Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan UKM
(PERMANIS) telah menganjurkan Program Explorasi Adat Warisan pada 16 -
18 Mei 2014. Program ini dijalankan di Homestay Kg Pachitan, Negeri
Sembilan. Empat orang pelajar KIKBM telah mengikuti program ini iaitu
Pan Hui (Rohana), Naoko Sugiura (Salmah), Hiromi Maeda dan Rafat Amin
Chowdhury. Ribuan terima kasih kepada PERMANIS kerana telah menerima
pelajar-pelajar kami untuk mendapat pengalaman hidup yang bermakna di
Kampung Pachitan, Negeri Sembilan. Tahniah untuk keempat-empat pelajar
kami kerana kamu telah berjaya mengikuti semua aktiviti anjuran PERMANIS
dengan jayanya.
Seni Gamelan
Naoko Sugiura, Hiromi Maeda dan Rafat Amin
Chowdhury bersungguh-sungguh berlatih memainkan lagu yang dipilih untuk persembahan gamelan.
Aktiviti Penduduk Kampung
Para
peserta juga diajar untuk menjalankan kerja-kerja kampung seperti
menoreh getah, petik kelapa, petik kelapa sawit, proses getah, proses
kelapa sawit dan menuai madu Kelulut.
Demonstrasi Masakan
Para pelajar belajar memasak kuih tradisional Melayu (Buah Melaka), mengalami budaya rewang dalam masyarakat Jawa dan belajar memasak Nasi Ambeng.
0 comments:
Catat Ulasan