Rabu, Disember 16, 2009

Kek Keju Mini

Kek Keju Mini

Pada 16 Disember 2009 yang lalu, Rina Aoki dan Haruka Nishimura telah berkunjung ke rumah Cikgu Mali untuk mempelajari masakan Kek Keju Mini. Mereka mahu mempelajari masakan ini kerana mereka sangat suka makan kek keju. Aktiviti memasak ini digabungkan dengan pembelajaran bahasa proses iaitu kedua-dua pelajar perlu menulis resipi kek keju dengan menggunakan bahasa proses yang mereka telah pelajari di kelas.


Rina mengisar biskut

Haruka mengisar biskut

Campuran biskut, mentega cair dan gula dijadikan lapisan bawah kek keju mini

Lapisan biskut ditekan dan dipadatkan supaya tidak pecah dan berderai

Haruka membakar lapisan biskut selama 5 minit

Acuan Kek Keju Mini di dalam ketuhar
 
Disamping mempelajari masakan Kek Keju Mini, mereka juga diajar memasak Kari Ayam dan Nasi Zaitun. Walaupun mereka penat memasak, mereka sangat gembira kerana dapat mempelajari pelbagai jenis masakan pada hari ini.

Resipi dan tatacara memasak Kek Keju Mini boleh diperolehi di laman internet masakan Cikgu Mali: http://www.homechoc.com/2010/03/mini-cheese-cake.html

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger