Khamis, Januari 20, 2011

Persamaan dan Perbezaan Budaya Melayu dengan Budaya Korea

En. Ha dan keluarganya ketika mempelajari masakan kuih-kuih tradisi dan moden dalam masyarakat Melayu di Kajang

Pada September 2010, saya datang dari Korea ke sini “Malaysia”. Walaupun itu bukan masa yang begitu lama, saya telah berasa banyak persamaan dan perbezaan di antara budaya Malaysia dengan budaya Korea. Kini, saya juga masih berasa akan persamaan dan perbezaan itu.



Mula-mula, saya mahu kata tentang perbezaan. Perbezaan pertama yang saya berasa ialah bilangan bangsa yang terdapat di dalam negara. Orang-orang Korea terdiri daripada satu bangsa dan boleh mempunyai gaya budaya yang unik. Sebaliknya, orang-orang Malaysia terdiri daripada tiga bangsa yang besar. Setiap bangsa di Malaysia mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza. Dengan kata lain, budaya Malaysia mempunyai keanekaan bentuk dan keanekaan gaya.

Keduanya ialah perbezaan keperibadian orang di kedua-dua negara. Biasanya orang Korea mempunyai keperibadian dan sikap sentiasa tepat pada masa. Sebaliknya, kebanyakan orang Malaysia mempunyai keperibadian dan sikap sentiasa tidak tepat pada masa. Walaupun ini ialah pendapat saya, saya fikir itu bukan pendapat yang salah. Memang, siapa-siapa pun tidak boleh cakap yang mana lebih baik. Mungkin perbezaan begini boleh dikata sebagai perbezaan yang berasal dari perbezaan cuaca di negara masing-masing. Musim di Korea ada empat musim, memang orang-orang yang tinggal di kawasan begitu selalu harus menyediakan musim depan yang akan datang. Sebaliknya, musim-musim di Malaysia tidak begitu berbeza dan memang orang Malaysia tidak perlu melakukan perkara begitu iaitu mereka tentu mudah mencari makanan yang perlu.

Saya fikir bahawa persamaan budaya di antara kedua-dua negara juga banyak. Kalau pilih satu sahaja, saya mahu pilih hati yang menyayangi keluarga. Walau apa pun persamaan dan perbezaan antara budaya Malaysia dan budaya Korea, saya fikir yang penting itu ialah saling berusaha untuk tahu. 

Ha Sang Seok (Hassan)
Tahap 3


2 comments:

Teuku Asri berkata...

Artikelnya sangat menarik dan bermanfaat. Budaya Aceh

Diari KIKBM berkata...

Salam perkenalan daripada kami. Terima kasih atas komen yang positif.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger