Isnin, Januari 10, 2011

Ha Sang Seok

Dari kiri: Ha Sang Seok dan Jun Yinn Lee

Nama saya ialah Ha Sang Seok. Saya orang Korea yang lahir di Seoul. Umur saya 43 tahun. Jika nama itu susah kepada anda semua, panggil saya “Hassan” sahaja. Hassan ialah nama saya yang digunakan di Malaysia.

Saya pekerja KTO. KTO ialah singkatan untuk “Korea Tourism Organization”. Pekerjaan utama kami ialah mempermosikan tentang Korea. Untuk itu, syarikat saya meletakkan banyak cawangan di luar negara. Jadi, kebanyakan daripada pekerja syarikat saya dapat bekerja di luar negara. Saya juga ada pengalaman bekerja di Jepun. Tapi, saya hendak belajar tentang negara yang lain juga. Jadi, saya bermula belajar bahasa Melayu dan menjadi datang ke Malaysia.

Saya suka makanan Korea seperti Kimchi-chigae dan Bibim-bap (Kimchi-chigae ialah sup yang dimasak dengan kimchi. Itu sangat pedas tetapi sangat sedap. Bibim-bap pula ialah nasi yang dicampur dengan sayur-sayuran. Itu juga sedap dan sangat sihat). Selepas ke Malaysia, saya menjadi suka makanan Malaysia juga. Contohnya ayam goreng, mi goreng dan lain-lain. Kemudian, saya suka berolahraga seperti pendakian gunung dan permainan golf. Tetapi, cuaca di Malaysia sangat panas, saya tidak boleh sering bermain. Selain itu, saya suka melancong (berjalan) dengan keluarga saya. Di Malaysia juga, saya mahu melancong ke negeri dan daerah yang banyak.

Sekarang saya duduk di sini “Kuala Lumpur (KL)” bersama keluarga saya. Kami akan duduk di sini hingga September tahun ini. Isteri saya suka membuat dan pandai memasak makanan. Anak pertama saya suka berolahraga. Anak kedua saya juga suka berolahraga tetapi dia lebih suka membuat sesuatu dan melukis gambar.

Setiap hari, saya bangun pada pukul 6.00 pagi. Selepas itu, pada pukul 7.00 pagi saya bersedia untuk pergi ke kelas. Apabila semua persedian selesai, saya berangkat ke UKM.

Di UKM, saya belajar bahasa Melayu untuk kira-kira 4 jam. Selepas kelas, saya pulang ke rumah. Saya tiba di rumah kira-kira pada pukul 3.00 petang. Selepas itu saya makan petang dan beristirehat. Pada masa malam, saya mengajar anak-anak saya atau bermain dengan mereka. Walaupun kehidupan saya pada hari ini sedikit sederhana, saya rasa senang-lenang di Malaysia.  

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger