Sabtu, April 16, 2011

Saya dan Keluarga Saya

Daisuke Maruyama (Akhbar)
 
Nama saya Daisuke Maruyama. “Maruyama” ialah nama keluarga saya dan “Daisuke” ialah nama saya. “Daisuke” ditulis 大典 dalam bahasa Jepun. Saya lahir pada 1989. Pada tahun itu, Maharaja Jepun baru beraja dan era Heisei bermula. Semasa dia beraja, upacara yang dipanggil “Gotaiten 御大典”  dibuat. Upacara ini istimewa kerana orang Jepun membuatnya pada tahun yang Maharaja baru beraja sahaja. Ibu bapa saya menamakan saya “大典 Daisuke” berasal upacara “Gotaiten 御大典” . “大典 Daisuke” bermakna upacara istimewa dalam bahasa Jepun. Ibu bapa saya menginginkan saya membesar dengan era baru dan menjadi ajaran yang penting kepada orang ramai. Sebab itu mereka menamakan saya begitu.

Saya lahir di Shizuoka tetapi saya tinggal di Yokohama sekarang. Saya pelajar Universiti Bahasa Asing Tokyo. Universiti saya ada di kawasan tengah dalam Tokyo dan itu terletak sangat jauh dari rumah saya. Biasanya saya pergi ke universiti saya dengan keretapi. Saya memerlukan kira-kira dua jam perjalanan untuk tiba di universiti saya dari rumah saya.

Saya tinggal di Yokohama dengan keluarga. Keluarga saya ada empat orang. Ibu, ayah, adik perempuan, saya dan empat ekor kucing tinggal di rumah saya. Adik saya baru menjadi pelajar universiti. Dia pergi ke universiti dan fakulti yang sama dengan Shizuru Nakamura. Ibu bapa bekerja. Mereka ialah pekerja syarikat broker saham.

Kampung ibu ada di Miyazaki tetapi datuk dan nenek saya tinggal di Shizuoka sekarang, jadi saya belum pergi ke sana. Kampung bapa saya ada di Saitama dan itu tidak jauh dari rumah saya.

Saya tinggal di bandaraya tetapi saya lahir di bandar yang kecil dan membesar di kampung. Jadi, saya tidak suka bandaraya.

Keluarga saya selalu berpindah. Saya pernah tinggal di Shizuoka, Mie dan Aichi selain Yokohama. Keluarga saya berpindah sekali semasa tinggal di Yokohama. Jadi, keluarga saya berpindah empat kali semuanya. 

Daisuke Maruyama (Akhbar)
Tahap 1

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger