Isnin, Oktober 26, 2015

Wilayah Tottori di Jepun (日本の鳥取県)

Wilayah Tottori

Sekarang Pesta Tottori ada di Isetan KLCC. Saya mahu memperkenalkan Tottori kepada rakan pembaca Diarikikbm.

Wilayah Tottori ada di bahagian barat dalam pulau terutama di Jepun. Kalau anda datang dari Osaka, kira-kira 2.5 jam dengan menaiki kereta atau kerata api.

Dua buah bandar yang besar ada di Tottori. Pertama ialah ibu wilayah yang dinamakan Tottori juga. Bandar Tottori adalah terkenal sebagai kota bukit pasir dan terletak dekat dengan kota Yura yang ternama kerana orang yang melukis komik terkenal “Meitantei Conan” lahir di sini. (Meitantei bermakna detektif yang baik). Oleh sebab itu, lapangan terbang Tottori dinamakan “Tottori Sand Dunes Conan Airport”!

Peta ringkas Wilayah Tottori

Lapangan terbang Tottori dinamakan “Tottori Sand Dunes Conan Airport" bersempena kejayaan Gosho Aoyama menghasilkan komik terkenal “Meitantei Conan” atau lebih dikenali sebagai Detective Conan di Malaysia. Kota Yura yang berdekatan dengan Bandar Tottori adalah kota kelahiran Gosho Aoyama. 

Bukit pasir Tottori adalah bukit pasir yang terbesar di Jepun. Luasnya kira-kira 550ha dan ada dekat dengan laut. Bukit itu sangat ternama di Jepun dan pada tahun 2012, 11 juta orang melancong ke tempat itu. Kalau anda pergi ke sana, anda boleh lihat pemandangan cantik, naik unta dan menikmati papan pasir atau paragliding. Muzium Pasir pun ada di sana. Anda boleh lihat patung besar yang dibuat daripada pasir sahaja. 

Bandar Tottori adalah terkenal sebagai kota bukit pasir yang terbesar di Jepun dan terletak berhampiran laut. Kota bukit pasir ini lebih dikenali sebagai "Tottori Sand Dunes". Anda boleh menunggang unta di sini!

Muzium Pasir atau dikenali sebagai "The Sand Museum" telah dibina berdekatan dengan Kota Bukit Pasir.  Muzium ini mengandungi pelbagai rekaan para pengukir pasir yang kreatif.

Rekaan kreatif seorang pengukir pasir di Muzium Pasir

Kalau anda suka Conan, mari pergi ke kota Yura. Dalam kota itu ada jalan yang dinamakan Conan Dori dan Kilang Komik Gosyo Aoyama. Banyak patung Conan yang dibuat daripada batu atau gangsa ada di Conan Dori. Jalan itu bermula dari stesen kereta api Yura, yang ada nama lain “Stesen Conan”, dan panjangnya 1.4km. Kilang Komik Gosyo Aoyama ialah muzium komik yang dilukis oleh Gosho Aoyama yang melukis Conan juga.

Selamat datang ke Kota Yura. Di bandar ini, anda boleh berjumpa dengan pelbagai arca "Detective Conan".  Stesen kereta api juga dinamakan Connan Station bersempena kejayaan Gosyo Aoyama.

"Detective Conan" sedang beraksi.

Bandar kedua paling besar di Wilayah Tottori ialah Yonago. Yonago terletak di bahagian paling barat di wilayah Tottori. Yonago adalah sangat terkenal sebagai bandar kelahiran pelukis Sigeru Mizuki. Dia melukis komik hantu yang bertajuk “Ge Ge Ge no Kitaro”. Oleh sebab itulah, lapangan terbang Yonago dinamakan “Yonago Kitaro Airport”.

lapangan terbang di Yonago dinamakan sebagai “Yonago Kitaro Airport” bersempena kejayaan Sigeru Mizuki menghasilkan komik "Ge ge ge no Kitaro". Yonago ialah bandar kelahiran pelukis Sigeru Mizuki. 

Wilayah Tottori ada dua lapangan terbang dan kedua-dua nama lapangan terbang di Tottori ada kaitan dengan komik. Oleh sebab itulah, institut pelancongan Tottori menamakan wilayah Tottori “Negara Komik Tottori” dan mengusahakan untuk dapat ramai pelancong.

Kalau anda tahu Kitaro, sila melancong ke pelabuhan Sakai. Muzium dan jalan Shigeru Mizuki ada di kawasan pelabuhan itu. Di sana ada banyak patung hantu yang dilukis olehnya.

Di Yanago, anda berpeluang berjumpa dengan karakter-karakter yokai dalam komik terkenal "Ge ge ge no Kitaro"

Arca 'Ge ge ge no Kitaro" juga banyak menghiasi Jalan Shigeru Mizuki di Yanago

Makanan yang sedap ada di wilayah Tottori juga. Wilayah itu ada banyak gunung dan pokok. Oleh sebab itu, wilayah Tottori ada air yang bersih dan sedap. Tempat yang ada air yang besih dan sedap boleh mengeluarkan nasi yang sedap. Tempat yang ada nasi yang baik boleh mengeluarkan arak Jepun yang sedap juga.

Sawah padi terbentang luas di bandar Nichinan dalam wilayah Tottori. Air yang bersih mengalir dari gunung-ganang di kawasan ini dan mengairi kawasan sawah padi untuk menghasilkan beras yang berkualiti tinggi. 

Ketam Matsuba dari kawasan Sakaiminato juga sangat terkenal di wilayah Tottori

Wilayah Tottori menyediakan pilihan makanan yang unik untuk para pengunjung ke wilayah ini

Wilayah Tottori ada laut juga. Makanan yang sedap boleh diperolehi dari gunung dan laut. Misalnya tauhu, susu, cendawan Jepun, ayam, daging, buah pear, tembikai, buah pisang kaki, ikan dan ketam.

Sementara itu, Negara Jepun mempunyai  47 buah wilayah. Tottori ketujuh paling kecil keluasannya dan bilangan populasinya adalah paling sedikit dalam wilayah-wilayah di Jepun. Luasnya kira-kira 3500 kilo meter persegi, hampir sama dengan setengah daripada keluasan Negeri Sembilan. Populasinya kira-kira 571 ribu hampir sama dengan 10% bilangan populasi di Selangor. Untuk maklumat anda, wilayah yang paling besar di Jepun ialah Hokkaido. Luasnya kira-kira 83ribu kilo meter persegi. Paling kecil ialah Wilayah Kagawa dan luasnya kira-kira 1900 kilo meter persegi. Wilayah yang ada paling ramai orang, sudah tentu Tokyo dan populasinya kira-kira 13 juta.

Burung telah dipilih sebagai maskot bagi Wilayah Tottori kerana Tottori ditulis 鳥取 dalam Bahasa Jepun. 鳥 bermakna burung dan 取bermakna dapat

Tottori ditulis 鳥取 dalam Bahasa Jepun. 鳥 bermakna burung dan 取bermakna dapat. Ada buku yang lama yang menerangkan bahawa pada zaman dahulu pemburu yang dapat burung ada banyak di wilayah itu.


Junko Mori
Sahabat KIKBM

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger