Isnin, Mei 18, 2015

Adat Pengebumian di Negara China

Tradisi tahunan Qingming di tapak perkuburan di China. Sumber: www.hihuadu.com

Penulis dan pengkritik yang terkenal Forster dari negara Inggeris dalam bukunya Aspects Of  The Novel mengatakan bahawa terdapat 5 acara utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu kelahiran, makanan, ketiduran, kecintaan dan kematian. Bagi manusia, kelahiran dan kematian memang adalah paling penting dalam kehidupan. Kita barangkali tidak boleh mangambil keputusan tentang kelahiran kita, tetapi setiap orang mesti menghadapi kematian. Kematian ialah proses yang manusia mesti alaminya. Saya berfikir bahawa kematian hanya mewakili penamatan nyawa manusia. Sebenarnya, kematian menyampaikan banyak maklumat kepada manusia. Contohnya, kita boleh mendapati kaitan rohani antara si mati dan si hidup melalui kematian. Setiap kaum ada penerangan sendiri terhadap kematian di dunia. Saya beranggapan bahawa pengebumian adalah sejenis cara yang terbaik untuk membayangkan penerangan manusia terhadap kematian, maka pengebumian menembusi ke dalam kebudayaan bangsa secara automatik.

Sebagai satu bahagian penting budaya manusia, kebudayaan pengebumian ialah komposit pelbagai kebudayaan dalam aktiviti komuniti. Ia diciptakan oleh komuniti berkenaan yang berkaitan dengan kematian. Di samping itu, kebudayan pengebumian mencerminkan tahap pembangunan tamadun sosial. Ia juga adalah salah satu tanda yang penting daripada tamadun bandar. Penjanaan kebudayaan pengebumian berkenaan dengan ideologi kekekalan roh manusia wujud dalam masyarakat primitif. Masyarakat itu menakuti dan menghormati roh. Jadi upacara yang bertujuan untuk menyimpan roh muncul. Sejajar dengan perkembangan masyarakat dari primitif ke moden, upacara ini telah mengalami proses perkembangan daripada yang mudah kepada yang lebih rumit. Pada akhirnya, upacara ini menjadi satu fenomena kebudayaan yang unik. Kebudayaan pengebumian merangkumi banyak kandungan seperti iman, etika dan sebagainya. Karangan saya cenderung untuk memperkenalkan adat pengebumian negara China, terutamanya, cara pengebumian di negara China.

Negara China mempunyai tamadun yang purba dan gilang-gemilang selama 5 ribu tahun. Adat-istiadat pengebumian sebagai sebahagian kebudayaan China diwarisi oleh orang China sehingga kini. Dalam banyak buku China, kita boleh membaca plot yang menceritakan perihal pengebumian. Misalnya, dalam buku Impian Istana Merah (Hong Lou Meng), penulis buku ini memperlihatkan acara pengebumian yang besar-besaran kepada pembaca. Kita boleh mendapati sejarah dan keadaan masyarakat negara. Saya percaya bahawa adat-istidat pengebumian China pasti mempunyai keistimewaan dan nilai-nilai kebudayaan sendiri.


Pengebumian Tanah

Pengebumian Tanah

Pengebumian tanah adalah adat pengebumian yang terawal dicipta, dan memiliki sejarah yang panjang. Selain itu, pengebumian jenis ini paling banyak digunakan oleh kaum-kaum di negara China. Pengebumian tanah berasal daripada masyarakat primitif seperti dalam tamadun Banpo. Tamadun ini sudah menggunakan pengebumian tanah. Kemudian dinasti Xia dan Yin juga menggunakan pengebumian tanah.

Maharaja Qin melarang pengebumian api (membakar mayat) berdasarkan teori “rambut dan kulit manusia daripada ibu bapa, jadi tidak boleh dirosakkan”.  Sebab itu semasa dinasti Qin dan dinasti Han, pengebumian tanah menjadi pengebumian utama dalam kalangan rakyat kaum Han. Pengebumian ini juga diwarisi turun-temurun oleh masyarakat China. Penghasilan pengebumian berkait rapat dengan pemikiran manusia yang beranggapan bahawa manusia pasti pulang ke tanah. Si mati harus dikebumikan. Jika sudah dikebumikan, barulah mendapat aman damai.

Dari zaman Paleolitik hingga sekarang, manusia selalu bersikap serius dengan penuh sewaktu manusia mengebumikan si mati. Biasanya, si mati dikebumikan dengan sejumlah besar barangan untuk melegakan roh si mati. Barang-barang ini terkandung alat kehidupan harian, makanan dan barang perhiasan.

Selaras dengan peralihan dinasti, pengebumian tanah juga memperlihatkan ciri-ciri masyarakat yang berbeza. Dinasti Shang China adalah tempoh kemuncak adat pengebumian. Bukan sahaja sebilangan besar barangan yang mewah dikebumikan, tetapi ramai hamba terpaksa dikebumikan bersama-sama mayat. Semasa dinasti Zhou, kerajaan menentukan ukuran kubur, jenis dan jumlah barang-barang pengebumian. Pada dinasti Zhan Guo, sistem permakaman dicipta dengan pemerintah sebagai pusat. Selepas Qin Shi Huang menjadi maharaja, beliau bermula untuk membina makam secara besar-besaran. Pada dinasti Han, manusia mempopularkan teori Feng Shui untuk memilih tanah perkuburan, adat yang hamba ditanam bersama-sama mayat dibatalkan, alat tembikar dan lain-lain sebagai barangan pengebumian. Pada dinasti Negara Tiga, Wei dan Jin, pemerintah mengalakkan orang ramai menggunakan barangan pengebumian yang ringkas. Sejak dinasti Chun Qiu, orang ramai membina kubur memerlukan kerajaan membahagikan tanah.
 
Pengalian oleh ahli arkeologi pada kubur purba menjumpai himpunan tulang-tulang manusia dalam satu kubur dan perkakasan tembikar

Ahli arkeologi China masih belum dapat memasuki makam Maharaja Qin Shi Huang. Ini adalah ilustrasi makam Maharaja Qin Shi Huang berdasarkan catatan ahli sejarah Sima Qian. Maharaja Qin Shi Huang telah membina makam yang terbesar dalam sejarah China untuk dirinya.

Oleh kerana adat pengkebumian menyebabkan pembaziran sumber, penyalahgunaan tanah ladang, penyakit berjangkit, maka ia telah beransur-ansur digantikan oleh undang-undang untuk membakar mayat selepas penubuhan Baru China, tetapi setakat ini masih disimpan di kawasan luar bandar jauh.


Pengebumian Api

Negara-negara di dunia menggalakkan rakyat menjalankan adat pengebumian api (membakar mayat) untuk menjimatkan tanah ladang yang jarang sejak abad ke-20, tambahan pula, pengebumian api boleh menjaga alam sekitar berbanding dengan pengebumian tanah.

Pengebumian api berasal daripada zaman Neolitik, pengebumian ini popular di rantau barat laut negara China pada masa dahulu, sebahagian kaum minoriti mengamalkan adat pengebumian ini seperti kaum Qiang, kaum Yi, kaum Nu, kaum Yao dan sebagainya. Pada mulanya, orang kaum Han berasa bahawa pengebumian api adalah sejenis adat buruk yang memberontak moral, seperti begitu, adat pengebumian api diguna dan dipopularkan oleh orang kaum Han mempunyai banyak sebab.

Pengebumian api mengikut perspektif agama dalam masyarakat di China

Agama adalah salah satu sebab yang penting daripada pengebumian api dipopularkan oleh orang ramai. Menurut catatan sejarah, agama Buddha telah diperkenalkan ke dalam negara China pada dinasti Han, jadi adat pengebumian api muncul di China sejak masa itu. Kita sudah maklum, agama Hindu dan agama Buddha mengamalkan adat pengebumian api. Penganut agama Buddha mengadakan acara pengebumian api untuk Sakyamuni, kemudian penganut-penganut yang lain juga meniru-niru kelakuan ini. Di China, ramai sami dan penganut Buddha menjalankan pengebumian api sejak dinasti Shui dan Tang.

Dalam dinasti Song, Yuan dan Qing, kerajaan pernah melarang orang ramai menjalankan pengebumian api, tetapi adat pengebumian api tidak boleh dihapuskan, kerana sami, penganut dan rakyat yang dekat kuil-kuil masih melakukan acara pengebumian api. Saya berfikir bahawa iman orang tidak boleh dihapuskan, jadi adat pengebumian ini disimpan dan di warisi sehingga sekarang.

Selain pengaruh agama, ada beberapa kumpulan sosial juga menjalankan pengebumian ini. Orang miskin tidak mampu membayar bayaran yang tinggi untuk melakukan pengebumian tanah, jadi mereka akan memilih pengebumian api. Bagi orang yang meninggal dunia akibat hawar (penyakit), keluarganya atau kerajaan akan membakar mayatnya untuk mengelakkan penyakit merebak.

Selepas penubuhan Baru China, pengetua negara selalu menggalak pengebumian api untuk menjimatkan tanah dan sumber. Kecuali Mao Ze Dong, ramai pengetua negara menjalankan pengebumian api seperti Zhou En Lai dan Teng Xiao Ping.

Sekarang hampir-hampir setiap kawasan ada tempat rasmi untuk menjalankan aktiviti membakar mayat. Abu tulang akan diletakkan di dalam bekas plastik segi empat tepat selepas mayat dibakar, kemudian bekas itu diletakkan ke dalam satu kotak kadbod atau beg baldu, keluarga si mati mesti membayar perbelanjaan bekas abu tulang. 


Pengebumian Air

Pengebumian air adalah sejenis cara pengebumian yang purba di dunia, ia menunjukkan manusia memasukkan mayat si mati ke dalam sungai, laut atau tasik, mayat akan terhanyut atau ditelan ikan-ikan. Pengebumian air popular di bahagian-bahagian selatan China, khasnya di kawasan dekat laut, sejumlah kaum minoriti juga menjalankan pengebumian air.

Air untuk manusia mempunyai maksud yang luar biasa. Air adalah asal-usul dan destinasi kehidupan manusia, manusia mempunyai harapan yang baik untuk air. Dalam banyak dongeng, air dianggap berkaitan dengan kebahagiaan, keelokan, kekekalan bersama-sama. Oleh kerana itu, manusia sentiasa mengadakan pengebumian air untuk si mati. Kebanyakan nelayan menggunakan pengebumian air, mereka dekat laut, mereka mencari nafkah dari laut, pada akhirnya, mereka juga mahu pulang ke laut.

Pada keseluruhannya, pengebumian air mempunyai tiga jenis bentuk yang utama. Bentuk jenis pertama adalah mayat diletakkan dalam sebuah sampan, seterusnya sampan diletakkan ke dalam laut, sampan itu akan terhanyut dengan pengaliran air. Kedua, si hidup menabur abu tulang si mati ke dalam laut, kelakuan ini juga dipanggil sebagai pengebumian air. Ketiga, manusia memasukkan mayat si mati ke dalam laut secara langsung, mayat si mati perlulah dibungkus, batu akan terikat pada mayat supaya mayat boleh tenggelam ke dalam air.


Si hidup menabur abu tulang si mati ke dalam laut dalam bentuk kedua acara pengebumian air

Majlis pengebumian ini akan mencemarkan air, jadi pengebumian ini dilarang oleh kerajaan, tetapi masih terdapat kaum atau orang miskin yang menjalankan acara pengebumian ini. Di kawasan Tibet, kadang-kadang orang Tibet juga mengamalkan pengebumian air kerana dipengaruhi agama. Di kawasan Yunnan, sebilangan kaum minoriti juga masih menjalankan acara pengebumian ini.


Pengebumian Langit

Pengebumian langit, juga dikenali sebagai pengebumian burung. Majlis pengebumian ini adalah yang paling biasa di kawasan Tibet dan Mongolia. Terdapat rekod tentang pengebumian ini dalam buku purba di China seperti Zhou Yi dan Meng Zi.

Di kawasan Tibet, pengebumian langit adalah cara pengebumian yang tradisi, manusia akan mengangkut mayat si mati ke satu tempat yang tentu. Mayat si mati dipakai pakaian, orang lain akan menghidang teh mentega kepada si mati, dan menjemput Lama untuk membacakan kitab untuk si mati. Lazimnya, mayat si mati diangkut ke kuil Lama dahulu, kemudian mayat dikerat dan diletakkan di tempat yang mengadakan pengebumian langit untuk mayat dipatuk oleh burung-burung (helang), kadang-kadang haiwan lain juga makan mayat. Orang kaum Tibet menganggap kelakuan ini sebagai beralamat baik, ini menunjukkan si mati telah pulang ke syurga.


Mayat si mati dimakan oleh haiwan dalam pengebumian langit

Kaum Mongolia juga mengamalkan adat pengebumian langit. Di kawasan kaum Mongolia, mayat si mati menghadapi langit, dan ditutup oleh kain yang bertulis kitab. Mayat diletakkan di kawasan terbiar, biarkan musang, serigala, burung karnivor makan mayat itu. Selepas tiga hari berlalu, saudara-mara pergi ke melawat, jika mayat itu ditelan oleh burung habis, ini bermakna roh si mati telah pulang ke syurga. Kalau mayat itu ditelan sedikit, ini bermaksud kelakuan si mati sangat buruk sebelum si mati masih hidup, bahkan burung-burung juga enggan makan mayatnya. Kalau seperti ini, keluarga si mati akan menjemput Lama melafazkan kitab untuk si mati hingga mayat si mati ditelan bersih.

Pengebumian langit memperlihatkan maksud kebudayaan mendalam masyarakat etnik purba dan kebijaksanaan ekologi amat munasabah di belakang bentuknya yang mudah, baik kaum Tibet mahupun kaum Mongolia. Kebijaksanaan ini mengekalkan keharmonian antara manusia dan alam, antara manusia secara sedar atau tidak sedar.


Pengebumian Cenuram

Terdapat satu adat pengebumian yang purba dan luar biasa iaitu pengebumian cenuram di kawasan Selatan China. Pengebumian ini menunjukkan manusia meletakkan keranda di cenuram. Pengebumian cenuram juga dipanggil sebagai pengebumian batu atau pengebumian dewa. Tempat yang menggantung keranda dipilih di cenuram yang menghadapi laut, sungai, atau tasik. Manusia menggunakan keranda seperti kapal untuk meletakkan mayat si mati. Syarat tersebut membayangkan pengebumian cenuram berasal dari penduduk yang berhampiran laut.

Menurut catatan sejarah dan telah dikuasai data arkeologi, pengebumian cenuram yang terawal didapati di kawasan Fu Jian dan Jiang Xi negara China, malahan pengebumian cenuram adalah adat pengebumian kaum Yue pada zaman kuno. Han Shu mengatakan keadaan tentang kehidupan dan adat pengebumian orang kaum Yue. Orang kaum Yue menduduki kawasan antara lurah dan sungai, meraka menggunakan perahu sebagai alat pengangkutan, mereka juga pandai berenang, mereka memakai pakaian dan seluar yang pendek untuk memudahkan kehidupan dan pengeluaran mereka.

Rekod tersebut menunjukkan persekitaran geografi dan kehidupan ekonomi orang kaum Yue purba China berkait rapat dengan laut, sungai dan tasik. Selepas ideologi agama masyarakat manusia dijana, manusia menambah kehidupan realiti manusia kepada dunia roh berdasarkan roh moyang yang boleh hidup di dunia lain. Walaupun kehidupan manusia telah tamat, tetapi roh dan kumpulan-kumpulan sosial yang asal masih terus mengekalkan hubungan rapat. Roh masih tinggal bersama keluarganya dalam persekitaran geografi dahulu. Kalau mayat diletakkan di cenuram yang sangat tinggi, mayat boleh disimpan lama, jadi beberapa orang anggap pengebumian ini boleh mencerminkan si hidup menghormati si mati.

Pengebumian Cenuram

Kaum Miao juga ada pengebumian cenuram, tetapi acara pengebumian kaum Miao berbeza dengan kaum lain kerana ideologi dan keadaan kehidupan berbeza. Di kawasan Yunnan juga mendapat banyak perkuburan cenuram, satu tempat daripada Yunnan dipanggil sebagai muzium perkuburan cenuram.


Pengebumian Pokok

Sebenarnya, pengebumian pokok adalah sejenis adat pengebumian purba dan khas, pengebumian ini juga membayangkan kehidupan orang primitif. Menurut adat pengebumian kaum Tibet, manusia tidak boleh mengadakan acara pengebumian tanah, pengebumian air dan pengebumian langit untuk kanak-kanak yang umurnya kurang 8 tahun. Selepas kanak-kanak meninggal dunia, keluarganya akan membuat satu bakul buluh atau kotak kayu untuk meletakkan mayat kanak-kanak. Mayat kanak-kanak akan tergantung pada pokok-pokok di hutan. Di kawasan lain, pengebumian pokok mungkin juga digunakan untuk si mati dewasa.


Pengebumian pokok untuk mayat kanak-kanak dan abu orang dewasa

Pengebumian pokok juga mempunyai bentuk lain, ini menunjukkan manusia membakar mayat si mati dahulu, kemudian manusia mengebumikan abu tulang si mati di bawah pokok. Pada zaman kuno, manusia hanya meletakkan sebuah papan tanda di bawah pokok untuk membezakan si mati, manusia tidak boleh membina batu nisan untuk si mati.

Sekarang, pengebumian pokok telah menjadi sejenis adat pengebumian yang baru. Pengebumian pokok moden bukan sahaja boleh menyampaikan rindu si hidup kepada si mati, tetapi juga boleh mencantikkan alam sekitar. Bebarapa bandar sudah ada taman perkuburan pokok. Taman Kehidupan Wu Han adalah salah satu taman bandar, ekologi, tanah perkuburan awam di Wu Han. Perancangan taman kehidupan bergabung dengan seni alam sekitar, adat pengebumian dan kebudayaan Feng Shui.
 
Pengebumian pokok mengikut cara moden

Pengebumian pokok moden menyebarkan etika tradisi, di samping itu, pengebumian ini juga menggalakkan tamadun pengebumian baru. Melalui penggunaan tumbuh-tumbuhan dan seni ukiran, boleh mengubah suasana perkuburan tradisional yang berat dan muram, si mati boleh mendapat aman di celah-celah pokok-pokok.



Liu Baiyun (Fariza)
Sahabat KIKBM


1 comments:

hasnulyakin berkata...

Great info Tuan. Terima Kasih !

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger