|
Darroch Reid (Rokh) |
Semasa bulan Ramadan dan di dalam banyak pasar malam, seseorang boleh membeli kuih melayu. Minggu ini saya dan Steven dapat belajar tentang dua jenis kuih melayu khususnya kuih bakar dan buah melaka. Saya sangat gembira dapat belajar masak kuih melayu walaupun bukan semua orang tahu bagaimana membuat kuih melayu itu.
Saya akan ajar kawan-kawan bagaimana masak dua jenis kuih ini.
KUIH BAKAR
Bahan
1 kg tepung gandum
2.5 kg santan campur 3 cawan air
1.5 kg gula
12 biji telur
Cara masak:
Pertama, masak santan tetapi jangan sampai pecah minyak. Kemudian, tepung campur dengan gula. Campur 12 biji telur dalam mesin pengadun dengan 3 cawan air daun pandan. Selepas itu, campur perlahan-lahan semua ramuan kering. Terus campurkan adunan sehingga adunan ini sebati.
Sapu setiap acuan dengan minyak masak (khusus minyak sawit). Panaskan ketuhar sehingga 250 darjah celsius dan letakkan semua acuan dalam ketuhar. Selepas sepuluh minit, keluarkan setiap acuan dan keluarkan lebihan minyak. Ambil dua setengah senduk besar bancuhan kuih bakar, masukkan ke dalam acuan bahulu kemboja dan percikan bijan di atas adunan itu. Kemudian, masak dalam ketuhar selama 35 minit. Jika sisi kuih bakar sudah menjadi garing, kuih itu sudah siap. Hati-hati kerana acuan sangat panas. Keluarkan setiap kuih bakar daripada acuan dengan menggunakan sudu atau garpu. Akhir sekali, makan kuih bakar yang masih panas dengan berasa gembira. SEDAP!
|
Inilah hasil kuih bakar saya. SEDAP! |
BUAH MELAKA
Bahan
1 paket tepung beras
Gula melaka
Air daun pandan
Kelapa parut
Pewarna hijau
Cara masak:
Pertama, bancuh tepung dengan campur air duan pandan dan pewarna hijau. Air daun pandan akan membuat tepung beras berwarna hijau tetapi untuk berwarna lebih cantik, tambah sedikit pewarna hijau juga. Campur semua bahan-bahan dengan tangan, pastikan bahawa anda mengaul dengan baik bersama-sama. Biasanya, gula melaka ialah ramuan yang keras tetapi selepas dimasak, gula melaka menjadi likat. Selepas itu, adunan tepung beras dibentuk jadi bola-bola kecil, dihimpit jadi datar dan buat kesan lekuk kecil untuk letak gula melaka. Seterusnya, lipat adunan di keliling gula melaka dan membentuk bola kecil sekali lagi. Masak setiap buah melaka dalam air panas dan apabila sudah siap, setiap buah melaka akan timbul serta boleh diangkat. Keluarkan buah melaka dari air rebusan, mengetus dan menyalut dengan kelapa parut.
|
Rokh dan Steven sangat tekun membentuk Kuih Buah Melaka dan menggunakan gula melaka sebagai intinya |
Di negara England, terdapat banyak jenis kek dan biskut. Biasanya kek dan biskut dibuat daripada tepung gandum, gula dan telur tetapi tidak ada santan atau daun pandan sebagai ramuannya kerana kedua-dua bahan ini tidak boleh tumbuh di negara England. Walaupun ada beberapa perbezaan, saya suka membuat kuih melayu dan gembira makan kedua-dua jenis kuih ini. Biasanya, saya membeli kuih melayu dari pasar malam tetapi kuih yang saya masak itu berasa sangat sedap kerana paling segar terutama apabila masih suam.
Darroch Reid (Rokh)
Bekas Pelajar KIKBM
(Bahasa Proses)
0 comments:
Catat Ulasan