Isnin, Oktober 17, 2011

Kemajuan Tempang dan Pinggirkan Bahasa, Budaya

Panel Wacana Bahasa Kebangsaan: Isu-isu Bahasa Kebangsaan terdiri daripada YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Haji Othman, En. Mohamad Latfee Ahmad dan YBhg. Prof. Dr. Teo Kok Seong. Wacana ini dipengerusikan oleh Pengarah ATMA, Prof Dr Abdul Latif Samian


Wacana sarankan keseimbangan sains dan sains sosial, maju dengan acuan sendiri

WACANA Bahasa Kebangsaan di Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini, mengingatkan penilaian kemajuan berdasarkan sains dan teknologi semata-mata boleh meminggirkan bahasa dan budaya sekiranya dibuat oleh kelompok yang tidak berjiwa besar.

Sebaliknya wacana anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) itu, menyarankan keseimbangan antara sains dan teknologi dengan sains sosial dikembalikan khususnya di universiti, manakala keghairahan mengejar kemajuan tidak boleh membunuh bahasa Melayu, budaya dan sastera.

Wacana itu turut melihat kedudukan bahasa Melayu dalam bidang penyiaran dan komunikasi yang dianggap masih terikat dengan istilah dalam bahasa Inggeris meskipun sejarahnya di negara ini sudah bermula seawal dekad 1940-an lagi.

Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata senario dunia yang terlalu mementingkan sains dan teknologi menyebabkan ia digunakan sebagai kayu ukur, piawai dan penarafan terhadap apa-apa saja bidang.

“Di institusi pengajian tinggi (IPT) umpamanya, hal ini bukan saja dapat dilihat pada hasilnya, bahkan jelas pada dana yang diperuntukkan.

“Sebagai mantan Pengarah Pusat Pendidikan, saya melihat banyak sangat kajian dalam sains dan teknologi sehingga ia tidak seimbang dengan penyelidikan dalam bidang sains sosial,” katanya pada wacana yang dipengerusikan Pengarah ATMA, Prof Dr Abdul Latif Samian.

Prof Mohd Yusof mengakui dana yang diperlukan untuk kajian dalam sains dan teknologi besar kerana turut membabitkan peralatan yang mahal, tetapi jumlah, kesungguhan dan kepelbagaian kajiannya jauh melebihi penyelidikan sains sosial.

Beliau turut menempelak pihak yang terlalu ghairah untuk memastikan semua kajian diterbitkan di jurnal antarabangsa tanpa mengira bidang penyelidikannya sama ada dalam sains atau sains sosial.

“Tabii sains memang bersifat sejagat sehingga isunya juga universal seperti tenaga solar sebagai ganti kepada tenaga yang mencemarkan alam sudah tentu kajiannya daripada mana-mana negara pun sama.

“Ini berbeza dengan isu dalam sains sosial seperti mat rempit kerana tujuan penyelidikannya bukanlah semata-mata menghasilkan kertas kerja, sebaliknya ia bermatlamat untuk menyelesaikan masalah,” katanya pada wacana yang turut disertai Timbalan Pengarah ATMA, Prof Dr Teo Kok Seong.

Seandainya hasil penyelidikan itu diterbitkan di jurnal antarabangsa, Prof Mohd Yusof berkata, belum tentu pengkaji atau penyelidik dari Jepun atau AS akan membacanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan sifat sejagat sains dan teknologi tidak boleh sampai mematikan budaya, bahasa dan sastera kerana usaha pembangunan perlu dibuat dalam acuan sendiri.

“Lebih teruk, keghairahan untuk diterima pada peringkat antarabangsa, menyebabkan kita (berasa) kena tinggalkan budaya, bahasa dan sastera kita.

“Persoalan yang perlu kita jawab adalah benarkah tanggapan kita itu sehingga Jepun dan Korea sendiri membangun dengan cara itu,” katanya.

Persoalan itu boleh dijawab, kata beliau, dengan melihat produksi kereta yang dulunya dipegang oleh Eropah dan Amerika Syarikat (AS), tetapi ia dikuasai oleh syarikat seperti Toyota, Mitsubishi dan Honda pada masa kini, manakala pengeluaran motosikal yang dulunya dipegang oleh BSA Group, pula didominasi syarikat seperti Honda, Kawasaki dan Yamaha.

Prof Mohd Yusof turut menempelak mereka yang mengambil nilai orang lain termasuk bahasa dan meninggalkan milik sendiri sebagai golongan yang kecil jiwanya.

“Keghairahan kita mengguna pakai nilai sains semata-mata sebagai kayu ukur kemajuan menyebabkan kita merasakan apa-apa saja yang ada dalam diri dan bahasa orang lain itu hebat sedangkan jiwa dan bahasa kita tidak sebegitu.

“Ini sebenarnya akan mengurang dan mengikis nilai yang hebat dalam bahasa dan jiwa kita yang sebenarnya sudah berlaku terhadap sumber alam kita sendiri apabila terpaksa bergantung dengan orang lain untuk menukarkannya kepada sumber berguna,” katanya.

Sekiranya Prof Mohd Yusof lebih melihat wacana bahasa kebangsaan dalam konteks akademik, Pengarang Urusan Bernama Radio24, Mohamad Letfee Ahmad pula menyorot penggunaannya dalam konteks penyiaran.

Meskipun penyiaran memiliki ramai pakar teknikal, Mohamad Letfee mengakui bidang itu sebenarnya kekurangan pakar dalam bahasa sehingga menyebabkan banyak isu kesilapan dan kelemahan dalam berbahasa timbul sama ada dalam media cetak atau elektronik.

“Walaupun sejarah penyiaran di Malaysia sudah lama yang bermula sejak 1946 lagi, kita masih menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris.

“Itu suatu dilema kepada kami dan ia turut dialami dalam pengajian bidang penyiaran dan komunikasi di IPT yang terpaksa menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, hal yang sama juga boleh dilihat pada penulisan skrip sehingga kita melihat ia menggunakan dialog dalam bahasa Melayu tetapi arahan masih mengguna pakai istilah dalam bahasa Inggeris.

“Seolah-olah kita tidak memiliki bahasa Melayu yang kuat untuk menggambarkan istilah dalam penyiaran dan penulisan skrip.

“Walaupun ada cubaan Mansor Puteh untuk membuat glosari tetapi ia tidak cukup kuat untuk diguna pakai oleh pelajar komunikasi,” katanya.


Kemajuan Tempang dan Pinggirkan Bahasa, Budaya
Disediakan Oleh: Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my

1 comments:

ibu salmah berkata...

kami sekeluarga tak lupa  puji ,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angkah ((( 1575 )))alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di
0823 1333 6747,, insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 217
juta, wassalam.

dijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini

1″Dikejar-kejar hutang
2″Selaluh kalah dalam bermain togel
3″Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4″Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5″Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus aza….AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
INFO TOGEL KLIK DISINI

Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747

INFO PESUGIHAN KLIK DISINI
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger