Khamis, Januari 23, 2014

OPKIM 10 Penjuru Darul Ta'zim 2014


Shota Tohara mengikuti Program OPKIM 10 Penjuru Darul Ta'zim 2014 pada 17-22 Januari 2014 di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi.

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) UKM telah menganjurkan OPKIM 10 Penjuru Darul Ta'zim 2014 pada 17-22 Januari 2014. Program ini dijalankan di Batu Pahat, Pontian, Ledang, Tenggara, Kota Tinggi, Pagoh, Pasir Gudang, Segamat, Muar dan Mersing. Dua orang pelajar KIKBM telah mengikuti program ini iaitu Atsunori Fujii (Harith) dan Shota Tohara. Tahniah daripada kami kerana Atsunori dan Shota telah berjaya mengikuti semua aktiviti anjuran PERMAJ.


Atsunori Fujii (Harith) menyertai Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta'zim 2014 di Kampung Serom 1, 2, 3, 4 Ledang, Johor pada 17-22 Januari 2014
 
Shota Tohara dan beberapa pelajar UKM di Puncak Panti Barat, Kota Tinggi yang menpunyai ketinggian 531m


Shota dan kumpulan pelajar UKM membuat lawatan ke Sekolah Tadika di Kota Tinggi Johor
 
Atsunori mengikuti aktiviti mengacau dodol di Kampung Serom 1, 2, 3, 4 Ledang, Johor


Gambar dan cerita penuh aktiviti homestay ini boleh diikuti di Facebook kami: OPKIM 10 Penjuru Darul Ta'zim 2014


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger