Ahad, September 25, 2011

Konvo UKM 2011


Pada 24-25 September 2011, para pelajar KIKBM berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan bersempena dengan Konvokesyen ke-39 UKM 2011.  Inilah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan kerana para pelajar boleh mempraktikkan kemampuan bahasa Melayu mereka dengan para penutur bahasa Melayu di UKM.  Walaupun penat disamping aktiviti harian yang padat, para pelajar KIKBM nampaknya gembira menyertai semua program ini.  Berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti yang dapat diikuti oleh mereka:


Pertunjukan Auto Show Car (24 September 2011)

Barisan kereta-kereta yang bertanding

Salah satu kereta yang menggunakan tema dari negara Matahari Terbit (Jepun)


Raja Tarik D' Konvo (24 September 2011)


Dua orang peserta ini menguji kemahiran mereka membuat teh tarik


Pameran Fakulti-Fakulti di UKM (24 September 2011)

Sebahagian daripada Fakulti-Fakulti UKM yang mengambil bahagian

Hasil reka cipta juga dipertontonkan


Bengkel Kreatif Les Copaque(24 September 2011)



Itsuki Yoshihara, Anas Ridhwan, Adam Ridhwan, Minami Nakaue dan Misuzu Yamazaki bergambar bersama maskot "Ipin"

Bengkel Kreatif bersama Les Copaque

Para peserta dijamu selepas selesai bengkel ini

Lawatan ke Tapak Pesta Konvo UKM 2011 (24 September 2011)

Sebahagian daripada gerai-gerai jualan

Pemandangan di bahagian hadapan Dewan Gemilang

Explorace UKM 2011 (25 September 2011)
Peta laluan Explorace UKM 2011

Para peserta berkumpul di Kolej Ibu Zain
 
Tugasan kedua, kami perlu menyanyikan lagu 'Bapaku Pulang'

Tugasan ketiga, kami perlu mewarnakan muka masing-masing dengan tepung dan pewarna

Tugasan keempat, kami perlu menyelesaikan masalah "Sudoku". Kami gagal dan didenda makan lobak merah

Tugasan kelima, kami perlu menulis pantun dua kerat dan Haiku

Tugasan keenam, kami perlu memukul bola golf dengan satu pukulan yang melebihi 50m. Itsuki Yoshihara dan Tsubasa Yoshida ialah jaguh kumpulan kami ... mereka pandai main golf

Tsubasa Yoshida dengan gaya seorang pemain golf

Tugasan ketujuh, menulis puisi di atas kain bagi menyokong aktiviti 'Malaysia Book of Record - Menulis 1600 Buah Puisi di atas Kain Rentang'

Tugasan kelapan, kami perlu membuat 'Abseiling' iaitu menuruni bukit di Kolej Rahim Kajai dengan menggunakan tali

Aksi 'Abseiling' Tsubasa Yoshida

Aksi 'Abseiling' Itsuki Yoshihara

Aksi 'Abseiling' Minami Nakaue


Aksi 'Abseiling' Misuzu Yamazaki


Kumpulan kami mendapat nombor ketiga daripada lima kumpulan yang bertanding ... Tahniah!




Kenangan di Explorace UKM 2011

 
Tahniah kepada para graduan di Majlis Konvokesyen UKM ke-39, 24 - 27 September 2011

Sila kunjungi kami di Facebook: Diari Kikbm bagi mendapatkan paparan gambar sepenuhnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger