Khamis, Januari 06, 2011

Cara-cara Masak Mochi

Mochi
Mula-mula perlu ambil alat untuk masak Mochi. Nama alat itu (Usu). Proses memasak Mochi, kami perlu pukul dengan kuat. Jadi, boleh gantikan alat seperti kayu supaya tidak pecah. Lagi satu kami perlu persiapan  (Kine), Kine ialah pemukul Mochi. Ramuan untuk memasak Mochi ialah 1.4kg beras pulut dan Mochitoriko (serbuk yang digunakan supaya Mochi tidak melekat).

Menumbuk nasi pulut menggunakan Usu dan Kine
Seterusnya, saya perkenalkan langkah memasak Mochi. Kamu perlu rendam beras pulut selama satu malam. Sebelum kukus beras pulut, kamu perlu buang air rendaman beras pulut itu. Kemudian, kukus beras pulut kira-kira 45 hingga 60 minit dengan api yang kuat. Sesudah itu, kamu memasukkan nasi pulut ke dalam Usu. Selepas itu, kamu perlu menghancurkan nasi pulut dengan Kine. Jika Mochi melekat pada Kine, kamu perlu memasukkan Kine ke dalam bekas berisi air panas. Kemudian, kamu perlu menumbuk Mochi sampai tidak boleh nampak butiran nasi lagi. Selepas itu, kamu perlu memotong Mochi kepada kepingan-kepingan kecil. Kemudian letak Mochitoriko supaya Mochi tidak melekat.

Di akhir sekali, kamu makan Mochi dengan Kinako (tepung soya). Saya mencadangkan makan Mochi dengan kicap soya dan rumput laut. Kamu perlu mencuba makan Mochi dengan makanan yang kamu suka. Cari rasa yang sedap bagi kamu!

Kazuki Kirimoto
Tahap 3 (Bahasa Proses)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger