Rabu, Januari 26, 2011

Program Menelusuri Budaya Melayu di Melaka

Program Menelusuri Budaya Melayu Para Pelajar Antarabangsa Institut Alam dan 
Tamadun  Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 
di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka 
pada 14 hingga 16 Januari 2011
Jumaat, 14 Januari 2011

Pada 14 Januari 2011 yang lalu, Kelas Bahasa di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) telah  berkunjung ke Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah Melaka untuk memenuhi Program Inap Desa “Homestay” di sana. Seramai 16 orang pelajar antarabangsa dan tiga orang guru pengiring terlibat di dalam program ini. Kami bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 3.00 petang dan sampai di destinasi yang dituju kira-kira jam 5.10 petang. Kami disambut mesra oleh penduduk kampung dan dijamu dengan hidangan jamuan ringan yang menyelerakan. Sebaik sahaja selesai menjamu selera, kami dibawa ke bangunan Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana (PITSM) bagi menghadiri majlis perasmian dan penyerahan peserta kepada keluarga angkat.  

Hidangan teh ‘O’ dan kuih tradisional amat menyelerakan kami

Majlis perasmian pembuka acara telah disempurnakan oleh Tuan Syed Aliwi Al Qudri selaku Penyelaras Projek PITSM Sesi 2010/2011. Tuan Syed Aliwi mengalu-alukan kedatangan kami dan beliau juga menerangkan secara ringkas tentang aturcara program kepada para peserta.  

Tuan Syed Aliwi Al Qudri sebagai perasmi pembuka acara di majlis ini

Kemudian, majlis disusuli dengan acara penyerahan peserta kepada keluarga angkat. Para peserta telah diagihkan kepada lapan buah keluarga angkat di kampung ini. Berikut disertakan gambar dan nama keluarga angkat mereka.


Gambar Kiri: Tomoko Yamada, Cikgu Ardiana Ali Mamat 
dan ibu angkat, Pn Norizan Othman
Gambar Kanan: Kumiko Nakano, Kazuko Goto dan ibu angkat,
Pn Hjh Che Me Yaakob


 
Gambar Kiri: Yoko Nishikawa, Cikgu Nor Azatul Asya Nura 
dan ibu angkat, Pn Hjh Ramlah Hassan
Gambar Kanan: Satoko Kobayashi, Rika Kuwahara, Chikako Ishida 
dan ibu angkat,  Pn Ruhani Alias


Gambar Kiri: Shizuru Nakamura, Kumi Matsuda, Mitsue Saito dan
ibu angkat, Pn Hjh Rahmah Abd Rahman
Gambar Kanan: Kazuki Kirimoto, Masaya Fukumoto dan bapa angka, 
Encik Sadani Sood


Gambar Kiri: Mina, Maiko Tsuji, Yuko Hatae dan ibu angkat, 
Pn Hjh Rokiah Abu Hassan
Gambar Kanan: Yoshimi Ota, Cikgu Jamaliah Isnin dan keluarga angkat, 
Pn Hjh Salamah Abu Hassan


Sebaik sahaja majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat berakhir, semua peserta dibawa ke rumah keluarga angkat masing-masing. Aktiviti mereka pada hari ini ialah sesi ramah mesra dan makan malam bersama keluarga angkat. Aktiviti ini dilakukan bagi memudahkan para pelajar mengenali keluarga angkat mereka dengan lebih rapat. Setiap keluarga angkat menyediakan aktiviti tersendiri bersama-sama ahli baru keluarga mereka.

Gambar-gambar di bawah ini ialah salah satu aktiviti lawatan di Melaka River Cruise pada waktu malam bersama-sama keluarga Puan Hajah Salamah Abu Hassan yang terdiri daripada Encik Nor Azmi Ishak, Puan Huzaillah Abd Rahman, Halim, Ikmal dan Noor Ain.   

 Yoshimi dan keluarga angkat (En. Nor Azmi Ishak, Pn. Huzaillah, Ikmal dan Noor Ain) 
bergambar di Melaka River Cruise

Yoshimi, Noor Ain, Halim, Pn. Huzaillah dan En. Nor Azmi Ishak bersama 
kenalan baru Jass Lim dari Pulau Pinang

Halim, Ikmal dan Onee-chan Yoshimi

Pemandangan Bandaraya Melaka pada waktu malam:   

 Selamat datang ke Bandaraya Melaka, Bandar Warisan Dunia






Selamat Malam!

Sabtu, 15 Januari 2011

Malaysia Cergas

Program pada hari ini dimulakan dengan aktiviti Malaysia Cergas. Para peserta dibawa melawat kawasan kampung dengan berjalan kaki. Kami diiringi oleh Tuan Syed Aliwi Al Qudri, Puan Ruhani Alias dan Encik Mohd Najib Harun. Lawatan ini mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Di sepanjang perjalanan, kami diberi penerangan tentang kawasan dan aktiviti penduduk di kampung ini. Suasana di kampung sangat tenang dan hembusan udara pada pagi ini amat menyegarkan perjalanan kami.


Kami melawati kawasan kampung dengan berjalan kaki

Rekabentuk rumah tradisional di Melaka

Rekabentuk rumah tradisional di Melaka

Pemandangan indah di kampung

Para pelajar khusyuk mendengar penjelasan daripada Tuan Syed Aliwi

Demontrasi Masakan Melayu
  • Menganyam Daun Ketupat
Selesai menjamu selera, kami berkumpul di bangunan PITSM semula. Kami memulakan aktiviti kedua pada pagi ini iaitu Demontrasi Masakan Melayu. Demontrasi ini dimulakan dengan aktiviti menganyam daun ketupat. Aktiviti ini diketuai oleh Tuan Haji Hishamudin Wok. Di dalam aktiviti ini, para peserta diajar menganyam daun ketupat dengan menggunakan daun kelapa yang muda. Ketupat ialah salah satu makanan istimewa yang selalu dihidangkan pada hari yang istimewa seperti perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Para peserta juga diajar mengisi beras ke dalam daun ketupat dan merebusnya. 

Chika, Rika dan Satoko ayu berbaju kurung

Tuan Haji Hishamudin Wok mengajar para peserta menganyam daun ketupat



Kumi dan Kazuki menganyam daun ketupat ... susahnya! 
  • Memasak Kuih Koci, Kuih Buah Melaka dan Kuah Kacang

Selepas berhempas pulas menyiapkan anyaman daun ketupat, para peserta diajar memasak Kuih Koci, Kuih Buah Melaka dan Kuah Kacang. Aktiviti memasak kuih tradisional ini ialah pengalaman pertama mereka dan mereka sangat seronok apabila dapat makan makanan hasil daripada usaha mereka. Walaupun penat di dapur tetapi hasilnya amat membanggakan.
 
Kami bangga dengan kuih tradisional buatan kami. Cubalah!

Kuih Koci

 
 Para peserta tekun mempelajari tatacara membuat Kuih Koci




Suasana di dapur kecoh dengan gelagat para peserta


Inilah hasil akhir Kuih Koci buatan para peserta ... Sedapnya!


Kuih Buah Melaka
Para peserta mempelajari tatacara penghasilan Kuih Buah Melaka
 
Masaya dan Kazuki juga memperlihatkan kemahiran memasak mereka


Kuih Buah Melaka perlu direbus sebelum dimakan ...Chika tekun menjaga bahan rebusan di dapur 
Inilah hasil akhir Kuih Buah Melaka buatan para peserta ... Sedapnya!


Kuah Kacang

Kuah Kacang ialah salah satu masakan yang biasanya dimakan dengan Ketupat. Kacang tanah ialah bahan utama yang digunakan dalam masakan ini. Kuah kacang perlu dimasak lama dengan api perlahan agar tidak berkerak dan menghasilkan kuah yang pekat. Kombinasi rasa pedas, manis, masin dan masam di dalam Kuah Kacang amat menyelerakan kami. 

Chika mempelajari tatacara memasak Kuah Kacang dengan Kak Long

Kuah Kacang sedang dimasak di kuali

Pada pukul 12.00 tengah hari, para peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk makan tengah hari dan bersiap-siap untuk melawat Bandar Melaka selepas itu.

Bersambung  ....

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger