Selasa, April 19, 2011

Cita-cita Saya

Saya suka melancong ke seluruh dunia!!
 
Saya bercita-cita hendak pergi ke berbagai-bagai negara. Saya sangat suka melawati negara asing. Sampai sekarang, saya hanya pernah pergi ke tiga buah negara asing sahaja iaitu Australia, Jerman dan Malaysia. Namun, saya sentiasa berasa bahawa semua orang di seluruh dunia hampir sama iaitu mereka mempunyai hati, perasaan dan layanan yang sangat baik apabila saya berjumpa dengan mereka. Walaupun kami berlainan agama dan budaya, mereka tetap melayan saya dengan baik.

Saya pernah berasa takut ketika di luar negara tetapi saya juga sangat terharu dengan budi baik penduduk tempatan di sana. Saya tidak akan melupakannya sampai bila-bila. Saya percaya pengalaman pahit dan manis berkenalan dengan ramai orang yang merentasi sempadan pasti menjadi baja kehidupan saya.

Oleh itu, saya betul-betul mahu berkenalan dengan ramai orang di seluruh dunia!!

Sekian terima kasih.

Minami Hamano dan Tsubasa Yoshida


Minami Hamano (Munirah)
Tahap 1

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger