Isnin, September 19, 2011

Pengalaman Hari Raya

Tsubasa Yoshida berhari raya di Batu Pahat, Johor

Hari ini, saya ingin memperkenalkan pengalaman beraya saya di kampung Batu Pahat.  Terlebih dahulu, kami bertujuh (Aya, Yuka, Yukari, Misuzu, Chihiro, Minami dan saya) pergi ke Bandar Tasik Selatan lalu jumpa dengan Karen dan Kai.  Mereka pelajar Universiti Bahasa Asing Tokyo dan akan belajar di UM bermula September ini.  Sebelum naik bas, kami makan tengah hari.  Oleh sebab itu, kami sedikit lambat pergi ke platform bas.  Nasib buruk, bas tinggalkan 6 orang kawan saya.  Sebenarnya Karen, Kai dan saya pergi naik dulu kerana kawan-kawan hendak pergi ke tandas sekejap dan meminta bertolak lambat sikit tetapi pemandu tidak benarkan.  Kami menghadapi masalah yang berat dan hilang akal.  Akan tetapi bas yang lain bawa 6 orang yang tertinggal di platform ke bas kami.  Nasib baik kami semua boleh bertolak ke Batu Pahat.

Selepas 4 jam, kami sampai di kampung dan masuk ke rumah keluarga angkat masing-masing.  Keluarga saya terdiri daripada ibu, bapa, nenek, Syafiq, Johan, Syukri dan Syasyah.  Bapa bekerja di kilang batik dan ibu tolong dia di sana.  Adik-adik semua pelajar sekolah.  Hari pertama, keluarga dan saya naik motosikal dan keluar ke rumah saudara-mara.  Bilangan motosikal yang pergi beraya adalah kira-kira 25 buah.  Saya terkejut dengan keramaian orang!

Pengalaman berhari raya di sekitar kawasan kampung
 
Hari kedua, hari itu hari Merdeka juga.  Jadi suasana hari raya semakin lama semakin bersemangat.

Hari ketiga, saya pergi ke rumah adik ibu bapa dan rumah kawan-kawan mereka.  Saya makan banyak-banyak di sana, nanti sakit perut.  tetapi, semua makanan raya sangat sedap.

Hari Keempat, sama dengan hari ketiga.

Hari terakhir, hari itu kami balik ke Kolej UKM.  Saya sangat sedih sebab keluarga dan saya menjadi rapat selama 6 hari.  Namun, saya gembira dapat duit raya sebanyak RM13.00.  walaupun saya sakit perut banyak kali tetapi saya suka suasana hari raya dan seronok mengalami hari raya di Malaysia.

Di Jepun, ada cuti umum macam hari raya di Malaysia.  Itu hari ialah Tahun Baru dan dipanggil "Osho-gatsu" di Jepun.  Di Jepun, orang sedia banyak makanan Osho-gatsu dan namanya "Oseti".  Selain itu, orang dewasa bagi duit kepada kanak-kanak juga.  Itulah hari raya tradisional di Jepun.  Tetapi, saya lebih suka hari raya di Malaysia daripada "Osho-gatsu".  Saya mahu pergi ke kampung lagi semasa hari raya.

Terima kasih banyak.

Tsubasa Yoshida bersama keluarga angkatnya di Batu Pahat

Tsubasa Yoshida (Sazali)
Tahap 4

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger