Isnin, Januari 26, 2015

Sejarah Perkembangan Masjid di China

Chen Nannan (Hajar) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Masjid di China'

Pada Dinasti Tang (Tahun 651 Masihi), Khalifah ketiga buat pertama kali menghantar utusan ke Bandar Chang’an (Xi’an masa kini) untuk berjumpa dengan maharaja Tang. Selain itu, utusan juga bertanggungjawab untuk memperkenalkan ajaran agama Islam kepada maharaja Tang. Pertemuan itu dianggap sebagai permulaan agama Islam tersebar ke China oleh para ilmuan.

Dinasti Tang, Lima Dinasti dan Sepuluh kerajaan (Tempoh perpecahan politik antara Dinasti Tang dengan Dinasti Song), Dinasti Song hingga ke masa kemunculan kaum Hui, kebanyakan umat Islam yang datang ke China ialah peniaga Arab dan peniaga Parsi. Dalam tempoh itu, kedua-dua jenis tamadun masih tidak bercampuran. Walaupun peniaga tersebut hidup di China, tetapi mereka masih tidak boleh masuk ke dalam masyarakat utama. Sehubungan itu, sistem masjid masih belum dikenali oleh ramai rakyat China. Kesan pembinaan masjid pun tidak mendalam dalam tempoh itu terhadap rakyat China. Pendek kata, masjid di China pada masa itu dibina mengikut reka bentuk struktur masjid di Arab.

Masjid Huaisheng di Guangzhou juga dikenali sebagai Masjid Guangta (Masjid Menara Cahaya), yang dibangun sejak Dinasti Tang. Masjid Huaisheng mempunyai sebuah menara yang setinggi 36 meter berbentuk bulat berwarna kelabu dan kelihatan agak megah. Bangunan masjid ini ialah sebuah contoh bangunan yang bereka bentuk bangunan masjid Arab.

Masjid Huaisheng di Guangzhou telah dibina sejak Dinasti Tang

Masjid Huaisheng di Guangzhou yang dikenali sebagai Masjid Guangta (Masjid Menara Cahaya)

Selain itu, sebuah masjid lain yang dibangunkan pada Dinasti Song, iaitu Masjid Shengyou di Provinsi Quanzhou. Ia juga dibina dengan seni bina Arab diperbuat daripada batu granit. Pintu gerbang di timur dan barat berbentuk melengkung untuk memudahkan penurapan batu bata itu sangat unik, iaitu menggunakan batu berbentuk panjang dan batu segi empat secara berselang-seli supaya bentuk mukanya lebih cantik. Ia pernah musnah akibat bencana gempa bumi semasa Dinasti Ming, antara tahun 1563 hingga 1620.


Masjid Shengyou pula dibina pada masa pemerintahan Dinasti Song di Provinsi Quanzhou

Banyak bangunan masjid yang bereka bentuk Arab telah dibina di kawasan barat daya China.Umpamanya, Masjid Nanguan di Yinchuan, Masjid Xiguan di Lanzhou dan sebagainya. Bangunan masjid yang kelihatan teguh dan menarik tersebut mempunyai keistimewaan yang sama, iaitu bangunan tersebut mempunyai menara yang tinggi, dan pintu lengkung berbentuk separuh bulat yang berwarna hijau. Kemudian terdapat sebuah lagi bangunan yang mempunyai keunikan Islam. Ia dinamakan Bangunan Cerapan Bulan digunakan untuk melihat anak bulan bagi menentukan Ramadhan. Masjid di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sama ada besar atau kecil, sangat mementingkan perhiasan pada pintu gerbang. Di sekeliling pintu gerbang itu dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran. Biasanya terdapat dua menara azan yang tegak berdiri di sebelah kiri dan kanan bersambung dengan pintu gerbang itu. Menara masjid di kawasan lain biasanya diperbuat daripada kayu, tetapi menara masjid di Xinjiang kebanyakannya diperbuat daripada batu bata. Batu bata itu diukir dengan pelbagai corak. Seni bina masjid di Xinjiang lebih mendekati reka bentuk Arab kalau berbanding dengan masjid di kawasan lain di China.

Pada Dinasti Yuan, jumlah orang muslim bertambah kerana unsur peperangan. Oleh sebab itu, agama Islam berkembang dengan cepat. Keadaan ini mengeratkan hubungan antara kaum muslim dan bangsa Huaxia dan mendorongkan dua jenis tamadun berkomunikasi dan bercampur. Seterusnya, agama Islam yang berada di China mula dipengaruhi oleh kebudayaan China tetapi menurut peraturan agama Islam.

Pada Dinasti Ming, penduduk etnik Hui, iaitu salah satu kaum yang beragama islam di China. Dalam tempoh itu, reka bentuk masjid China sudah bermula berubah. Masjid Fenghuang, yang dibangunkan semula pada Dinasti Yuan. Dilihat dari luar, masjid ini sudah ada persamaan jika berbanding dengan bangunan traditional China, tetapi bentuk di dalam masih mematuhi peraturan reka bentuk Arab.

Pada Dinasti Ming dan Dinasti Qing, masjid di China sudah mempunyai keunikan sendiri, iaitu masjid yang dibina hasil gabungan seni bina klasik tradisional Cina. Pada masa itu, kebanyakan masjid dibuat dari kayu yang kuat. Masjid Raya Xi’an ialah contoh masjid yang dibina mengikut seni bina klasik tradisional Cina.


Masjid Raya Xi’an yang dibina mengikut seni bina tradisional Cina

Masjid Raya Xi’an




Chen Nannan (Hajar)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger