Khamis, Mac 03, 2016

Hina-Matsuri: Makanan Istimewa

Hina-Matsuri ialah acara di Jepun yang disambutkan pada 3hb Mac dan bermaksud festival anak patung atau festival anak perempuan.  Acara ini ialah acara untuk mendoakan pertumbuhan anak perempuan (sumber foto: chibiakasworld.blogspot.com)

Pada tahun yang lalu saya sudah menerangkan perayaan Jepun untuk gadis-gadis yang dipanggilkan “Hina-Matsuri”. Perkataan “Hina” adalah datang daripada perkataan “Hina-Ningyo” yang bermakna anak patung istimewa untuk perayaan itu dan “Matsuri” bermakna pesta. Biasanya keluarga yang ada anak perempuan meraikan perayaan itu. Hina-Matsuri adalah untuk berdoa kesihatan dan kegembiraan anak perempuan dalam keluarganya.

Perayaan itu berlaku pada 3 hari bulan Mac pada setiap tahun. Orang Jepun sekarang merayakan pesta ini berpandukan takwim suria. Tetapi sebelum tahun 1872, orang Jepun menyambut Hina-Matsuri berpandukan takwim bulan dan perayaan itu adalah pada masa bunga pic berkembang. Oleh sebab itulah, Hina-Maturi ada nama lain “Momo no Sekku” (bermakna perayaan pic).

Jika anak perempuan lahir, keluarganya mendapat sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou sebelum Hina-Matsuri yang pertama datang. Kumpulan anak patung itu sekurang-kurangnya ada sepasang anak patung yang bernama Odairisama (anak patung lelaki dan perempuan). Kadangkala, tiga anak patung perempuan yang bekerja untuk Odairisama , lima anak patung lelaki yang bermain alat muzik dan lain-lain ada juga. Semua anak patung itu biasanya pakai pakaian dahulu.

Hinaningyou ini terdiri daripada perkahwinan istana Jepun pada zaman dahulu dan anak patung memakai kimono iaitu pakaian tradisi Jepun.  Pentas anak patung itu biasanya mempunyai 5 tangga. Odairisama (raja) dan Ohinasama (permaisuri) berada di tangga paling atas, Sannin-kanjo (3 puteri istana) diletakkan di tangga kedua, Gonin-bayashi (5 anak patung pemuzik lelaki) berada di tangga ketiga, Udaijin dan Sadaijin (2 anak patung menteri) berada di tangga keempat dan Shincho (3 anak patung pesuruh lelaki) diletakkan di tangga kelima.

Apabila Hina-Matsuri berdekatan, keluarga yang ada anak perempuan meletakkan anak patung itu di bilik kanak-kanak atau bilik lain di rumah mereka. Pada hari Hina-Matsuri, ada majlis makan dan minum bersama-sama di depan anak patung itu untuk berdoa kesihatan dan kegembiraan anak perempuan mereka. Dalam majlis bersifat klasik itu, orang-orang yang menghadiri Hina-Matsuri makan Hina-Arare (sejenis biskut tawar), minum Amazake (arak nasi) dan meletakkan bunga pic untuk anak patung itu. Mereka makan “Chirashi-Zushi”, “Hamaguri no Osuimono” dan “Hishi-Mochi” juga. Menu makanan perayaan itu tetap pada setiap perayaan. 


Dalam perayaan Hina-Matsuri, kanak-kanak perempuan akan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan istimewa seperti Hina-Arare (sejenis biskut tawar), minuman Amazake (arak nasi), 'Chirashi-Zushi', 'Hamaguri no Osuimono' dan 'Hishi-Mochi'. Meja hidangan juga perlu dihias dengan bunga pic dan pasangan anak patung Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan) (sumber foto: trivia-note.com)

Chirasi-Zushi adalah sejenis sushi dan Chirasi bermakna “bertaburan”. Itu dibuat daripada nasi, udang, akar bunga teratai, kacang dan lain-lain serta dihidangkan dalam satu mangkuk. Perasa utama Chirashi-Zushi ialah cuka dan gula, oleh sebab itu rasanya manis dan masam. Chirasi-Zushi ialah makanan cantik yang sesuai untuk pesta. Tambahan pula, bahan itu ada erti yang istimewa. Contohnya, udang bererti panjang umur kerana bentuk udang menyerupai bentuk orang tua yang berbadan bongkok. Akar bunga teratai ada lubang. Oleh sebab itulah, akar bunga teratai membawa simbol ‘orang yang boleh berfikir apa yang akan berlaku pada masa hadapan’.  Perkataan kacang dalam bahasa Jepun ialah “Mame’. Mame ada makna lain yang bererti ‘orang yang bekerja baik’. 

Chirasi-Zushi ialah makanan istimewa untuk Hina-Matsuri. Hidangan ini mengandungi nasi yang dihias dengan udang (membawa maksud 'panjang umur'), akar bunga teratai (membawa maksud 'orang yang boleh berfikir apa yang akan berlaku pada masa hadapan') dan kacang (membawa maksud 'orang yang bekerja baik’).

Hamaguri no Osuimono ialah sup kepah. Hamaguri bererti kepah dan Osuimono ialah sup yang jelas. Kepah ada dua keping cengkerang. Oleh sebab itulah, kepah membawa simbol pasangan yang baik. Pada zaman dahulu, ada permainan yang menggunakan cengkerang kepah di Jepun. Dalam permainan itu, pemain mesti mencari sehingga menjumpai pasangan cengkerang kepah tersebut.  Untuk orang Jepun dahulu, kepah adalah makanan yang sangat dikenali dan biasa dimakan oleh penduduk Jepun.

'Hamaguri no Osuimono' ialah sup kepah yang jernih dan kepah membawa maksud 'pasangan yang baik'. Anak perempuan sentiasa didoakan agar mendapat pasangan yang baik pada masa hadapan (sumber foto: foodgawker.com)

Pada zaman dahulu, ada permainan yang menggunakan cengkerang kepah di Jepun. Dalam permainan itu, pemain mesti mencari sehingga menjumpai pasangan cengkerang kepah tersebut.
 
Hishi-mochi ialah nasi lekit yang berbentuk rombus. Hishi-mochi ada tiga lapisan. Lapisan teratas berwarna merah jambu, lapisan tengah berwarna putih dan lapisan terbawah berwarna hijau. Masing-masing warna ada makna tetapi ada beberapa tafsiran. Misalnya, ada orang yang menerangkan warna hijau ialah simbol kesihatan dan panjang umur. Tetapi orang lain menerangkan warna hijau bererti tanah yang hijau. Warna merah jambu bermakna pic atau tangkal dan warna putih bermakna salji atau bersih.

Hishi-mochi ada tiga lapisan iaitu lapisan teratas berwarna merah jambu (membawa maksud bunga pic atau tangkal), lapisan tengah berwarna putih (membawa maksud salji atau bersih) dan lapisan terbawah berwarna hijau (membawa maksud kesihatan, panjang umur dan tanah yang hijau)



Junko Mori
Sahabat KIKBM


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger