Jumaat, Februari 04, 2011

Surat dari Sapporo, Hokkaido

2-2-1-5-202
Nishiku, Nizyuyonken Sapporoshi,
Hokkaido, Japan.


Kepada Kawan-kawan Saya yang Dikasihi di Malaysia,

Apa khabar kawan-kawan di Malaysia. Nama saya Ayaka Shirota dan di Malaysia saya juga dipanggil dengan nama melayu “Faizah”.


Ayaka Shirota

Hari ini, saya hendak memperkenalkan Hokkaido kepada awak semua. Hokkaido terletak di utara Jepun. Itu negeri yang paling luas dalam Jepun. Hokkaido dikelilingi oleh Laut Jepun, Laut Okhotsk dan Laut Pasifik. Di Hokkaido ada banyak hutan dan ladang. Alam sekitar di situ bagus.

Rumah saya ada di Sapporo. Sapporo ialah ibu negeri Hokkaido. Di Sapporo ada banyak tempat-tempat yang menarik. Contohnya, Menara TV, Menara Jam, Taman Ōdōri. Menara Jam ialah simbol Sapporo tetapi sekarang, menara itu tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tempat untuk pelancongan sahaja.


Sapporo ada banyak salji

Pada musim sejuk, Sapporo ada banyak salji. Bandar semua jadi putih. Di Taman Ōdōri, diadakan Pesta Salji pada bulan Februari. Banyak patung salji dibuat di situ. Ramai orang datang dari mana-mana dan melawat pesta itu. Pada waktu itu sangat sejuk tetapi Pesta Salji sangat terkenal. Salji di Sapporo sungguh indah. Saya berharap supaya nanti awak semua boleh datang ke Hokkaido.  

Pesta Salji di Taman Ōdōri, Sapporo

Ukiran ais yang cantik


Yang benar,
Ayaka Shirota (Faizah)

2 comments:

Nora berkata...

Hi,

Saya akan ke Hokkaido pada Januari 2014 dan tinggal di hotel Gracery Sapporo. Saya nak tanya ada tak restoran halal yg menjual makanan Jepun seperti Ramen, Udon.

Unknown berkata...

Hi shirota (faezah)..
saya akan melawat hokkaido pada april 2014
mungkin awak boleh share/suggest tempat menarik untuk saya lawati..hotel penginapan..makana halal sepanjang saya disana

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger