Rabu, Januari 19, 2011

Kuih Bakar dan Kuih Buah Melaka

Steven dan Rokh membuat Kuih Buah Melaka
Pada 2 Februari 2010 yang lalu, Darroch Reid (lebih dikenali dengan nama Rokh) dan Woo Chi Hung (lebih dikenali dengan nama Steven) telah berkunjung ke rumah Puan Siti Hasnah (lebih dikenali dengan nama Kak Siti) untuk mempelajari dua jenis kuih tradisional melayu iaitu Kuih Bakar dan Kuih Buah Melaka.

Seawal jam 9.00 pagi, kami telah pergi ke rumah Kak Siti di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi dan disambut mesra oleh tuan rumah. Kami dijamu sarapan pagi yang enak iaitu nasi lemak dan sedikit kuih-muih sebagai pemanis mulut.

Sebaik sahaja habis menjamu selera hidangan sarapan pagi, kami memulakan tugas di dapur. Walaupun tugas di dapur ialah tugas harian orang perempuan tetapi hari ini dua orang pelajar lelaki telah menunjukkan kemahiran mereka di dapur. Jangan terkejut, mereka pandai memasak!

Pertama sekali, Kak Siti menunjukkan mereka cara-cara memasak Kuih Bakar. Mereka diajar menyediakan bahan-bahan, membancuh adunan, membubuh adunan di dalam acuan, membakar dan mengeluarkan Kuih Bakar dari acuannya. Kuih Bakar ialah kuih kegemaran Rokh dan dia sangat gembira apabila dapat makan Kuih Bakar yang baru dimasak. Kuih Bakar yang baru dimasak adalah sangat sedap.

Kak Siti mengajar mereka membancuh adunan Kuih Bakar
 
Acuan Kuih Bakar perlu disapu dengan minyak supaya kuih tersebut tidak melekat selepas dibakar



Bancuhan Kuih Bakar dimasukkan ke dalam acuan
 
Bancuhan di dalam acuan Kuih Bakar


Selepas acuan penuh dengan bancuhan Kuih Bakar, acuan tersebut dimasukkan ke dalam ketuhar


Rokh mengeluarkan Kuih Bakar yang sudah siap dibakar dari acuannya

Steven mengeluarkan Kuih Bakar yang sudah siap dibakar dari acuannya

Inilah hasil Kuih Bakar mereka dan sudah boleh dimakan
Selepas itu, Kak Siti mengajar mereka membuat Kuih Buah Melaka. Menurut Steven, Kuih Buah Melaka seakan-akan kuih tradisional di Hong Kong. Rokh turut mengambil peluang untuk belajar menguli adunan Kuih Buah Melaka dan dia sangat gembira.
 
Kak Siti menguli adunan Kuih Buah Melaka sambil diperhatikan oleh Rokh
 
Adunan sudah siap diuli dan boleh dibentuk
 
Rokh menguji kemahiran memasaknya dan sangat pandai menguli adunan Kuih Buah Melaka


Rokh dan Steven sangat tekun membentuk Kuih Buah Melaka dan menggunakan gula melaka sebagai intinya
 
Kuih Buah Melaka perlu direbus sebelum dimakan. Selepas direbus, kuih ini akan timbul dan keadaan ini menunjukkan bahawa kuih ini sudah masak
 
Kuih Buah Melaka yang telah direbus perlu disalut dengan parutan kelapa supaya tidak melekat.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger