Jumaat, Mac 11, 2011

PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI 2011



Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” , Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. 

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah bertindak sebagai Penaung dan akan hadir sebagai Perasmi Malam Kemuncak pertandingan ini pada setiap tahun. Program ini adalah hasil idea dan inovasi YAB Perdana Menteri sendiri untuk memperkasa bahasa Melayu di persada antarabangsa. Malam Kemuncak PABM disiarkan secara langsung di TV1, RTM dan melalui internet ke seluruh dunia di laman sesawang www.pabm.com.my

Salah seorang bekas pelajar KIKBM iaitu Nozomi Kurahashi dari JEPUN, merupakan salah seorang peserta yang akan bertanding di dalam acara ini.  Marilah kita warga KIKBM menyokong perjuangan Saudari Nozomi Kurahashi ini. 

Selamat berjuang dan selamat berjaya kepada Saudari Nozomi Kurahashi!



Dari kiri: Hiromi, Nozomi dan Asako

Sisipan Berita Sepanjang Pertandingan PABM 2011 (Utusan Malaysia Online)

  1. Siapa bakal juara PABM 2011?
  2. Kami Peminat Bahasa Melayu - Peserta PABM
  3. Kenapa kami pelajari bahasa Melayu?
  4. Martabatkan bahasa Melayu peringkat global
  5. Peserta luar negara PABM gembira lawat ibu negara
  6. 15 peserta PABM ke separuh akhir
  7. Daria Kamyshnikova minat filem P. Ramlee
  8. Peserta Rusia, China jadi calon pilihan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
  9. Najib jamin bahasa Melayu dipelihara
  10. Peserta Turki juara pidato PABM 2011

PARA peserta PABM bergambar kenangan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



    Sisipan Berita Sepanjang Pertandingan PABM 2011 (Kosmo Online)
    1. Jatuh cinta keindahan bahasa Melayu
    SERAMAI 15 peserta bagi kategori antarabangsa dan nusantara yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir PABM 2011. 

    Sisipan Berita Sepanjang Pertandingan PABM 2011 (mStar Online) 
    1. Hasrat Kerajaan Martabatkan Bahasa Melayu Hampir Tercapai
    Pemidato Amerika Syarikat, Kimberly Twarog (dua, kiri) tertarik melihat pakaian tradisional pemidato Rusia, Daria Komyshnikova yang dipakai ketika pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa. Turut tertarik dengan pakaian yang dinamakan Sarafan itu, peserta dari China(paling kiri), peserta dari Perancis (paling kanan) dan peserta dari United Kingdom (dua, kanan).

    .

    0 comments:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

     
    Powered by Blogger