Rabu, April 13, 2011

Saya dan Keluarga Saya

Tsubasa Yoshida (Sazali)

Selamat pagi semua. Hari ini, saya mahu memperkenalkan diri saya dan keluarga saya. Nama saya Tsubasa Yoshida dan nama melayu saya ialah Sazali. Saya berumur 20 tahun. Keluarga saya ada empat orang. Mereka ialah ibu, nenek, saya dan seekor kucing. Kami sekeluarga tinggal di Osaka. Nama ibu saya ialah Satomi dan nama nenek saya ialah Shizuko. Ibu saya berumur kira-kira 45 tahun dan nenek saya berumur kira-kira 70 tahun.

Nama kucing saya pula ialah Aru. Aru berumur 1 ½ tahun. Ibu, nenek dan saya sangat suka kucing. Kucing kami sangat comel dan kami selalu bercakap tentangnya.

Hidup kami sekeluarga sangat bahagia tetapi sederhana. Jadi, saya mesti berusaha dan bekerja dengan kuat. Saya hendak memberi kebahagiaan lagi kepada keluarga saya.

Sekian sahaja penulisan saya tentang memperkenalkan diri saya dan keluarga saya.


Tsubasa Yoshida (Sazali)
Tahap 1

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ini karangan kamu? Baguslah! Baru tahap 1, sudah pandai mengarang dalam bahasa Melayu.... :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger