pengebumian api tidak boleh dihapuskan, kerana sami, penganut dan rakyat yang dekat kuil-kuil masih melakukan acara pengebumian api. Saya berfikir bahawa iman orang tidak boleh dihapuskan, jadi adat pengebumian ini disimpan dan di warisi sehingga sekarang.

Selain pengaruh agama, ada beberapa kumpulan sosial juga menjalankan pengebumian ini. Orang miskin tidak mampu membayar bayaran yang tinggi untuk melakukan pengebumian tanah, jadi mereka akan memilih pengebumian api. Bagi orang yang meninggal dunia akibat hawar (penyakit), keluarganya atau kerajaan akan membakar mayatnya untuk mengelakkan penyakit merebak.

Selepas penubuhan Baru China, pengetua negara selalu menggalak pengebumian api untuk menjimatkan tanah dan sumber. Kecuali Mao Ze Dong, ramai pengetua negara menjalankan pengebumian api seperti Zhou En Lai dan Teng Xiao Ping.

Sekarang hampir-hampir setiap kawasan ada tempat rasmi untuk menjalankan aktiviti membakar mayat. Abu tulang akan diletakkan di dalam bekas plastik segi empat tepat selepas mayat dibakar, kemudian bekas itu diletakkan ke dalam satu kotak kadbod atau beg baldu, keluarga si mati mesti membayar perbelanjaan bekas abu tulang. 


Pengebumian Air

Pengebumian air adalah sejenis cara pengebumian yang purba di dunia, ia menunjukkan manusia memasukkan mayat si mati ke dalam sungai, laut atau tasik, mayat akan terhanyut atau ditelan ikan-ikan. Pengebumian air popular di bahagian-bahagian selatan China, khasnya di kawasan dekat laut, sejumlah kaum minoriti juga menjalankan pengebumian air.

Air untuk manusia mempunyai maksud yang luar biasa. Air adalah asal-usul dan destinasi kehidupan manusia, manusia mempunyai harapan yang baik untuk air. Dalam banyak dongeng, air dianggap berkaitan dengan kebahagiaan, keelokan, kekekalan bersama-sama. Oleh kerana itu, manusia sentiasa mengadakan pengebumian air untuk si mati. Kebanyakan nelayan menggunakan pengebumian air, mereka dekat laut, mereka mencari nafkah dari laut, pada akhirnya, mereka juga mahu pulang ke laut.

Pada keseluruhannya, pengebumian air mempunyai tiga jenis bentuk yang utama. Bentuk jenis pertama adalah mayat diletakkan dalam sebuah sampan, seterusnya sampan diletakkan ke dalam laut, sampan itu akan terhanyut dengan pengaliran air. Kedua, si hidup menabur abu tulang si mati ke dalam laut, kelakuan ini juga dipanggil sebagai pengebumian air. Ketiga, manusia memasukkan mayat si mati ke dalam laut secara langsung, mayat si mati perlulah dibungkus, batu akan terikat pada mayat supaya mayat boleh tenggelam ke dalam air.


Si hidup menabur abu tulang si mati ke dalam laut dalam bentuk kedua acara pengebumian air

Majlis pengebumian ini akan mencemarkan air, jadi pengebumian ini dilarang oleh kerajaan, tetapi masih terdapat kaum atau orang miskin yang menjalankan acara pengebumian ini. Di kawasan Tibet, kadang-kadang orang Tibet juga mengamalkan pengebumian air kerana dipengaruhi agama. Di kawasan Yunnan, sebilangan kaum minoriti juga masih menjalankan acara pengebumian ini.


Pengebumian Langit

Pengebumian langit, juga dikenali sebagai pengebumian burung. Majlis pengebumian ini adalah yang paling biasa di kawasan Tibet dan Mongolia. Terdapat rekod tentang pengebumian ini dalam buku purba di China seperti Zhou Yi dan Meng Zi.

Di kawasan Tibet, pengebumian langit adalah cara pengebumian yang tradisi, manusia akan mengangkut mayat si mati ke satu tempat yang tentu. Mayat si mati dipakai pakaian, orang lain akan menghidang teh mentega kepada si mati, dan menjemput Lama untuk membacakan kitab untuk si mati. Lazimnya, mayat si mati diangkut ke kuil Lama dahulu, kemudian mayat dikerat dan diletakkan di tempat yang mengadakan pengebumian langit untuk mayat dipatuk oleh burung-burung (helang), kadang-kadang haiwan lain juga makan mayat. Orang kaum Tibet menganggap kelakuan ini sebagai beralamat baik, ini menunjukkan si mati telah pulang ke syurga.


Mayat si mati dimakan oleh haiwan dalam pengebumian langit

Kaum Mongolia juga mengamalkan adat pengebumian langit. Di kawasan kaum Mongolia, mayat si mati menghadapi langit, dan ditutup oleh kain yang bertulis kitab. Mayat diletakkan di kawasan terbiar, biarkan musang, serigala, burung karnivor makan mayat itu. Selepas tiga hari berlalu, saudara-mara pergi ke melawat, jika mayat itu ditelan oleh burung habis, ini bermakna roh si mati telah pulang ke syurga. Kalau mayat itu ditelan sedikit, ini bermaksud kelakuan si mati sangat buruk sebelum si mati masih hidup, bahkan burung-burung juga enggan makan mayatnya. Kalau seperti ini, keluarga si mati akan menjemput Lama melafazkan kitab untuk si mati hingga mayat si mati ditelan bersih.

Pengebumian langit memperlihatkan maksud kebudayaan mendalam masyarakat etnik purba dan kebijaksanaan ekologi amat munasabah di belakang bentuknya yang mudah, baik kaum Tibet mahupun kaum Mongolia. Kebijaksanaan ini mengekalkan keharmonian antara manusia dan alam, antara manusia secara sedar atau tidak sedar.


Pengebumian Cenuram

Terdapat satu adat pengebumian yang purba dan luar biasa iaitu pengebumian cenuram di kawasan Selatan China. Pengebumian ini menunjukkan manusia meletakkan keranda di cenuram. Pengebumian cenuram juga dipanggil sebagai pengebumian batu atau pengebumian dewa. Tempat yang menggantung keranda dipilih di cenuram yang menghadapi laut, sungai, atau tasik. Manusia menggunakan keranda seperti kapal untuk meletakkan mayat si mati. Syarat tersebut membayangkan pengebumian cenuram berasal dari penduduk yang berhampiran laut.

Menurut catatan sejarah dan telah dikuasai data arkeologi, pengebumian cenuram yang terawal didapati di kawasan Fu Jian dan Jiang Xi negara China, malahan pengebumian cenuram adalah adat pengebumian kaum Yue pada zaman kuno. Han Shu mengatakan keadaan tentang kehidupan dan adat pengebumian orang kaum Yue. Orang kaum Yue menduduki kawasan antara lurah dan sungai, meraka menggunakan perahu sebagai alat pengangkutan, mereka juga pandai berenang, mereka memakai pakaian dan seluar yang pendek untuk memudahkan kehidupan dan pengeluaran mereka.

Rekod tersebut menunjukkan persekitaran geografi dan kehidupan ekonomi orang kaum Yue purba China berkait rapat dengan laut, sungai dan tasik. Selepas ideologi agama masyarakat manusia dijana, manusia menambah kehidupan realiti manusia kepada dunia roh berdasarkan roh moyang yang boleh hidup di dunia lain. Walaupun kehidupan manusia telah tamat, tetapi roh dan kumpulan-kumpulan sosial yang asal masih terus mengekalkan hubungan rapat. Roh masih tinggal bersama keluarganya dalam persekitaran geografi dahulu. Kalau mayat diletakkan di cenuram yang sangat tinggi, mayat boleh disimpan lama, jadi beberapa orang anggap pengebumian ini boleh mencerminkan si hidup menghormati si mati.

Pengebumian Cenuram

Kaum Miao juga ada pengebumian cenuram, tetapi acara pengebumian kaum Miao berbeza dengan kaum lain kerana ideologi dan keadaan kehidupan berbeza. Di kawasan Yunnan juga mendapat banyak perkuburan cenuram, satu tempat daripada Yunnan dipanggil sebagai muzium perkuburan cenuram.


Pengebumian Pokok

Sebenarnya, pengebumian pokok adalah sejenis adat pengebumian purba dan khas, pengebumian ini juga membayangkan kehidupan orang primitif. Menurut adat pengebumian kaum Tibet, manusia tidak boleh mengadakan acara pengebumian tanah, pengebumian air dan pengebumian langit untuk kanak-kanak yang umurnya kurang 8 tahun. Selepas kanak-kanak meninggal dunia, keluarganya akan membuat satu bakul buluh atau kotak kayu untuk meletakkan mayat kanak-kanak. Mayat kanak-kanak akan tergantung pada pokok-pokok di hutan. Di kawasan lain, pengebumian pokok mungkin juga digunakan untuk si mati dewasa.


Pengebumian pokok untuk mayat kanak-kanak dan abu orang dewasa

Pengebumian pokok juga mempunyai bentuk lain, ini menunjukkan manusia membakar mayat si mati dahulu, kemudian manusia mengebumikan abu tulang si mati di bawah pokok. Pada zaman kuno, manusia hanya meletakkan sebuah papan tanda di bawah pokok untuk membezakan si mati, manusia tidak boleh membina batu nisan untuk si mati.

Sekarang, pengebumian pokok telah menjadi sejenis adat pengebumian yang baru. Pengebumian pokok moden bukan sahaja boleh menyampaikan rindu si hidup kepada si mati, tetapi juga boleh mencantikkan alam sekitar. Bebarapa bandar sudah ada taman perkuburan pokok. Taman Kehidupan Wu Han adalah salah satu taman bandar, ekologi, tanah perkuburan awam di Wu Han. Perancangan taman kehidupan bergabung dengan seni alam sekitar, adat pengebumian dan kebudayaan Feng Shui.
 
Pengebumian pokok mengikut cara moden

Pengebumian pokok moden menyebarkan etika tradisi, di samping itu, pengebumian ini juga menggalakkan tamadun pengebumian baru. Melalui penggunaan tumbuh-tumbuhan dan seni ukiran, boleh mengubah suasana perkuburan tradisional yang berat dan muram, si mati boleh mendapat aman di celah-celah pokok-pokok.



Liu Baiyun (Fariza)
Sahabat KIKBM


Jumaat, Mei 08, 2015

Orkestra Tradisional Artisukma UKM 2015 " MeLovedy"

Malam Persembahan Orkestra Tradisional Artisukma UKM "MeLovedy" pada 4 Mei 2015 di DECTAR UKM


Pelajar kami, Pan Hui (Rohana) telah bermain alat muzik 'Pipa' dalam persembahan ini. Pan Hui, cikgu bangga dengan keberanian kamu bermain 'Pipa' dan tahniah daripada kami di KIKBM.

Rohana (Pan Hui)

Rohana fokus bermain pipa untuk lagu 'Anak Kampung'

Khamis, April 30, 2015

Tapak Arkeologi di Semenanjung Malaysia

Junko Mori bersama Sukarelawan Muzium Negara telah terlibat dengan Program Lawatan Sambil Belajar pada 18 hingga 20 April 2015 yang lalu ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dan Tapak Arkeologi Sungai Batu. Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai jumpaan arkeologi yang membuktikan kehidupan manusia zaman Pra-Sejarah dan Proto-Sejarah - Kredit: Muzium Negara

Saya fikir bahawa di Semenanjung Malaysia ada dua buah tapak arkeologi yang sangat penting iaitu Lembah Lenggong di negeri Perak dan Lembah Bujang di negeri Kedah.

“Perak Man” di Lembah Lenggong - Kredit: Muzium Negara

Lembah Lenggong telah menjadi Warisan Dunia pada tahun 2013. Di dalam tapak itu ada banyak puing dari zaman batu awal sehingga zaman logam. Salah sebuah puing yang sangat terkenal di tapak itu ialah Gua Gunung Runtuh. Di gua itu, penyelidik dari USM menjumpai rangka lelaki yang mereka menamakan “Perak Man” dari sebuh kubur yang dibuat oleh orang-orang yang hidup kira-kira 11,000 tahun dahulu. “Perak Man” sangat penting untuk sejarah manusia kerana penyelidik-penyelidik fikir “Perak Man” adalah rangka paling tua yang ada hampir semua tulang di Asia Tenggara. “Perak Man” mungkin boleh dikatakan sebagai nenek moyang Orang Asli yang paling awal datang ke Semenanjung Malaysia.

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong - Kredit: Muzium Negara

Junko Mori menimba pengalaman galicari (ekskavasi) di Tapak Arkeologi Sungai Batu - Kredit: Muzium Negara

Tapak Arkeologi Sungai Batu - Kredit: Muzium Negara

Tapak yang sangat penting di Semenanjung Malaysia, kecuali Lembah Lenggong, ialah Lembah Bujang. Di Lembah Bujang ada banyak puing candi (rumah ibadat bagi penganut agama Hindu atau Buddha pada zaman proto- sejarah klasik).  Penyelidik-penyelidik arkeologi menjumpai barang-barang daripada abad ke-4 sehingga abad ke-14 di puing candi dan kawasan yang dekat dengan candi-candi itu. Ada orang yang kata mungkin Negara Melayu pertama ada di Lembah Bujang. 


Junko Mori di Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Kredit: Muzium Negara
 
Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Kredit: Muzium Negara

Galicari di Lembah Bujang masih diteruskan. Saya harap, penyelidik arkeologi akan dapat barang-barang atau puing-puing yang belum dijumpai dan boleh menerangkan sejarah Malaysia dengan lebih baik.



Junko Mori (Mahsuri)
Sahabat KIKBM

Sabtu, April 11, 2015

石の上にも三年: Duduk Atas Batu Selama 3 Tahun

石の上にも三年

“Duduk atas batu selama 3 tahun” ialah salah satu peribahasa Jepun. Peribahasa ini bermakna, “walaupun batu itu sejuk, kalau duduk atas batu itu selama 3 tahun, batu itu boleh menjadi panas”.  Dengan kata lain, peribahasa itu mengajar bahawa walaupun perkara itu sangat sukar, kalau awak bersungguh-sungguh dengan perkara itu, akhirnya awak boleh berjaya. Saya suka peribahasa itu yang memberitahukan bahawa kesabaran adalah penting untuk berjaya.

Tetapi saya membuat fahaman yang salah tentang peribahasa itu sehingga hari ini.  Saya telah memikir bahawa kalau ada orang yang bersungguh-sungguh tentang sesuatu perkara dalam tempoh lebih panjang daripada 3 tahun dan masih tidak boleh berjaya tentang perkara itu, tempoh itu sudah cukup dan orang itu boleh melupakan perkara tersebut. Oleh sebab itulah, semasa saya ada masalah besar, saya mengatakan sendiri bahawa bersabar tempoh 3 tahun. Bagaimanapun peribahasa itu mengatakan kalau duduk atas batu itu tempoh 3 tahun, batu itu menjadi panas dan tidak mengatakan tempoh 3 tahun itu cukup! Saya terkejut!

Di Jepun, adalah banyak peribahasa yang menggunakan nombor 3 dalamnya seperti “kalau ada 3 orang, boleh dapat ilmu Buddha”, “Pencuri juga ada tiga peratus alasan”, “orang yang bangun pada awal pagi mendapat tiga sen” dan lain-lain. Peribahasa pertama bermakna bahawa kalau ada tiga orang, boleh mendapat ilmu yang baik. Makna peribahasa kedua adalah walaupun pencuri, ada sedikit alasan yang baik. Peribahasa akhirnya bermakna kalau awak bangun awal, awak boleh dapat apa-apa yang baik.

  1. 石の上にも三年 "Duduk atas batu selama 3 tahun"
  2. 三人寄れば文殊の知恵 "Kalau ada 3 orang, boleh dapat ilmu Buddha"
  3. 盗人にも三分の理 "Pencuri juga ada tiga peratus alasan"
  4. 早起きは三文の得 "Orang yang bangun pada awal pagi mendapat tiga sen"
  5. 仏の顔も三度まで "Kemaafan adalah tiga kali saja"
  6. 三歩下がって師の影を踏まず  "Berundur ke belakang tiga langkah daripada guru untuk mengelakkan terpijak bayang guru" 
 
三歩下がって師の影を踏まず  "Berundur ke belakang tiga langkah daripada guru untuk mengelakkan terpijak bayang guru



Junko Mori (Mahsuri)
Sahabat KIKBM

Rabu, Mac 18, 2015

Naoko Bangga Kuasai Muzik Tradisi Melayu



DALAM kemalapan sambutan anak Melayu terhadap warisan seni, hadir sekujur figura asing yang cuba memahami dan mempelajari adat kebudayaan tersebut.
Terbang dari Negara Matahari Terbit, Naoko, 23, masih bertatih ketika berbicara dalam bahasa ibunda kerana tahap penguasaan bahasa Melayunya baru bermula.
Apakah yang mendorong gadis Jepun itu menuntut ilmu mengenai budaya dan adat Melayu?
"Saya masih ingat lagi ketika bercuti bersama keluarga sewaktu berumur lapan tahun. Kami sempat mengunjungi destinasi wajib pelancong seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Walaupun kunjungan itu sudah lama, tetapi kenangan percutian masih basah dalam ingatan, seperti baharu semalam datang ke sini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! dalam persalinan baju kurung songket persis gadis Melayu.
Sejak itu, Naoko mula mengikuti perkembangan Malaysia dari jauh dan memasang impian untuk ke sini pada masa akan datang.
"Selain persekitaran yang indah dengan sejarah dan budaya, hati saya tertawan dengan corak kepimpinan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Pada saya, beliau merupakan salah seorang pemimpin Asia yang sangat berkaliber dalam membangunkan Malaysia seperti yang kita lihat hari ini," kongsi pelajar Jurusan Kemanusiaan di Fakulti Kemanusiaan, Undang-Undang dan Ekonomi, Universiti Mie, Jepun.
Disapa dengan jolokan nama Melayu, Salmah, dia kini berada di Malaysia selama setahun untuk mengambil Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu di Fakulti Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rakan-rakan banyak membantu Naoko mempelajari gamelan

Pembelajaran Asas
Menurut Naoko, cara terbaik untuk mengenali budaya adalah dengan memahami rentak muzik tradisional.
"Ia saling berkait antara satu sama lain. Malah ketika proses pembelajaran secara tidak langsung saya berinteraksi bersama pelajar lain," jelasnya.
Berasal daripada perkataan Jawa, gamel, gamelan menjadi alat muzik penting di beberapa negeri di Indonesia seperti Kepulauan Jawa, Madura, Bali dan Lombok. Ia merupakan himpunan alat muzik seperti gambang, gendang, gong, saron, demong dan keromong.
Ketika ditemui, Naoko baru sahaja menamatkan pembelajaran asas gamelan dalam satu majlis ringkas di UKM. Mempersembahkan beberapa buah lagu dalam rentak gamelan, Naoko berasa puas kerana mampu menguasai salah satu alat muzik tradisi orang Melayu.
"Saya mempelajari tiga jenis alat muzik gamelan iaitu bonang, gambang dan saron. Tetapi, saya hanya mampu menguasai saron kerana ia lebih mudah berbanding peralatan gamelan yang lain," kongsinya yang berkebolehan bermain instrumen tradisional Jepun seperti koto dan seruling shinobue.
"Bunyi yang terhasil daripada gamelan sangat sedap untuk didengar. Menguasai alat muzik ini merupakan satu pencapaian kepada saya," ujar Naoko.
Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Abdul Khalil Hassan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menulis kembali nota-nota muzik untuk lagu-lagu klasik gamelan seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru dan lain-lain.
Menurut Abdul Khalil, muzik gamelan pada suatu ketika boleh dimainkan dalam istana Melayu sahaja. Ia tidak dibenarkan dibawa keluar dari istana dan hanya dipersembahkan kepada umum pada acara-acara tertentu.
"Namun atas usaha Tan Sri Dr. Abdul Mubin dan Profesor Madya Dr. Arif Ahmad, gamelan dapat dimainkan di luar istana. Objektifnya adalah untuk mengelakkan ia terus lenyap ditelan peralihan zaman," ujarnya ketika ditemui di Aswara baru-baru ini.
Satu set gamelan baharu telah dibeli di Solo, Indonesia yang menjadi satu-satunya lokasi untuk membuat dan menempa alat muzik itu.
Sejarah gamelan di Tanah Melayu bermula pada pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah di negeri Pahang. Isteri baginda, Tengku Ampuan Wan Fatimah telah mengembangkan muzik gamelan dan diteruskan oleh isteri keduanya iaitu Cik Zubedah.
Set gamelan Pahang itu kemudiannya dibawa ke Istana Maziah Terengganu oleh Tengku Ampuan Mariam iaitu anakanda kepada Sultan Ahmad dan Cik Zubedah selepas perkahwinannya dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1913.
Kemangkatan Sultan Sulaiman pada tahun 1942 menyebabkan Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua orang bekas penarinya.
Naoko mahir bermain alat muzik traditional Jepun yang dikenali sebagai Kato

Pengamatan
Ketika bekerja di bawah Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1974, Abdul Khalil telah belajar bermain gamelan daripada generasi pertama yang dibenarkan bermain alat itu di luar istana iaitu Pak Ayob di Terengganu.
"Proses pengajaran berdasarkan pengamatan cara bermain sahaja kerana mereka tidak pandai menulis nota-nota muzik. Malah, ia jauh lebih lama berbanding nota muzik yang saya buat kerana sebelum ini gamelan dimainkan bersama tarian istana," ujarnya.
Gamelan Melayu, kata Abdul Khalil, merupakan serapan dari Kepulauan Riau dan dibawa masuk ke Pahang pada majlis perkahwinan diraja ketika itu.
Mengulas mengenai perbezaan antara gamelan Melayu dan negeri-negeri Nusantara yang lain, Abdul Khalil berkata, ia dapat dilihat melalui laras nada atau dipanggil slendro pentatonik, manakala gamelan Jawa mempunyai laras pelog.
"Gamelan Bali atau dipanggil Gong Kebyar mempunyai perbezaan yang ketara. Hal ini kerana gamelan merupakan penyatuan budaya, adat dan agama di Bali. Mereka menjadikannya sebagai pengantara kepada tiga unsur tersebut dalam upacara-upacara agama dan persembahan kebudayaan.
"Disebabkan itu, hari ini, Bali terkenal dengan mainan gamelan yang tersendiri. Dari segi pembelajaran pula, ia lebih sukar berbanding jenis gamelan yang lain. Ia dimainkan dengan cara pantas dan hanya dipersembahkan oleh kaum lelaki," ujarnya.
Abdul Khalil memberitahu, untuk mempelajari muzik gamelan, pelajar perlu tangkas menggunakan alat-alat seperti keromong, gambang dan gendang. Kenong, saron dan demong boleh dipelajari dengan mudah selepas menguasai tiga alat utama itu.
Ukiran dan reka bentuk alat gamelan juga mempunyai perbezaan ketara. Gamelan Melayu mempunyai lengkungan ke atas di hujung alat muzik itu.
Lagu Khas
Gamelan Jawa pula dibentuk dengan melengkung ke bawah. Selain itu, gamelan Melayu menggunakan motif bunga-bungaan berbanding gamelan Jawa atau Bali mengambil corak haiwan seperti naga dalam kebanyakan hiasan.
Selepas empat tahun bersama KBN, Abdul Khalil berpindah ke Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Sewaktu bersama institusi pengajian tertua negara itu, dia mencipta lagu gamelan khas untuk majlis konvokesyen yang seterusnya menjadi ikutan universiti-universiti lain.
Kumpulan Gamelan Slendro meneruskan legasi kegemilangan alat muzik itu

Percaya muzik tradisi harus dipertahankan, Pusat Kebudayaan UKM di bawah pimpinan Yusuf Budin telah menubuhkan Kumpulan Gamelan Slendro pada tahun 1998. Sehingga kini mereka mempunyai lebih 100 orang ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
"Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada pelajar dan bekas pelajar UKM. Ia turut disertai oleh individu luar seperti pensyarah dari Malaysian Japan Institute, pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-lain," ujar pengurus kumpulan itu, Abdul Mukmin Hamdan.
Pengetahuan muzik gamelan dalam kalangan masyarakat hari ini, menurut Mukmin masih belum jelas apabila sering mengaitkannya dengan alat muzik caklempong yang mempunyai beberapa persamaan terutamanya jenis alat yang digunakan.
"Caklempong dan gamelan mempunyai banyak perbezaan dari segi sejarah dan cara permainannya. Ia tidak boleh disamakan sama sekali," ujarnya.
Orang awam sering tersalah tafsir persamaan bentuk fizikal keromong untuk gamelan dan gereteh pada caklempong. Keromong mempunyai 10 biji gong kecil manakala gereteh terdiri daripada 15 biji.
"Kami masih dalam perbincangan untuk membuka kelas kepada kanak-kanak kerana mendapat permintaan daripada ibu bapa. Ia menunjukkan muzik gamelan mula mendapat perhatian umum," tambahnya.
Kumpulan Gamelan Slendro pernah dijemput untuk mengadakan persembahan di beberapa buah negara seperti Turki, Indonesia dan Australia.

Kosmo! Online: Hakcipta terpelihara
3 Julai 2013

Selasa, Mac 03, 2015

Hina-Matsuri: Perayaan untuk Anak Gadis di Jepun

Hina-Matsuri disambut setiap tahun pada 3 Mac

Hina-Matsuri adalah perayaan khusus untuk anak-anak gadis di Jepun.  Perayaan ini disambut hampir setiap keluarga di Jepun untuk berdoa akan kesihatan dan kegembiraan anak perempuan mereka dalam keluarga.

Perayaan ini disambut pada 3 hari bulan Mac setiap tahun. Orang Jepun sekarang merayakan Hina-Matsuri berpandukan takwin suria.  Tetapi sebelum tahun 1872, orang Jepun menyambut Hina-Matsuri berpandukan takwim bulan dan perayaan itu adalah pada masa bunga pic berkembang. Oleh sebab itulah, Hina-Matsuri juga ada nama lain iaitu "Momo no Sekku" yang bermaksud perayaan pic.  Di Jepun, ada perayaan lain yang bernama "Tango no Sekku" iaitu perayaan untuk anak-anak lelaki dan disambut pada 5 hari bulan Mei setiap tahun.

sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou

Jika anak perempuan lahir, keluarganya akan mendapat sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou sebelum Hina-Matsuri yang pertama datang.  Kumpulan anak patung itu sekurang-kurang ada sepasang anak patung yang bernama Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan).  Kadangkala di pentas Hina-Ningyou, terdapat tiga anak patung perempuan yang bekerja untuk Odairisama dan Ohinasama, lima anak patung lelaki yang bermain alat muzik dan lain-lain ada juga.  Semua anak patung itu biasanya memakai pakaian tradisi bagi keluarga bangsawan pada zaman dahulu.

Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan)
 
Apabila Hina-Matsuri hampir tiba, keluarga yang ada anak perempuan meletakkan anak patung itu di bilik anak-anak perempuan mereka atau di bilik lain di dalam rumah mereka.  Pada hari Hina-Matsuri, ada majlis makan dan minum bersama-sama di depan pentas Hina-Ningyou itu untuk berdoa akan kesihatan dan kegembiraan anak-anak perempuan mereka.   Dalam majlis bersifat klasik itu, mereka akan makan sejenis kuih yang dinamakan Hishimochi, sejenis biskut tawar iaitu Hina-Arare dan minum Amazake iaitu arak nasi dan meletakkan bunga pic untuk anak patung itu.


Hishimochi

Hina-Arare

Amazake

Biasanya, seorang anak perempuan ada sekumpulan Ohinasama.  Sebaik sahaja Hina-Matsuri berakhir, keluarga anak perempuan itu mesti menyimpan semua anak patung Hina-Ningyou dengan cepat.  Ada orang yang berkata, kalau keluarga tersebut terus meletakkan Hina-Ningyou itu di bilik, anak perempuan tersebut tidak boleh berkahwin.        



Junko Mori
Sahabat KIKBM


Selasa, Januari 27, 2015

Corak Busana Pada Dinasti Ming

Zhang Qian (Hidayu) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Corak Busana Pada Dinasti Ming'

Negara China, salah satu daripada empat tamadun purba di dunia. Tamadun kegemilangan China dilahirkan dalam sejarah selama lebih 5000 tahun. Antaranya, terdapat banyak kebudayaan yang bernilai seperti mutiara yang bertaburan dalam lautan tamadun. Misalnya, penciptaan corak busana sudah bermula pada awal tamadun China. Namun, saya hanya akan membincangkan tajuk tentang corak busana pada dinasti Ming. Ini sebabkan, ramai orang sudah mempunyai kemahiran untuk mencipta pelbagai corak busana pada dinasti ini. Selain itu, tema corak atau cara pembuatan busana telah menurunkan teori tradisional dan menerima banyak unsur-unsur baru dengan sebanyak yang mungkin. Selaras dengan perkembangan hubungan antara dinasti Ming dan negara asing, unsur-unsur luar negara diserap dan dipinjam dalam penciptaan corak busana, menjadikan budaya corak busana dinasti Ming memancarkan pesona yang unik dan majmuk. 

Di samping itu, mengikut sistem feudal yang dikukuhkan lagi pada dinasti Ming, tatatingkat corak busana menjadi lebih ketat. Oleh itu, corak busana bukan sahaja digunakan untuk memperkenalkan kedudukan, tetapi juga mencerminkan sistem dan kesedaran masyarakat pada zaman itu. Corak bermakna memberi salam, popular sekali pada dinasti Ming. Ini disebabkan oleh nafsu yang ramai orang mengejar corak yang melambangkan kuasa dan kedudukan dan hasrat yang ramai orang berdoa untuk keselamatan dan bertuah. Akhirnya, seni corak yang diciptakan oleh rakyat adalah mengikut zaman, ini diakui oleh umun. Seni ini akan diwarisi dan dipelajari dari generasi ke generasi.

Pembangunan corak busana bukan sahaja berdasarkan kebudayaan, tetapi juga mendapat manfaat daripada kemajuan industri kraftangan dan penenunan. Ekonomi komoditi menjadi makmur pada dinasti Ming kerana Kapitalisme mula berkembang di tanah besar China pada 15 abad. Penciptaan corak lebih teknikal dan mahir.


Naga: Corak Utama Busana Dinasti Ming

Naga ialah totem negara China.  Dalam kisah kuno, naga mempunyai janggut harimau, tanduk rusa, cakar helang, dan ekor berbulu lebat. Badannya panjang seperti ular dan bersisik. Naga selalu dianggap sebagai dewa kerana boleh menurunkan hujan, mengeluarkan angin, menelan serta mengeluarkan awan dan ada kuasa lain yang tidak terkira dalam legenda kuno. Keistimewaan corak naga terutama pada jarinya, hanya ada lima batang jari, barulah boleh dianggap sebagai corak naga.

Corak naga paling sempurna pada dinasti Ming, bentuknya istimewa sekali. Selain corak naga tradisional, juga ada naga berjalan, naga bersama awan, ada naga menggulungkan badannya, naga duduk megah, naga yang terbang ke langit atau ke tanah dan lain-lain lagi.

Kepelbagaian corak naga yang sempurna semasa Dinasti Ming

Gelaran Maharaja selalu membawa maksud "天子 (tian zi)", iaitu anak langit pada zaman kuno di China. Baginda juga dianggap sebagai naga yang bertukar menjadi maharaja, menguasai seluruh negara seperti kuasa naga. Dari segi lain, corak naga juga bermakna kuasa maharaja. Dengan hal demikian, sistem corak busana serius sekali pada dinasti ini.


Persalinan Maharaja

Persalinan maharaja Dinasti Ming yang utama berwarna merah dan kuning. Sudah menjadi kebiasaan warna kuning khas untuk maharaja, tetapi maharaja pada dinasti Ming mula memakai persalinan raja berwarna merah kerana nama keluarga, “朱(zhu)” membawa maksud “warna merah” dalam bahasa Mandarin.

Persalinan raja disulam dengan 9 ekor naga. Ia membawa erti "九五之尊 (jiu wu zhi zun)", “九” ialah “Sembilan”, nombor yang paling besar. “五” ialah “lima” dan mewakili pusat nombor. Kedua-dua simbol ini melambangkan kekuasaan tertinggi maharaja.  Kadang-kadang, persalinan raja disulam dengan 8 ekor naga kerana tukang sulam berpendapat bahawa 9 ekor naga terdiri daripada 8 ekor yang disulam pada baju dan satu lagi simbol naga, iaitu maharaja.

Corak naga selalu ditunjukkan bersama dengan 12 bab corak yang lengkap, bermakna keseluruhan negara di bawah taklukan maharaja. Corak persalinan raja berasaskan ajaran simetri tradisional.

Persalinan Maharaja Ming yang disulam dengan 8 atau 9 ekor naga


Zhang Qian (Hidayu)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

Sejarah Agama Islam di China

Guan Huiqi (Marissa) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Sejarah Agama Islam di China'

Islam di China sudah dicatat dari zaman Dinasti Tang.  Sejak agama Islam mula masuk ke dalam negara China, sehingga sekarang ada lebih 20,000 ribu orang Cina mempercayai agama ini.  Dalam tempoh ini, melalui 1,300 tahun, agama Islam sudah tersebar dalam hampir 7 dinasti di China.

Dinasti Tang (tahun 618-tahun 907)

Pada tahun 651, selepas Nabi Muhammad meninggal dunia lebih kurang 20 tahun, Uthman ibn Affan (奥斯曼 本 阿凡) telah mengirimkan sebuah rombongan yang diketuai oleh Sad ibu Abi Waqqas (沙德) iaitu bapa saudara Nabi sebelah ibunya ke China. GaoZong (高宗), maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan untuk pembinaan sebuah masjid peringatan di Guang Zhou, masjid ini merupakan masjid pertama di Negara China. Inilah permulan orang Muslim datang ke China dalam catatan sejarah.

Dalam Dinasti Tang, istana kerajaan China sangat mementingkan perdagangan antarabangsa untuk meluaskan sumber ekonomi, jadi istana kerajaan menggubal beberapa dasar, seperti membangunkan “Shi Bosi” (perbadanan kerajaan untuk mengawal perdagangan luar Negara); melebihkan pelabuhan, membuka laluan laut agar kapal boleh belayar; kalau ada pegawai menyumbang kepada menarik kapal perdagangan dari luar negara boleh lebih cepat dinaikkan pangkat. Selain ini, kalau pedagang Muslim datang China untuk berdagang, boleh dapat harga yang lebih murah, kalau menyumbang kepada istana kerajaan, boleh mendapatkan pangkat; Jalan Sutera dipertahankan oleh istana kerajaan. Pedagang Arab yang berulang-alik boleh menggunakan tempat yang khas untuk mereka rehat, boleh mengguna kuda yang diperlihara di tempat itu. Jadi ada ramai pedagang Muslim datang.  Hubungan politik antara Arab dan China juga sangat erat, sejak tahun 651 hingga tahun 789, wakil Arab telah datang China sebanyak 37 kali.

Pembinaan Masjid Huaisheng di Guangzhou pada Dinasti Tang menunjukkan bukti kedatangan Islam ke China

Pedagang muslim yang datang China untuk berdagang, hidup di Guang zhou, Quan zhou, Hang zhou, Chang’an dan tempat-tempat lain. Ada orang mendirikan rumah tangga di China, mereka dipanggil “fan ke” (maksudnya: orang yang datang dari luar negara), anak mereka dipanggil “tu sheng fan ke” (maksudnya: anak yang dilahir oleh orang datang dari luar negara di China). Mereka datang China hanya untuk berdagang, jadi tidak pernah menyebarkan agama Islam, mereka membina masjid, meneguhkan kepercayaan agama Islam, meneguhkan budaya tradisional dalam pihak adat-istiadat pengebumian dan perkahwinan mereka diwarisi turun-temurun, tetapi orang Cina tidak tahu. Bahkan kebanyakan orang China ketika mencatatkan tentang orang Islam bersembahyang macam menghormat dan menakutkan hantu atau lain-lain, pendek kata tidak ada perkataan atau catatan yang tepat.

Dalam dinasti ini, ada sebuah buku bertajuk Jing Xing Ji, penulisnya bernama Du Huan, dia seorang wisatawan yang pernah melawat Asia Barat dan Afrika Utara. Apabila beliau balik dari negara Arab pada tahun 762, beliau telah menulis buku ini.  Beliau ialah orang Cina yang pertama pernah pergi Afrika dan menulis buku. Bukunya menceritakan tentang larangan, kepercayaan, bersembayang, pakaian, makanan serta agama Islam dengan jelas dan teliti.


Du Huan menulis buku 'Jing Xing Ji' berdasarkan hasil lawatan beliau ke Asia Barat dan Afrika Utara

Pada tahun 851, pedagang Arab yang bernama Sulaym (苏莱曼) pernah mencatatkan kehidupan orang Islam yang hidup di Guang zhou. Dia menulis, di tempat yang ada orang Islam hidup berkumpulan, ada sebuah masjid seorang agung, maharaja melantik seorang menjadi pegawai, orang itu mengikut adat istiadat dan peraturan agama Islam, dia bersembahyang bersama dengan orang-orang Islam yang lain, dia mesti adil dan tindakannya mesti mengikut Quran dan adat Islam.

Dinasti Song (tahun 960-tahun 1279)

Sehingga dinasti Song, ada banyak bahan mencatatkan perbuatan pedagang Muslim seperti Song Shi 《宋史》 (sejarah dinasti Song), Ling Wai Dai Da 《岭外代答》 (penulis: Zhou Qu fei), Zhu Fan Zhi 《诸蕃志》 (penulis: Zhao Ru shi, maksudnya catatan tentang beberapa luar Negara), Cheng Shi 《程史》(penulis : Yue Ke).

Terutamanya Song Shi Da Shi Zhuan 《宋史大食传》 (maksudnya: sejarah dinasti Song tentang Negara Arab), buku ini menjelaskan nama, perbuatan, ufti, hasrat, dasar  pedagang yang datang dari Arab.  Juga ada dua legenda tentang sejarah awal Islam di China ditulis pada dinasti ini, salah satunya tentang orang Arab membantu maharaja dinasti Tang menumpaskan pemberontakan 平息叛乱, legenda lain tentang seorang disuruh datang ke China untuk menyebarkan agama Islam.

Selain itu, dalam tempoh ini, ada hal yang lain juga boleh dijadi kebanggaan orang Islam di China, iaitu banyak bangunan Islam. Masjid Huai Sheng, sekarang ia masih wujud di Guang Zhou, ceritanya bangunan ini dibina oleh pengembang ajaran agama Islam yang datang dari Arab–Hangesi untuk mengingati Muhammad. Di Quan Zhou, ada sebuah masjid namanya Qing Jing dibina pada tahun 1131. Masih ada banyak bangunan dibina dan wujud sehingga kini.


Guan Huiqi (Marissa)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger