Rabu, Januari 05, 2011

Diari Hari Ini

Pagi semalam, kami menaiki bas U40 dari Kajang ke Pasar Seni lalu menaiki tren lain untuk pergi ke kedutaan Perancis supaya didaftarkan dalam senarai orang Perancis di negara asing. Apabila kami sampai di sana. Penjaga keselamatan telah memeriksa identiti kami lalu dia membuka pintu utama. Kemudian dia mendaftarkan nama kami dan menyimpan telefon bimbit kepunyaan kami. Kemudian, dia membuka pintu kedua dan menunjukkan kepada kami arah yang seharusnya kami ikuti. Jadi kami berjalan kaki sedikit dan memasuki sebuah bilik. 
Di dalam bilik itu sudah ada seorang perempuan dengan anaknya yang menunggu di situ. Tetapi dia tidak datang untuk hal yang sama. Selepas beberapa minit, seorang lelaki memanggil kami lalu kami mengikutnya ke pejabat. Kami berbincang sedikit sambil mengisi beberapa borang. Dia berumur lebih kurang 26 tahun dan bekerja di sini kerana bertunang dengan seorang gadis dari Malaysia. Dia berjumpa dengannya semasa belajar di sini. 
Selepas kedutaan, kami sepatutnya pulang ke rumah tetapi seorang kawan menelefon kami dan mempelawa kami untuk menonton wayang di MidValley pada pukul satu petang. Kami menerimanya tetapi kami mesti bergerak dengan pantas sebab kami berada di Ampang Park. Jadi kami menaiki tren lagi untuk pergi ke MidValley dan berjumpa dengannya. Di sana, kami menonton filem "Inception" yang sukar untuk difahami tetapi saya suka. Selepas menonton filem, kami berpisah dan pergi membeli barang-barang runcit dan pulang ke rumah kami.


Bridonneau Jean-Luc
Tahap 5

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger