Rabu, Januari 05, 2011

Rokok



Saya selalu terkejut melihat ramai orang yang merokok di seluruh dunia. Semua orang mengetahui bahaya rokok tetapi mereka terus merokok. Mereka tahu bahawa paru-paru akan rosak dan menjadi barah lalu membunuh mereka.

Saya perasan orang mula merokok semasa remaja. Mereka merokok kerana berasa lebih penting daripada orang lain yang tidak mengikut perlakuan mereka. Apabila mereka merokok, mereka berasa menjadi seperti orang dewasa kerana mereka melakukan aktiviti yang sama. Namun, mereka akan menyesali kerana mereka tidak dapat berhenti. Permulaan, merokok seperti pemainan tetapi ia menjadi ketagihan. Selepas beberapa bulan, tidak ada seorang pun yang boleh berhenti merokok. Kalau seorang itu mencuba berhenti, dia akan sakit.

Inilah bahaya lebih besar! Remaja-remaja hendak merokok untuk berasa dewasa manakala orang dewasa ingin berhenti. Ibu bapa patut menyedarkan anak-anak mereka tentang hal itu, tetapi contoh terbaik datang daripada ibu bapa yang tidak merokok. Apabila ibu bapa merokok dan menjelaskan hal itu kepada anak-anak mereka, anak-anak itu tidak mendengar nasihat itu. Saya tidak pernah tertarik dengan rokok. Rokok merosakan kesihatan, dan harganya mahal. Lebih-lebih lagi, orang-orang yang merokok ialah orang yang ketagih. Mereka seperti hamba dadah. Walaupun saya tidak merokok, asap rokok adalah bahaya untuk saya. Pada masa kini, orang-orang tidak dibenarkan merokok di pejabat atau dalam tren. Beberapa tahun yang lalu, mungkin merokok dalam tren dan saya terhidu asap itu. Pastinya, paru-paru saya sudah hitam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger