 |
Para pelajar KIKBM bergambar bersama keluarga angkat masing-masing |
Lawatan ke Homestay Maju Manik 3H2M
Pada 10 - 12 Januari 2014 di Kampung Sungai Batu, Mukim Sungai Manik,
Parit 13/A Sungai Manik, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Program inap
desa ini disertai pelajar-pelajar KIKBM dari Tokyo University of Foreign
Studies; Mie University; Yunnan University of Nationalities; Guangxi
International Business Vocational College; Newcastle University dan
seorang wakil dari Kedutaan Jepun di Malaysia.
Pelbagai aktiviti telah diikuti oleh pelajar-pelajar kami iaitu:
 |
Beberapa orang pelajar sempat bergambar bersama buaian yang telah dihias untuk acara persembahan Pukong bagi malam kebudayaan |
 |
Persembahan Pukung. Terima kasih adik Ahmad Abid Azfar kerana menjadi 'watak utama' dalam persembahan ini. Adik Abid sangat 'sporting' kerana tidak menangis sepanjang persembahan ini |
 |
Para pelajar di beri taklimat sejarah penanaman padi oleh Pak Leh |
 |
Harith (Atsunori Fujii) membanting padi di Kampung Sungai Batu |
 |
Gambar kenangan pelajar-pelajar KIKBM selepas berakhirnya sesi demontrasi membanting padi secara tradisional. |
 |
Aktiviti mengagau itik di sawah padi. |
 |
Aktiviti mengagau ikan keli di sawah padi. |
 |
Para
pelajar dijamu dengan 'Nasi Lambak' untuk hidangan tengah hari. Nasi
Lambak bermaksud nasi dan lauk-pauk yang dimasak di rumah keluarga
angkat masing-masing dibawa ke satu tempat yang sama dan dikumpulkan
untuk jamuan makan. Bagi peserta inap desa, aktiviti menjamu selera
adalah aktiviti yang paling menarik kerana waktu inilah mereka belajar
untuk makan makanan dari kampung. |
Gambar dan cerita penuh aktiviti homestay ini boleh diikuti di Facebook kami:
Program 3H2M di Homestay Maju Manik
0 comments:
Catat Ulasan