Rabu, Februari 17, 2016

Perjalanan untuk jumpa Rafflesia




Saya sudah ada lama di Malaysia tetapi belum terjumpa rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan ternama di Jepun juga. Saya membuat keputusan bahawa saya pergi ke Hutan Belum di Perak untuk jumpa rafflesia pada hari cuti Tahun Baru Cina ini.

Saya meninggalkan Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi 7 Februari 2016. Hari itu ialah hari Ahad dan hari sebelum hari cuti Tahun Baru Cina. Oleh sebab itu semua jalan sangat sesak. 

Saya memulakan perjalanan menuju ke Hutan Belum

Saya memandu kereta sendiri ke Perak. Pertama, saya memandu di Lebuhraya Utara-Seletan sehingga Kuala Kangsar.  Dari Kuala Kangsar, saya memandu jalan raya No.76 sehingga Gerik, Perak. Dari Gerik saya memandu Lebuhraya Timur-Barat dan Jalan Baling-Gerik ke Belum. Terakhir, saya tiba di Belum pada pukul 4 petang pada hari itu.


Saya tiba di Royal Belum pada pukul 4 petang

Hutan Belum terletak di hujung utara Perak dan dekat dengan sempadan Thailand-Malaysia. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar, kira-kira 4 kali besar daripada Singapura.

Hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar, kira-kira 4 kali besar daripada Singapura

Sebuah tasik yang besar dan bernama Temenggor ada di Hutan ini. Tasik ini dibuat oleh manusia sebagai empangan bagi janakuasa hidroelektrik. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Di bahagian tengah tasik ini ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding. 

Inilah Tasik Temenggor dalam Hutan Belum dan berfungsi sebagai empangan bagi janakuasa hidroelektrik untuk menyalurkan bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Saya perlu menyeberangi tasik menggunakan jambatan untuk menuju ke Pulau Banding 

Saya tinggal di Royal Belum Rainforest Resort yang terletak di pulau Banding. Saya nampak pemandangan Tasik Temenggor yang amat indah daripada resort ini. Saya makan makanan Melayu di restoran resort ini dan tidur awal untuk pengembaraan hari yang berikut. 

Saya menginap di Royal Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding

Pada 8 Februari 2016, saya bangun pagi kira-kira pada pukul 7 dan makan sarapan di resort. Pada pukul 9 setengah, saya dan kumpulan pengembaraan pergi ke jeti untuk memulakan pengembaraan ini.  Kami naik perahu dari jeti dan belayar menyelusuri Tasik Temenggor. 

Saya naik perahu dari jeti dan belayar menyelusuri Tasik Temenggor

Selepas 20 minit pelayaran, kami sampai di sebuah pulau di Tasik itu. Jeti pulau itu sangat sesak, ada banyak orang di sana. Penunjuk pengembaraan itu mengatakan bahawa kami boleh jumpa Rafflesia di pulau itu dan kami mesti berjalan kaki ke tempat yang ada Rafflesia.

Laluan ke Rafflesia adalah sangat sesak. Pokok besar jatuh dalam laluan tersebut dan laluan itu sangat curam. Saya berjalan sambil nampak laluan sahaja dan tidak tahu saya sudah sampai tempat Rafflesia berkembang. Penunjuk pengembaraan mengatakan bahawa kami amat bertuah kerana pada tahun lalu kira-kira setengah tahun tidak boleh nampak bunga ini. 

Peminat Rafflesia perlu berjalan melalui laluan khas yang disediakan untuk melihat bunga Rafflesia

Bunga Rafflesia ini tidak begitu besar. Rafflesia ada beberapa jenis. Rafflesia ini ialah jenis cantleyi. Rafflesia yang terbesar ialah jenis lain yang dinamakan arnoldii. Tetapi untuk saya jenis cantleyi juga cukup besar! Tunasnya pun cukup besar.

Rafflesia Cantleyi boleh dijumpai di Hutan Royal Belum. Rafflesia ini hanya berkembang untuk tempoh 1 minggu sahaja

Inilah tunas Rafflesia Cantleyi dan tunas ini mengambil masa 2 tahun untuk berkembang

Saya memerhati bunga ini. Ada orang yang kata bau Rafflesia adalah sangat busuk tetapi bau bunga ini tidak kuat.  Ranggi bunga ini adalah besar dan tebal. Seekor lebah terbang sekitar bunga ini. Saya nampak banyak duri dalam bunga ini.

Saya nampak banyak duri dalam bunga ini

Mengikuti Wikipedia, Rafflesia ialah bunga pakma. Ia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
Bunga Rafflesia begitu diminati oleh masyarakat di Jepun dan ia telah digunakan sebagai salah satu karakter dalam anime Pokemon dan diberi nama 'Vileplume' dalam senarai Pokédex



Junko Mori (Mahsuri)
Sahabat KIKBM

1 comments:

ibu salmah berkata...

Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
dan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
berikan 4 angka ((( 1575 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya menang togel 275
juta, wassalam.

dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
INFO TOGEL KLIK DISINI

Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747

INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger