Kisah ini bermula sejak tahun 2004, ketika saya di bangku persekolahan menengah. Pada waktu itu, salah seorang guru saya telah menawarkan kepada saya akan peluang membuat lawatan ke Jepun. Lawatan ini bukannya lawatan pelancongan biasa yang kebiasaannya diatur oleh agensi pelancongan. Ia adalah merupakan lawatan yang unik untuk mengetahui budaya Jepun. Saya dari dulu lagi sangat teruja apabila diberi peluang untuk melancong. Jiwa saya sentiasa membara apabila diberi peluang 'berjalan-jalan' melihat tempat orang dengan mata saya sendiri. Lawatan ke Jepun ini adalah program keluarga angkat. Jadi, program ini membolehkan saya bertemu dengan orang Jepun yang ‘sebenar-benarnya’ Jepun. Program ini jugalah membolehkan seseorang melihat apa yang berlaku di Jepun dengan lebih mendalam. Maksud 'mendalam' ini ialah tahu akan perkara pokok iaitu 'sesuatu yang apa sahaja bermula dari rumah dan juga keluarga', tetapi umur saya pada ketika itu yang masih 17 tahun tidak mampu lagi untuk menafsir dengan lebih mendalam mengenai Jepun. Tahun itu jugalah saya hanya memberitahu kepada keluarga angkat bahawa saya akan datang lagi ke Jepun 7 atau 8 tahun akan datang.
![]() |
Saya datang semula ke Jepun selepas tempoh yang dijanjikan dengan keluarga angkat |
Pertama Kali Menjejakkan Kaki ke Negara Matahari Terbit

![]() |
Suasana kawasan perumahan di Jepun |
Budaya Jepun dan Perancangan Perbandaran
![]() |
Istana Hikone di Wilayah Shiga |
Kami perlu menaiki kereta kabel untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk istana Gifu. Dari jauh mata saya terpegun dengan keindahan senibina dan susunan struktur binaan Jepun. Walaupun padat, susunan bangunan mereka teratur. Ini selari dengan faktor geografi Jepun di mana lebih kurang 73% kawasan tidak sesuai untuk pertanian, perindustrian dan kediaman. Kekurangan ini menyebabkan mereka berfikir untuk mencari penyelesaian yang lain. Hasilnya, mereka mampu untuk menggunakan baki 27% kawasan dengan baik dan harmoni. Saya menggunakan perkataan ‘harmoni’ kerana masyarakat Jepun adalah masyarakat yang berbudaya unik. Budaya ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan budaya masyarakat di Amerika Syarikat. Penduduk Amerika Syarikat dikatakan mempunyai tahap budaya individualistik yang tertinggi di dunia. Hal ini sangat kontras dengan budaya Jepun yang mengamalkan budaya bermasyarakat. Tata cara mereka bermasyarakat adalah berbeza jika dibandingkan dengan negara lain. Kehidupan unik mereka secara tidak langsung membantu dalam perancangan pembangunan bandar dengan lebih baik. Hal ini sebenarnya menarik kerana ia menggalakkan perancangan yang serius dan memudahkan penduduk menikmati kehidupan yang lebih mudah tanpa menyusahkan orang lain.
![]() |
Perancangan pembangunan bandar yang teratur di Nagoya |
Budaya Jepun dan Sistem Pengangkutan

Saya masih teringat lagi ketika saya menaiki kereta yang dipandu oleh kakak angkat saya pada 7 tahun yang lalu. Terlihat akan sebuah lori yang menyusuri jalan raya. Lori itu kelihatan sangat bersih dan sangat berkilat. Saya tertanya-tanya kenapa lori-lori di Jepun sangat bersih dan tidak berhabuk. Dari dalam kereta, pandangan saya beralih pula pada keadaan sebenar trafik di jalan raya. Saya sedar kadar kesesakan lalu lintas adalah minima dan tidak terlalu teruk. Berdasarkan situasi ini, kita dapat tahu Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai perancangan sistem pengangkutan yang sangat sistematik. DI sini, keretapi adalah pengangkutan utama bagi penduduk Jepun. Sekali lagi budaya Jepun mempengaruhi sebahagian besar aspek sistem pengangkutan maju.
![]() |
Kereta api laju “shinkansen” iaitu salah satu daripada sistem pengangkutan yang sangat sistematik di kawasan bandar |
![]() |
Kereta api sebagai sistem pengangkutan utama di kawasan luar bandar |
![]() |
Budaya hormat-menghormati dan menepati masa dalam masyarakat Jepun |
Pada pandangan orang Jepun, imej adalah sangat penting dan jika hilang maka keluarga dan kawan-kawan yang akan menerima padahnya. Menariknya, kesan ini dapat dilihat di jalan raya sendiri. Mereka sangat mematuhi lampu isyarat dan peraturan jalan raya sehingga mereka sanggup berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki. Ketika umur saya 17 tahun, saya mula berbasikal dengan adik angkat Jepun saya ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, walaupun jalannya kecil sahaja, kami perlu berhenti kerana isyarat menunjukkan lampu merah. Hal ini membuatkan saya berfikir sejenak mengenai budaya ‘baru’ ini.
Hasil Nukilan:

http://www.flickr.com/photos/muslimpage/
http://500px.com/kamalzharif
http://www.pixoto.com/kamalzharif
http://www.glossom.com/kamalzharif
0 comments:
Catat Ulasan