Selasa, Mac 03, 2015

Hina-Matsuri: Perayaan untuk Anak Gadis di Jepun

Hina-Matsuri disambut setiap tahun pada 3 Mac

Hina-Matsuri adalah perayaan khusus untuk anak-anak gadis di Jepun.  Perayaan ini disambut hampir setiap keluarga di Jepun untuk berdoa akan kesihatan dan kegembiraan anak perempuan mereka dalam keluarga.

Perayaan ini disambut pada 3 hari bulan Mac setiap tahun. Orang Jepun sekarang merayakan Hina-Matsuri berpandukan takwin suria.  Tetapi sebelum tahun 1872, orang Jepun menyambut Hina-Matsuri berpandukan takwim bulan dan perayaan itu adalah pada masa bunga pic berkembang. Oleh sebab itulah, Hina-Matsuri juga ada nama lain iaitu "Momo no Sekku" yang bermaksud perayaan pic.  Di Jepun, ada perayaan lain yang bernama "Tango no Sekku" iaitu perayaan untuk anak-anak lelaki dan disambut pada 5 hari bulan Mei setiap tahun.

sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou

Jika anak perempuan lahir, keluarganya akan mendapat sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou sebelum Hina-Matsuri yang pertama datang.  Kumpulan anak patung itu sekurang-kurang ada sepasang anak patung yang bernama Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan).  Kadangkala di pentas Hina-Ningyou, terdapat tiga anak patung perempuan yang bekerja untuk Odairisama dan Ohinasama, lima anak patung lelaki yang bermain alat muzik dan lain-lain ada juga.  Semua anak patung itu biasanya memakai pakaian tradisi bagi keluarga bangsawan pada zaman dahulu.

Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan)
 
Apabila Hina-Matsuri hampir tiba, keluarga yang ada anak perempuan meletakkan anak patung itu di bilik anak-anak perempuan mereka atau di bilik lain di dalam rumah mereka.  Pada hari Hina-Matsuri, ada majlis makan dan minum bersama-sama di depan pentas Hina-Ningyou itu untuk berdoa akan kesihatan dan kegembiraan anak-anak perempuan mereka.   Dalam majlis bersifat klasik itu, mereka akan makan sejenis kuih yang dinamakan Hishimochi, sejenis biskut tawar iaitu Hina-Arare dan minum Amazake iaitu arak nasi dan meletakkan bunga pic untuk anak patung itu.


Hishimochi

Hina-Arare

Amazake

Biasanya, seorang anak perempuan ada sekumpulan Ohinasama.  Sebaik sahaja Hina-Matsuri berakhir, keluarga anak perempuan itu mesti menyimpan semua anak patung Hina-Ningyou dengan cepat.  Ada orang yang berkata, kalau keluarga tersebut terus meletakkan Hina-Ningyou itu di bilik, anak perempuan tersebut tidak boleh berkahwin.        



Junko Mori
Sahabat KIKBM


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger