Khamis, Januari 20, 2011

Persamaan dan Perbezaan Budaya Melayu dengan Budaya Cina

Dim sum terkenal di Hong Kong

Tiga hari di homestay sangat seronok. Kami belajar budaya Melayu melalui kehidupan setiap hari di sana. Saya menemui beberapa persamaan dan perbezaan budaya Melayu dengan budaya di negara saya.
Kepelbagaian Makanan Melayu

Persamaan pertama, makanan untuk orang Melayu dan orang Hong Kong sangat penting. Contohnya, pada Hari Raya dan Tahun Baru Cina, kedua-dua budaya masak makanan istimewa dan lain daripada hari biasa. Orang Melayu masak rendang dan orang Cina masak ayam serta lain-lain lagi. Seterusnya, pencuci mulut sedikit sama. Saya nampak Kuih Buah Melaka dan Kuih Koci sama seperti kuih di Hong Kong iaitu pencuci mulut dengan kelapa serta daun.

Walau bagaimanapun, menggunakan masa bagi orang Melayu dengan orang Cina di Hong Kong tidak sama. Orang Melayu guna masa lebih di dalam keluarga daripada orang Hong Kong. Ibu bapa orang Melayu bermain dengan anak-anaknya serta seronok bersama-sama. Ramai ibu bapa di Hong Kong selalu kerja di luar dan menonton televisyen. Mereka tiada masa panjang dengan anak-anak mereka.

Akhir kata, kita mesti menghormati budaya lain dan mencari perkara baik di antara satu sama lain.   


Mina
Tahap 3

1 comments:

Teuku Asri berkata...

Waah, sangat menarik, msekipun adatnya berbeda namun masakannya enak-enak. Wisata Aceh

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger