Ahad, September 25, 2011

Food and Hotel 2011

Puan Rahimah, Chef Florence Tan dan Tsubasa Yoshida di ruangan Bestari untuk promosi masakan

Hari Jumaat yang lepas iaitu 23 September 2011, Tsubasa Yoshida bersama dengan Cikgu Mali dan Puan Rahimah telah mengunjungi pameran "Food and Hotel 2011" di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC. Pameran ini diadakan bagi membantu para peniaga dan pengusaha hotel di Malaysia untuk mendapatkan sumber produk dan rangkaian perniagaan bukan hanya di peringkat dalam negara tetapi mencakupi di peringkat luar negara. Pameran ini hanya diadakan di Malaysia untuk dua tahun sekali dan kali ini sebanyak 272 penyertaan dalam negara dan luar negara telah diterima.  Justeru peluang seperti ini tidak akan dilepaskan oleh para peniaga dan pengusaha hotel di Malaysia.  Tsubasa Yoshida juga mengambil peluang ini untuk mempelajari selok-belok mendapatkan sumber produk dan jaringan rangkaian perniagaan dalam bidang makanan. Tsubasa Yoshida sangat berminat dalam dunia perniagaan dan peluang keemasan ini ialah langkah pertama dalam mengenali dunia perniagaan. Yoshida-san, Gambatte Kudasai!  



Food and Hotel 2011

Berikut ialah sebahagian daripada pemandangan sekitar ruang pameran "Food and Hotel 2011". Perkara yang menyeronokkan ialah kami dapat merasa produk-produk makanan yang menjadi bahan pameran pada hari ini.  Kebanyakkan produk-produk tersebut dipamerkan untuk diperkenalkan kepada para peniaga dan pengusaha hotel di Malaysia.  Ketika pagi kami datang dengan perut yang kosong dan apabila keluar dari ruang pameran, perut kami sudah kenyang! Duit tidak perlu dikeluarkan untuk makan tengah hari ... JIMAT!


Ruang pameran dari Korea

Gelato ... sedapnya!
 
Promosi dan pengenalan mesin pengeluaran dari KREBS

Peralatan dapur dari EuroChef ... sangat cantik dan sangat mahal

Pengenalan produk dari Australia ... produk baru dan mereka sedang mencari pengedar dari Malaysia. Kami dapat makan Goji Berries yang sangat sedap!


Pemandangan ruang pameran dari atas


Para pengunjung sibuk bertanya tentang maklumat produk

Berikut ialah sebahagian daripada produk pameran yang dipamerkan

Produk buah-buahan dan tenusu dari Korea


Kepelbagaian coklat dan hanya untuk dilihat sahaja

Kek ... yum ..yum..yum

Makanan laut yang segar dan mahal

Coklat, Macaron dan kek yang cantik-cantik dari Barry Callebaut Malaysia

Arca (sculpture) yang diperbuat daripada coklat


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger