Selasa, April 05, 2016

Ringkasan Hikayat Tiga Negara

Sejarah Tiga Negara dipelopori tiga negara besar yang terdiri daripada Negara Shu, Negara Wei dan Negara Wu. Zaman sejarah ini sangat popular dan kerap diolah secara romantik dalam kebudayaan-kebudayaan China, Jepun, Korea, dan Vietnam 

Pengenalan

Hikayat Tiga Negara, yang ditulis oleh Luo Guanzhong pada abad ke-14, ialah sebuah novel sejarah Cina berdasarkan peristiwa-peristiwa antara zaman huru-hara pada penghujung Dinasti Han sehingga penghujung zaman Tiga Negara (220 – 280). Buku ini telah disanjung sebagai salah satu daripada Empat Novel Klasik Yang Teragung  dalam kesusasteraan Cina dan mempunyai banyak edisi penceritaan.

Cerita-cerita dari zaman Tiga Negara telah wujud sebagai tradisi lisan sebelum sebarang susunan bertulis. Dalam cerita-cerita yang popular ini, watak-wataknya biasa diberikan ciri-ciri mitos yang dibesar-besarkan dan sering digambarkan sebagai dewa atau makhluk ghaib yang mempunyai kuasa-kuasa ajaib. Dengan tumpuannya kepada sejarah Cina Han, cerita-cerita itu bertambah popular semasa pemerintahan Dinasti Yuan oleh maharaja-maharaja Mongol yang asing. Semasa Dinasti Ming yang menyusuli dinasti tersebut, minat terhadap drama dan novel menyebabkan perkembangan dan penceritaan semula cerita-cerita ini dengan lebih lanjut.

Percubaan terawal untuk menggabungkan cerita-cerita ini menjadi sebuah karya bertulis ialah Catatan Tiga Negara, secara harfiah diterjemahkan sebagai “Cerita Sanguozhi”, yang diterbitkan antara tahun 1321 dan tahun 1323. Versi ini menggabungkan tema-tema kuasa ajaib, mitos, dan kesusilaan untuk menarik minat kelas petani.

Catatan Tiga Negara yang diterjemahkan sebagai "Cerita Sanguozhi" ini menggabungkan tema-tema kuasa ajaib, mitos dan kesusilaan untuk menarik perhatian kelas petani antara tahun 1321-1323

Hikayat Tiga Negara sebagaimana yang diketahui pada hari ini dikatakan ditulis oleh Luo Guanzhong antara tahun 1330 dan 1400 (akhir zaman Yuan sehingga awal Ming). Novel ini sebahagiannya ditulis dalam teks mudah dan sebahagiannya dalam teks klasik Cina, dan dianggap sebagai teks piawai selama 300 tahun. Luó mempergunakan rekod-rekod sejarah yang sedia ada, termasuk Babad Tiga Negara yang disusun oleh Chen Shou dan yang merangkumi peristiwa-peristiwa daripada Pemberontakan Serban Kuning pada tahun 184 sehingga penyatuan ketiga-tiga negara di bawah Dinasti Qin pada tahun 280. Dengan pengetahuan sejarah ini, beliau menggabungkannya dengan bakat penceritaan untuk mencipta tokoh-tokoh yang berwarna-warni. Hikayat Tiga Kerajaan membayangkan nilai-nilai Konfusianisme yang amat popular pada masa buku ini ditulis. Menurut piawai kemoralan Konfusianisme, kesetiaan kepada keluarga, kawan, dan orang atasan merupakan salah satu daripada banyak ukuran yang boleh dipergunakan untuk membezakan antara orang baik dengan orang jahat.


Pemberontakan Serban Kuning

Cerita ini berlatar pada tempoh kemerosotan Dinasti Han ketika maharaja-maharaja Han yang terakhir terlalu percaya kepada sida-sida mereka dan memulaukan pegawai-pegawai yang berupaya. Kerajaan ketika itu menjadi terlalu korup dan tidak cekap akhirnya mengakibatkan kemerosotan ekonomi dan keselamatan negara yang serius. Semasa pemerintahan Maharaja Ling, maharaja pra-akhir Han, pemberontakan Serban Kuning tercetus di bawah pimpinan Zhang Jiao yang mengamalkan ilmu sihir Taoisme yang dikatakan mempunyai kuasa keabadian. Zhang berpura-pura menjadi seorang doktor pengembara untuk merawat orang-orang sakit dan menghasut orang ramai supaya melakukan pemberontakan terhadap dinasti Han. 


Pemberontakan Serban Kuning tercetus di bawah pimpinan Zhang Jiao dan menghasut orang ramai supaya melakukan pemberontakan terhadap dinasti Han. 

Pemberontakan Serban Kuning dipatahkan dengan pantas dengan usahasama berbagai-bagai orang bangsawan dan hulubalang di bawah pimpinan He Jin, saudara ipar Maharaja Ling, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Kerajaan Pusat. Bagaimanapun, He Jin kemudian ditipu masuk ke istana dan dibunuh oleh sida-sida di bawah pimpinan Zhang Rang. Para hulubalang dan orang bangsawan yang lain berasa amat marah terhadap perkara itu dan mengetuai angkatan-angkatan tentera mereka masuk ke dalam istana untuk membunuh semua sida-sida, termasuk juga lelaki yang tidak berjanggut yang salah dianggap sebagai sida-sida dan dibunuh. Pembunuhan beramai-ramai itu menyebabkan Maharaja Saho dan Putera Chenliu (kemudian Maharaja Xian) melarikan diri kerana berasa takut.


Pemerintahan Dong Zhuo yang Zalim

Mereka dijumpai dan diselamatkan oleh Dong Zhuo, hulubalang dari Liang Barat. Dong Zhuo terus merebut peluang ini untuk merampas kuasa dan menguasai maharaja serta istana empayar pada keseluruhannya atas nama melindungi maharaja. Dong kemudian menggulingkan Maharaja Shao dan menggantikannya dengan Putera Chenliu yang kemudiannya dikenali sebagai Maharaja Xian. Di bawah pemerintahan Dong Zhuo yang zalim, orang ramai dan pegawai-pegawai kerajaan amat menderita. Di bawah pimpinan Yuan Shao, 18 orang bangsawan dan hulubalang memulakan sebuah kempen terhadap Dong Zhuo dan menyingkirkannya dari ibu kota Luoyang ke Chang’an. Dong Zhuo kemudian dibunuh oleh anak angkatnya, Lu Bu, yang dikenali sebagai hulubalang yang teragung pada masanya, akibat suatu pertikaian terhadap Diao Chan, seorang wanita jelita yang didambakan oleh kedua-dua mereka.

Lakaran potret Dong Zhuo dalam edisi novel "Romantik dari Tiga Kerajaan" semasa Dinasti Qing. Sumber foto: https://en.wikipedia.org/wiki/Dong_Zhuo


Pertempuran antara Hulubalang dan Orang Bangsawan

Sementara itu, para hulubalang dan orang bangsawan turut mengalami pertikaian dalaman sendiri. Sun Jian, hulubalang dari Changsha, terjumpa Mohor Jed Empayar di dasar sebuah perigi di Luoyang. Tanpa sebuah kerajaan pusat yang kuat, para hulubalang dan orang bangsawan kembali ke wilayah masing-masing dan berlawan antara satu sama lain untuk lebih banyak tanah dan kuasa. Di kawasan utara, Yuan Shao dan Gongsun Zan berperang, dan di kawasan selatan, Sun Jian dan Liu Biao juga berperang. Banyak pemimpin yang berbakat seperti Cao Cao dan Liu Bei yang secara rasmi tidak mempunyai gelaran atau angkatan tentera, mula membina angkatan tentera masing-masing dengan merekrut orang-orang yang berbakat serta mengatur angkatan-angkatan tentera.

Potret Cao Cao yang dilakar dalam Sancai Tuhui semasa Dinasti Ming. Sumber foto: https://en.wikipedia.org/wiki/Cao_Cao

Cao Cao mengasaskan sebuah ibu kota yang baru di Xuchang. Cao Cao menjadi lebih kuat kerana si maharaja kini dibawah kuasanya dan oleh itu, dapat menguasai hulubalang-hulubalang serta orang-orang bangsawan yang lain di atas nama maharaja. Cao Cao menghapuskan musuh-musuhnya seperti Yuan Shu, Lu Bu serta Zhang Xiu, kemudian menjadi asas untuk penubuhan Kerajaan Wei. 


Sun Quan Membina Sebuah Empayar di Jiangdong

Pada masa yang sama, Sun Jian dibunuh dalam pertempuran terhadap angkatan tentera Liu Biao. Anak sulungnya, Sun Ce, mendagangkan Mohor Jed Empayar yang dijumpai oleh bapanya dengan Yuan Shu dari Huainan untuk askar-askar. Sun Ce, kini dengan sebuah angkatan tentera dan sepasukan jeneral dan penasihat yang berbakat dan berupaya, memulakan penaklukan terhadap Jiangdong. Selepas kuat bekerja serta perjuangan bertahun-tahun, Sun Ce mengasaskan sebuah empayar di Jiangdong. Kawasan yang sangat luas itu di Jiangdong kemudian menjadi suatu asas yang kukuh untuk penubuhan Kerajaan Wu. Malangnya, Sun Ce mati awal. Sun Quan, adik lelakinya, dia membina sebuah angkatan tentera yang kuat yang terbukti berguna untuk mempertahankan Jiangdong daripada serangan-serangan selatan yang kemudian oleh Cao Cao.

Liu Bei, bersama-sama saudara-saudara darahnya, Guan Yu dan Zhang Fei telah bersumpah akan taat setia kepada Dinasti Han dan berikrar bahawa mereka akan membuat seberapa yang boleh untuk berkhidmat kepada maharaja dan orang ramai.  Di Xinye, Liu Bei sendiri merekrut Zhuge Liang yang berbakat dan beransur-ansur membina angkatan tenteranya. 


Pertempuran Cenuram Merah

Cao Cao yang mengisytiharkan diri sebagai Perdana Menteri, mengetuai askar-askarnya untuk menyerang kawasan China selatan selepas menyatukan kawasan utara. Di Xinye, beliau dua kali ditewaskan oleh angkatan tentera Liu Bei tetapi Liu Bei menghilangkan Xinye dan terpaksa berpindah ke Jingzhou. Malangnya, Liu Biao telah mangkat ketika itu dan meninggalkan Jingzhou berpecah belah antara Liu Qi and Liu Cong, putera-puteranya. Liu Bei mengetuai orang-orang awam Xinye ke Xiangyang yang diperintah oleh Liu Cong tetapi tidak dibenarkan masuk. Liu Cong kemudian menyerah kepada Cao Cao, dan Liu Bei terpaksa berpindah ke Jiangxia yang diperintah oleh Liu Qi. Dalam perjalanan mereka, Liu Bei dan orang-orang awam dikejar oleh askar-askar Cao Cao, dengan banyak orang awam dibunuh. Liu Bei dan orang-orangnya dapat tiba di Jiangxia dan di sana, beliau mengasaskan sebuah angkatan tentera untuk memantapkan kedudukannya terhadap serangan Cao Cao.

Cao Cao ditewaskan dalam Pertempuran Cenuram Merah oleh tentera campuran Liu Bei dan Sun Quan

Untuk menentang serangan Cao Cao, Liu Bei menghantar Zhuge Liang untuk memujuk Sun Quan di Jiangdong untuk membentuk sebuah perikatan. Zhuge Liang berjaya dalam usaha ini dan tinggal di Jiangdong sebagai seorang penasihat sementara. Sun Quan melantik Zhou Yu untuk mengetuai angkatan tenteranya di Jiangdong (Wu Timur) untuk mempertahankan kawasan itu daripada serangan Cao Cao. Zhou Yu berasa bahawa Zhuge Liang akan menjadi satu ancaman kepada Wu Timur pada masa hadapan dan beberapa kali cuba membunuhnya, tetapi gagal. Akhirnya, beliau tidak ada pilihan lain kecuali bekerjasama dengan Zhuge Liang buat sementara kerana angkatan tentera Cao Cao telah sampai ke sempadannya. Cao Cao ditewaskan dalam Pertempuran Cenuram Merah oleh tentera campuran Liu Bei dan Sun Quan, dan terpaksa melarikan diri balik ke Jingzhou.


Ketegangan antara Liu Bei dan Sun Quan

Selepas pertempuran yang agung di Cenuram Merah, Wu Timur dan Liu Bei bertempur untuk merebut kawasan Jingzhou. Zhou Yu mengetuai askar-askarnya ke Wu Timur untuk menyerang Jingzhou dan mencapai suatu kejayaan, tetapi akhirnya Jingzhou jatuh ke dalam tangan Liu Bei apabila Zhuge Liang menasihati Liu Bei untuk merampas Jingzhou semasa angkatan-angkatan tentera Zhou Yu dan Cao Cao berperang.  Zhou Yu amat tidak gembira dan melaporkan perkara itu kepada Sun Quan. Sun Quan menghantar Lu Su ke Jingzhou untuk berunding dengan Liu Bei tentang Jingzhou. Lagi dan lagi, Liu Bei enggan mengembalikan Jingzhou kepada Wu Timur.

Sun Quan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakan strategi-strategi baru yang dicadangkan oleh Zhou Yu untuk mengembalikan Jingzhou. Salah satunya ialah Rancangan Jahat Wanita Jelita yang cuba menipu Liu Bei untuk datang ke Jiangdong supaya dapat dijadikan sebagai orang tebusan bagi pertukaran untuk Jingzhou. Mengikut rancangan ini, Zhou Yu akan berpura-pura mengahwinkan adik perempuannya kepada Liu Bei. Liu Bei ke Jiangdong dan selepas hampir mematuhi arahan Zhuge Liang, berkahwin dengan adik perempuan Sun Quan tanpa sebarang bahaya, walaupun perkara itu sepatutnya merupakan sebuah perangkap. Beliau kembali dengan selamat ke Jingzhou dengan isteri barunya itu. Zhou Yu amat marah dan cuba memikirkan rancangan-rancangan yang lain untuk mengembalikan Jingzhou tetapi tetap tidak berjaya. Selepas tiga kali dibuat sangat marah oleh Zhuge Liang, Zhou Yu akhirnya muntah darah dan mangkat.

Liu Bei mengisytiharkan diri sebagai Putera Hanzhong dan bertanggungjawab dalam penubuhan Kerajaan Shu-Han. Sumber foto: https://en.wikipedia.org/wiki/Liu_Bei

Selepas kematian Zhou Yu, hubungan antara Liu Bei dan Sun Quan menjadi tegang tetapi kedua-dua mereka tidak memulakan perang. Zhuge Liang menasihati Liu Bei supaya menyerang Xichuan yang diperintah oleh Liu Zhang, orang bangsawan yang tidak berupaya. Liu Bei bertolak dengan askar-askarnya dan menaklukkan Xichuan serta juga Hanzhong yang dikuasai oleh Cao Cao. Liu Bei mengisytiharkan diri sebagai Putera Hanzhong, manakala Cao Cao menaikkan pangkat diri dari pangkat Perdana Menteri menjadi Putera Wei. Sun Quan pula dikenali sebagai Duke Wu. Menjelang masa itu, Liu Bei telah memerintah sebahagian kawasan yang besar dari Jingzhou ke Sichuan di barat. Ini kemudian bertindak sebagai sebuah asas yang kuat untuk penubuhan Kerajaan Shu-Han.

Lakaran potret Sun Quan yang dilukis oleh Yan Liben. Sumber foto: https://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Quan

Keadaan antara ketiga-tiga kuasa utama hampir berakhir dengan kebuntuan sehingga Cao Cao meninggal dunia, akibat barah otak. Pada tahun berikut, Cao Pi, anak lelaki Cao Cao, memaksa Maharaja Xian untuk turun takhta dan dengan itu mengakhiri Dinasti Han yang berlangsung selama berabad-abad. Cao Pi mengisytiharkan diri sebagai maharaja dan menamai dinastinya sebagai Cao Wei. Sebagai gerak balas terhadap peristiwa ini, Liu Bei mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Shu-Han untuk menandakan bahawa beliau masih merupakan salah seorang ahli daripada kerabat diraja Han yang berpusat di Shu.

Potret Zhuge Liang yang dilakar dalam Sancai Tuhui. Sumber foto: https://en.wikipedia.org/wiki/Zhuge_Liang
 
Pada masa itu, Sun Quan menyerang Shu untuk mengembalikan Jingzhou. Akhirnya, dia menyita Jingzhou dan membunuh Guan Yu. Liu Bei mengetuai sebuah angkatan tentera yang menggerunkan untuk menyerang Wu Timur. Tapi dia mengalami kegagalan.

Liu Bei meninggal dunia, akibat penyakit, dan meninggalkan Liu Shan, anak lelakinya yang lemah semangatnya di bawah jagaan Zhuge Liang. Dalam sebuah perbualan terakhir yang mengharukan antara Liu Bei dengan Zhuge Liang, Liu Bei meminta Zhuge Liang untuk naik takhta sebagai ganti untuk Liu Shan, jika Liu Shan terbukti tidak berupaya. Bagaimanapun, Zhuge Liang enggan menerima cadangan itu, dan bersumpah bahawa beliau akan taat setia kepada kepercayaan yang diberikannya oleh Liu Bei. Janji itu kemudian menjadi prinsip kehidupan bagi Zhuge Liang untuk seumur hidupnya.
 

Pertarungan Kepintaran Antara Zhuge Liang dan Sima Yi 

Zhuge Liang telah lama menghidapi penyakit kronik yang semakin teruk kerana beliau enggan berehat walaupun pada awal pagi kerana hendak menyiapkan analisis medan perang atau merumuskan rancangan yang berikut. Akibat penyakit tersebut, beliau akhirnya meninggal dunia dalam Pertempuran Dataran Wuzhang semasa melawan sebuah pertempuran yang buntu terhadap Sima Yi, komander Wei, yang angkatan tenteranya adalah jauh lebih unggul. Sebagai helahnya terakhir, beliau membina sebuah arca berbentuk diri sendiri untuk menakutkan Sima Yi supaya dapat memperoleh lebih banyak masa untuk mengundurkan angkatan tenteranya.


Pengakhiran Tiga Kerajaan

Jeneral Negara Wei, Deng Ai, yang berperang menentang Shu-Han, mengambil kesempatan untuk menyerang Shu-Han. Deng Ai dan askarnya tiba di hadapan Chengdu, ibu kota Shu-Han, dengan mengambil jalan pintas. Liu Shan menyerah kalah tanpa bertempur lalu menamatkan riwayat Kerajaan Shu-Han.

Di negara Wu Timur, tercetusnya konflik dalaman di kalangan bangsawan semenjak kematian Sun Quan. Di negara Wei, Sima Yan, anak lelaki kepada Sima Zhao, akhirnya memaksa maharaja Wei terakhir Cao Huan turun takhta seperti mana Cao Pi memaksa Maharaja Xian dari Han turun takhta. Sima Yan menubuhkan Dinasti Jin pada tahun 265 M, lalu mengisytiharkan dirinya maharaja pertama wangsa baru itu. Maka tamatlah riwayat Kerajaan Wei.

Sima Yan memimpin tentera Jin untuk menyerang Negara Wu Timur dan Negara Wu Timur kalah.  Maka berakhirnya zaman Tiga Kerajaan setelah hampir setengah abad mengalami perbalahan awam.


Kesimpulan

Walaupun Zaman Tiga Kerajaan agak singkat, zaman sejarah ini telah diolah secara romantik dalam kebudayaan-kebudayaan China, Jepun, Korea, dan Vietnam. Ia telah diraikan dan dipopularkan dalam pementasan opera, budaya rakyat, novel dan lebih terkini dalam pengolahan filem, siri televisyen serta permainan video. Yang paling terkenal ialah Hikayat Tiga Kerajaan, sebuah huraian cereka tentang zaman ini yang banyak mendasarkan sejarah. Rekod sejarah yang berwibawa tentang zaman ini ialah karya “Sanguo Zhi” oleh Chen Shou, bersama-sama anotasi Pei Songzhi yang kemudian untuk teks tersebut.

Zaman perpecahan dalam sejarah China memperlihatkan tanah besar China telah dibahagikan kepada tiga kerajaan utama pada tahun 220-280 iaitu Kerajaan Shu yang dikuasai oleh Liu Bei, Kerajaan Wei yang dikuasai oleh Cao Cao, dan Kerajaan Wu yang dikuasai oleh Sun Quan

Zaman Tiga Kerajaan merupakan zaman yang paling berdarah dalam sejarah China. Walaupun banci yang diadakan pada akhir Dinasti Han Timur melaporkan jumlah penduduk sebanyak kira-kira 56 juta orang, banci yang diadakan pada awal dinasti Jin Barat (selepas Jin menyatukan China) hanya melaporkan jumlah penduduk sebanyak 16 juta orang, suatu pengurangan sebanyak 40 juta orang atau kira-kira 71%. Dengan perbezaan sebegitu besar, adalah selamat untuk menyimpulkan bahawa sebahagian besar penduduk China telah dihapuskan semasa perang-perang yang tetap pada sepanjang zaman ini.

Walaupun berlaku perpecahan politik pada zaman ini, namun terdapat kemajuan-kemajuan teknologi yang amat terkenal. Lembu kayu yang direka oleh Zhuge Liang telah disarankan sebagai perintis kereta sorong. Dalam Kerajaan Wei, terdapat Ma Jun, jurutera jentera yang bijak yang telah dianggap oleh ramai orang sebagai setaraf dengan pendahulunya, Zhang Heng.

Jadi, “Hikayat Tiga Negara” ialah karya yang paling penting dalam sejarah China. Ia bukan sahaja mencatat sejarah tentang zaman itu, ia juga satu buku belajar. Cerita dan orang dalam buku itu supaya kita mengetahui lebih banyak. Dan taktik-taktik peperangan juga boleh diambil pengajaran. ‘Hikayat Tiga Negara” ialah buku yang saya paling suka dan paling penting kepada orang Cina.





Xiao Li (Azim)
Sahabat KIKBM 


1 comments:

ibu salmah berkata...

Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
dan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
berikan 4 angka ((( 1575 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya menang togel 275
juta, wassalam.

dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
INFO TOGEL KLIK DISINI

Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747

INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger