Selasa, April 19, 2011

Cita-cita Saya


Saya mahu melancong satu dunia!

Tajuk “Cita-cita Saya” ialah tema yang susah fikir untuk sesetengah orang Jepun. Ramai orang Jepun berkata “Selepas berijazah universiti baik, Masuk syarikat baik, Berkahwin dan Hidup bahagia”. Perkara yang lebih penting untuk orang Jepun ialah nama syarikat daripada kandungan kerja. Syarikat terkenal adalah lebih baik dan popular untuk orang ramai. Orang Jepun suka “jenama”. Di Jepun ada cerita bahawa “Kalau saya boleh masuk syarikat baik, saya boleh hidup bahagia”. Ramai orang Jepun percaya begitu dan sebab itu mereka cuba “memburu kerja” sebelum berijazah. “Univerisiti baik” juga bermakna universiti terkenal seperti “University of Tokyo”, “Kyoto University” dan lain-lain.

Universiti saya sikit baik, jadi ibu bapa saya hendak saya bekerja di syarikat baik. Sebenarnya, saya tidak mahu bekerja. Saya hendak berjalan-jalan, ambil gambar dan baca banyak buku (mungkin makan dan minum juga). Selepas berjalan-jalan sedunia, saya hendak hidup dengan tenang dan perlahan.

Saya tahu saya memerlukan banyak wang untuk berikutnya. Jadi, saya cari kerja yang boleh pergi ke macam-macam tempat, baca banyak buku, belajar berbagai-bagai bahasa (dan makan dan minum). Keputusan saya ialah profesor di universiti. Namun, menjadi profesor di Jepun adalah sangat susah walaupun saya suka belajar. Kalau tidak boleh, saya mahu menjadi guru bahasa Jepun di luar negara.

Selain itu, saya juga hendak menjadi diplomat. Itu kerja yang saya hendak jadi sejak saya sekolah tinggi. Walaupun kerja sangat sukar, gajinya sangat tinggi. Saya boleh pergi macam-macam tempat dan belajar berbagai-bagai bahasa. Kerjanya sangat sibuk dan tidak ada masa untuk menggunakan wang. Jadi selepas saya bersara, saya boleh hidup dengan tenang dan perlahan sambil baca buku atau buat apa-apa. Saya pun boleh masak makanan dan ajak kawan-kawan untuk makan.

Saya tulis tentang kerja dan wang sajalah. Saya terkejut. Terakhirnya, perkara yang paling saya suka ialah “wang”. Orang Jepun rajin bekerja kerana mereka suka wang.  


Daisuke Maruyama (Akhbar)
Tahap 1

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger