Khamis, Januari 20, 2011

Persamaan dan Perbezaan Masyarakat Melayu dan Masyarakat Jepun dalam Konteks Budaya

Tarian tradisi di Jepun

Mula-mula, saya tulis maklumat homestay di Kampung Seri Tanjung, Melaka. Program ini dilakukan pada 14 Januari sehingga 16 Januari 2011 yang lepas. Sejumlah 16 orang pelajar ikut program ini. Semua pelajar mempunyai keluarga angkat dan menginap di rumah keluarga angkat masing-masing.

Seterusnya, saya bercerita tentang pengalaman di Melaka. Di kampung itu, kami masak makanan melayu. Contohnya Kuih Buah Melaka, Kuah Kacang, Ketupat, Rendang dan sebagainya. Tambahan lagi, kami mengalami perkahwinan tradisi di Malaysia. Kami juga memakai baju untuk perkahwinan dan melihat tarian. Bagi menyambut perkahwinan, semua orang yang tinggal di kampung adalah sangat bekerjasama dan banyak membantu kami.

Tarian Joget di Melaka

Akhir sekali, saya tulis pendapat melalui homestay ini. Ketika saya tengok tarian tradisi Melayu, saya fikir apa tarian tradisi Jepun? Di Jepun, ada tarian tradisi. Sebaliknya, semua kanak-kanak tidak boleh menari dan saya fikir ini seperti budaya lama.

Jika perkahwinan di Jepun, orang-orang Jepun suka menggunakan gaya orang barat walaupun mereka bukan umat Kristian.

Kalau kami tidak mengajar ataupun meninggalkan budaya kami, kami dapati situasi ini semakin rumit dan semakin hilang budaya kami. Di dalam masyarakat Jepun, kanak-kanak semakin sedikit. Oleh sebab itu kami perlu meninggalkan budaya di kalangan orang Jepun supaya budaya kami tidak hilang.    


Kazuki Kirimoto
Tahap 3

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger