Isnin, Januari 10, 2011

Mie, Tempat Menarik di Jepun

Mie
Pertama kali, saya beritahu maklumat di Mie. Mie terletak di barat Jepun. Keluasan Mie hampir sama dengan Brunei. Keluasan Mie ialah 5,777 km2 dan keluasan Brunei ialah 5,765 km2. Mie diperkaya dengan alam semulajadi seperti laut dan gunung-gunung. Ibu negeri Mie ialah Tsu.
Seterusnya, saya ingin meperkenalkan tempat-tempat menarik di Mie. Mie terkenal dengan ninja. Di Malaysia ada kartun dari Jepun seperti Naruto Shippuden dan Ninja Boy. Sebenarnya kerja ninja ialah mengintip dan ninja ialah pengintip. Sebab ada ninja di Mie, KATAYAKI ialah makanan istimewa tempatan di sini. Katayaki ialah biskut yang sangat keras. Ini makanan kecemasan untuk ninja. Jadi, jika datang ke Mie, kamu perlu mencuba makan Katayaki dan melawat Istana Ueno di situ.
Katayaki
Istana Ueno
Selepas itu, ada kawasan air terjun di Mie. Nama kawasan air terjun itu ialah "Akame Shijuhachi-taki" atau boleh diterjemahkan kepada 48 Air Terjun Akame. Sebenarnya tiada sebanyak 48 air terjun. Saya tidak tahu kenapa bernama “48”. Jangan tanya saya. Jika pergi ke situ pada musim luruh, pemandangan di sana sangat cantik kerana warna daun bertukar warna. Kamu perlu pergi pada musim luruh.

Air terjun di "Akame Shijuhachi-taki"
Akhir sekali, Mie ada tempat yang menarik selain di atas tersebut. Jika datang ke Jepun jangan pergi ke Osaka dan Tokyo sahaja tetapi pergi juga ke Mie.  
Kazuki Kirimoto
Tahap 3 (Tempat-tempat Menarik di Negara Saya)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hai, boleh tak jadi guide untuk group saya 12 adult pada 6 -11 jun 2013. boleh tak bawa kami jalan2 nanti.
Terima kasih. Hubungi email saya mazanachewil@yahoo.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger