Khamis, Februari 06, 2014

Persiapan Akhir dan Jamuan Ulang Tahun

Latihan sesi pembentangan kertas kerja bagi Mayumi Tsujimoto, Sakurako Toyoda, Zou Yan, Gu Xin, Xiao Li, Xie Yunxi, Li Jianzun, Hungfu Manjun, Yang Mengyun, Li Zhuangye dan Liu Baiyun

Hari ini pelajar-pelajar kami (Mayumi Tsujimoto, Sakurako Toyoda, Zou Yan, Gu Xin, Xiao Li, Xie Yunxi, Li Jianzun, Hungfu Manjun, Yang Mengyun, Li Zhuangye dan Liu Baiyun) berlatih untuk sesi pembentangan kertas kerja yang akan diadakan esok (7 Februari 2014). Hari ini adalah persiapan akhir mereka. Mereka sudah berhempas-pulas menyediakan kertas pembentangan masing-masing sejak beberapa bulan yang lepas. Semua pelajar kami agak ketakutan untuk menanti hari esok. Mereka juga bimbang untuk menyampaikan pembentangan masing-masing. Cikgu tahu kamu sudah buat yang terbaik, kamu pasti boleh berjaya esok. Selamat berjaya untuk kamu semua.


Jamuan Kejutan


Kami juga sempat membuat jamuan kejutan bagi semua pelajar yang hadir pada sesi latihan pembentangan kertas kerja hari ini. pelajar-pelajar yang membentang pada hari ini agak ketakutan sehingga mereka tidak bersarapan pagi. Jadi, mereka makan bersungguh-sungguh ketika jamuan kejutan ini kerana sudah kelaparan. Mereka ketakutan sehingga tiada selera makan.


Selamat ulang tahun bagi Mayumi, Xiao Li dan semua pelajar-pelajar KIKBM



Kami juga sempat membuat kejutan bagi Mayumi Tsujimoto dan Xiao Li untuk sambutan ulang tahun mereka pada hari ini.


Gambar dan cerita penuh aktiviti homestay ini boleh diikuti di Facebook kami: Persiapan Akhir dan Jamuan Ulang Tahun


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger