Selasa, April 19, 2011

Cita-cita Saya

Syarikat Saya: www.tsubasa-yoshida.com.jp
 
Saya gemar perniagaan. Matlamat saya pada umur 35 tahun ialah saya hendak membuat syarikat untuk mendidik usahawan muda. Sebelumnya, saya harus berjaya sebagai usahawan dahulu. Kalau tidak mengalami kejayaan sebagai usahawan, saya tidak boleh mendidik usahawan muda. Untuk itu, saya mahu membuat syarikat di antara Jepun dan Malaysia.

Saya tidak membuat syarikat untuk menjadi kaya. Wang sangat penting tetapi saya lebih perlu wang untuk mencapai cita-cita saya. Terlebih dahulu, saya perlu memberi kebahagiaan kepada keluarga saya dan pekerja syarikat saya. Selepas itu, barulah saya membuat syarikat untuk mendidik usahawan muda.

Cita-cita utama saya, saya mahu menjayakan semula ekonomi di Jepun melalui cara perniagaan. Saya fikir, proses pemulihan Jepun memerlukan ramai usahawan muda. Saya harus melakukan usaha terus-menerus untuk mencapai cita-cita saya.

Sekian terima kasih.


Tsubasa Yoshida (Sazali)
Tahap 1

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger