Khamis, Januari 06, 2011

Kawan Baik Saya


Saya tidak mempunyai ramai kawan baik. Kawan terbaik saya ialah suami saya. Tetapi kalau saya harus menulis tentang kawan baik sahaja saya akan memperkenalkan seorang perempuan yang saya kenali sejak tahun 2007.

Kawan wanita baik saya bernama Nathalie dan lebih tua daripada saya (sedikit sahaja). Dia sudah kahwin (dengan Jean-Denis). Mereka telah pun tinggal di Mali dari 2007 hingga ke tahun 2009. Kami berkawan kerana dia sangat ramah dan banyak tersenyum. Rambutnya berwarna perang kekuningan.

Sebelum berkahwin, dia lebih langsing (~kurus). Ketika saya melihat gambar kahwinnya, saya terfikir yang dia boleh menjadi seorang peragawati. Dia masih cantik. Sekarang, dia dan suaminya tinggal di Canada kerana Jean-Denis belajar untuk mendapatkan lesen penerbangan. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Lise yang dilahirkan pada bulan November 2009.

Nathalie dan saya seronok berjalan-jalan di pasar siang yang luas di Bamako (ibu negara Mali). Dia mengenali ramai orang di pasar ini, jadi kami boleh berlatih bercakap bahasa Bambara dan Soninke. Di sana, kami suka melihat-lihat kain berwarna-warni. Kami pun menghargai masa memasak bersama. Kadang-kadang saya masak di rumahnya semasa kami bercuti di sana kerana dia bekerja. Dia sangat gembira apabila dia pulang dari pejabat dan makanan sudah tersedia. Dia seorang yang sangat aktif jadi saya gembira dapat menolongnya sedikit agar dia boleh berehat sekejap.

Satu hari, dia terjatuh dari motosikalnya dan menderita sakit bahu semasa suaminya berada di negara yang lain. (Selepas beberapa hari) Ketika saya sampai di rumahnya, saya menolongnya membasahkan rambut serta merias kukunya. Dia sangat seronok kerana dia dapat bersantai.

Nathalie suka menjahit seperti ibu mertua saya. Jadi apabila ibu bapa mertua saya melawat kami di Mali, ibu mertua saya mengajarnya pola jahitan yang baru. Saya tidak cukup sabar untuk menjahit tetapi saya berfikir kain yang dijahit oleh orang yang saya kenali oleh saya lebih indah berbanding kain dibuat secara industrial.

Kami tidak berjumpa sejak sekian lama dan saya rindukannya serta saat-saat kami ketawa bersama. Mujurlah kami meneruskan perhubungan surat-menyurat email dan bersembang melalui Skype. Saya harap kami boleh melawat mereka di Kanada suatu hari nanti tetapi pergi ke sana sangat mahal (memerlukan kos yang tinggi).


Bridonneau Carole
Tahap 5

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

tak baik 50?%

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger