Rabu, Januari 05, 2011

Saya Sepasang Kasut Sukan


Saya berasal dari kilang yang kecil yang membuat kasut dan kain mesra alam. Saya dibuat daripada gentian buluh kerana ia sangat ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Saya berwarna putih susu dan kelabu. Malangnya harga saya mahal kerana tidak banyak kilang yang menggunakan kain seperti saya. Getah dan barang yang tidak mesra alam adalah lebih murah kerana senang didapati.

Pemilik saya telah melihat iklan tentang saya di internet apabila dia melayari dengan Facebook. Dia suka akan saya kerana dia hendak membeli dan menggunakan barang yang lebih mesra alam. Kemudian saya dihantar kepada pemilik saya menerusi perkhidmatan Pos. Pemilik saya berseronok berlari dengan saya setiap pagi sebelum dia pergi kerja. Pemilik saya ialah seorang wanita jadi dia memilih warna saya untuk menyepadankan dengan semua pakaiannya. Saya disayangi olehnya dan saya suka keluar pada waktu pagi kerana hari masih sejuk serta kami boleh dengar bunyi burung-burung berkicau jadi saya gembira.

Tetapi selepas dua tahun, pemilik saya bermula mencari sepasang kasut sukan yang lain yang lebih bergaya. Jadi satu hari, setelah membasuhkan saya, dia membawa saya ke kedai pakaian dan kasut terpakai. Di kedai ini, saya menunggu pemilik yang baru sekarang. Sekurang-kurangnya, saya boleh berehat.


Bridonneau Carole
Tahap 5

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger