Ahad, April 24, 2011

Kek Lapis, Apam, Kuih Chara dan Tat Telur

Kelas Masakan bagi Pelajar KIKBM pada 24 April 2011

Hari ini para pelajar KIKBM telah berpeluang mempelajari empat jenis kuih yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia iaitu Tart Telur, Kek Lapis Betawi, Kuih Apam Gula Hangus dan Kuih Chara Berlauk. Bagi mempelajari masakan kuih ini, mereka telah bertandang ke rumah Kak Azimah di Jalan Reko, Kajang. Kak Azimah sangat berbesar hati menerima kedatangan kami dan kami juga dijamu dengan sarapan yang enak iaitu Nasi Lemak dan Kuih Karipap. SEDAP ... tidak terkata apabila memakannya! Kelas masakan ini telah berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 2.30 petang. Berikut ialah ringkasan pembelajaran kami di rumah Kak Azimah:

A) Tart Telur 

Kelas kami dimulakan dengan membuat pastri manis dan adunan kustard untuk Tart Telur. Kami diajar langkah demi langkah sambil dibantu oleh Kak Azimah. Proses pembuatan yang mudah dan perkara yang paling kami suka ialah kami dapat makan Tart Telur buatan kami yang sangat sedap.

(1) Kak Azimah menerangkan tatacara pembuatan Tart Telur   (2) Kami diajar membuat pastri manis dan membentuk kulit Tart Telur   (3) Kulit tart telur yang telah siap dibentuk pada acuan   (4) Kulit tart telur yang telah dibakar selama 15 - 20 minit   (5) Bancuhan adunan kustard dituangkan ke dalam tartlet yang sudah siap   


Ini ialah proses mengeluarkan kulit tart telur yang telah dibakar di dalam acuan. Kulit tart telur yang telah dibakar sangat panas dan perlu berhati-hati ketika mengeluarkannya supaya tidak pecah. Kemudian, ia di susun ke dalam cawan kertas 'paper-cup'


(1) Minami Hamano   (2) Aya Kikuchi. Mereka sedang menuang bancuhan kustard telur ke dalam tartlet yang telah dibakar terlebih dahulu. Mereka melakukan kerja dengan berhati-hati

Sekarang, proses membakar Tart Telur pula ...



Tsubasa Yoshida mengambil giliran membakar Tart Telur di dalam ketuhar. PANASNYA!

Tart Telur perlu dibakar sekali lagi selama 20-30 minit.

... dan inilah hasil akhirnya ....



Tart Telur


B) Kuih Chara Berlauk

Seterusnya, kami menyambung tugasan memasak kuih yang kedua iaitu Kuih Chara Berlauk. Ada dua langkah utama untuk membuat kuih ini. Pertama, kami perlu menyediakan inti kuih chara. Inti ialah bahan berlauk yang akan diletakkan di atas kuih chara. Kak Azimah mengajar kami memasak inti kuih chara dengan menggunakan daging cincang, bawang besar yang telah dipotong dadu, hirisan bawang putih, sos tiram, rempah kari dan rempah kurma. Inti kuih chara perlu dimasak dahulu sebelum digunakan. Kedua, kami juga perlu menyediakan bancuhan tepung yang akan digunakan sebagai tapak kuih chara. Kuih chara berlauk ini mirip  dengan kuih Takoyaki yang sangat terkenal di Osaka tetapi bentuknya bujur dan tidak bulat seperti bola. Rasanya sangat enak.   


Tsubasa Yoshida (1) Saya sedang memasak inti kuih chara   (2) Saya sedang menuang bancuhan tepung ke dalam acuan kuih cara. Tsubasa Yoshida sangat pandai memasak kuih cara berlauk ini.

Kazuki Kirimoto  (1)  Saya sedang menuang bancuhan tepung ke dalam acuan kuih cara    (2) Selepas meletakkan inti dan daun sup di atas kuih chara, acuannya perlu ditutup supaya kuih chara boleh masak sempurna


Aya Kikuchi tidak melepaskan peluang untuk memasak kuih chara berlauk. Saya sudah pandai!!!

Selepas bertungkus-lumus, inilah hasil akhirnya ....



Kuih Chara Berlauk

C) Kuih Apam Gula Hangus


Kuih yang ketiga yang perlu kami sediakan ialah Kuih Apam Gula Hangus. Kuih ini ialah kuih kegemaran Kazuki Kirimoto. Kak Azimah membantu kami menyediakan kuih ini langkah demi langkah. Kuih ini perlu dikukus sehingga masak iaitu kira-kira 15 minit. Selepas masak, boleh terus dimakan. Kuih apam gula hangus yang baru dimasak sangat sedap.


(1) Bancuhan kuih apam yang diputar dengan mesin. Warna coklat ini terhasil daripada gula yang telah dimasak di atas api yang panas    (2) Kak Azimah mengajar kami menyukat dan memasukkan bancuhan ke dalam acuan kecil    (3) Susunan acuan kecil yang mengandungi bancuhan kuih apam gula hangus. 


Daisuke Maruyama menyiapkan tugasan menyukat bancuhan kuih apam ke dalam acuan kecil

Minami Hamano, Kazuki Kirimoto dan Aya Kikuchi juga turut menyiapkan tugasan menyukat bancuhan kuih apam ke dalam acuan kecil


(1) Minami Hamano  (2) Daisuke Maruyama. Kami perlu berhati-hati agar bancuhan ini tidak tumpah.

Selepas berpenat di dapur, inilah hasil akhirnya ....


Kuih Apam Gula Hangus

D) Kek Lapis Betawi

Resipi terakhir yang perlu kami siapkan ialah Kek Lapis Betawi. Kami memilih kek ini kerana rasa kek ini sangat sedap dan cantik. Kek ini perlu dibakar satu lapisan demi satu lapisan untuk mewujudkan lapisan halus pada kek. Cara membuatnya agak rumit sedikit tetapi hasilnya sangat bagus.

(1) dan (2) Kak Azimah membantu kami menyediakan bancuhan kek   (3) Tsubasa Yoshida membantu Kak Azimah mengacau bancuhan sehingga sebati   (4) Beginilah caranya untuk menyediakan kek lapis ini. Kek dibakar satu lapisan demi satu lapisan supaya corak yang terhasil adalah menarik


(1) Tsubasa Yoshida dan (2) Anak sulung En. Ha Sang Seok ... tidak melepaskan peluang menyiapkan kek lapis ini.


(1) Aya Kikuchi dan (2) Isteri En. Ha Sang Seok ... juga tidak melepaskan peluang menyiapkan kek lapis ini.


En. Ha Sang Seok sekeluarga bertungkus-lumus menyiapkan kek lapis betawi ini


Si Ibu melihat anak perempuannya membuat kek lapis. Anak sulung En. Ha Sang Seok ini baru berumur 12 tahun. Dia sangat rajin membantu di dapur.

Selepas berpenat-lelah di dapur, inilah hasil akhirnya .....



Kek Lapis Betawi


Gambar kenangan kami bersama Kak Azimah

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger