Isnin, Januari 26, 2015

Sejarah Makanan Halal di China

Zou Meng (Zahida) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Kebudayaan Makanan Halal di China'

Asal makanan Halal China, harus dikatakan berkembang dengan proses yang Agama Islam tersebar ke China. Menurut catatan, pada tahun 787 Dinasti Tang, Bandar Chang’an (nama dahulu Bandar Xi’an) telah ada 4,000 keluarga orang Hu, kebanyakan orang Hu ialah nenek moyang orang Muslim China. Mereka membuka kedai Hu, membina masjid, menjual roti Huma dan lain-lain. Perniagaan Dinasti Tang berkembang maju, di Bandar Guangzhou telah muncul kawasan yang orang Muslim tinggal.

Ada banyak barangan Parsi dibawa ke China pada masa itu. Katanya,Youxiang dialu-alukan oleh orang Dinasti Tang, Youxiang ini juga daripada Parsi. Buku sejarah Dinasti Tang bukan sahaja mencatat makanan Muslim, tetapi juga mencatat peraturan makanan Agama Islam. Pada tempoh pemerintahan (yingbao) Dinasti Tang, telah ada pegawai sejarah memperkenalkan peraturan makanan Agama Islam “Tidak makan daging babi, daging anjing, daging kuda dan lain, tidak minum arak dan muzik dilarangkan.
 
Konsep makanan halal telah diperkenalkan di China sejak pemerintahan Dinasti Tang

Pada Dinasti Song Utara, adat makanan Islam sudah menjadi sejenis fenomena masyarakat dan mencetuskan perhatian orang bukan Muslim. Buku sejarah Dinasti Song Utara juga mencatat peraturan makanan halal. Makanan halal berkembang maju pada tempoh itu, banyak makanan Halal masyhur sekarang bermula dalam Dinasti ini.

Pada Dinasti Yuan, pegawai sejarah telah mencatat makanan halal dalam resipi istana. Masakanan halal selalu menggunakan bumbu (rempah), bukan sahaja untuk mewangikan makanan, tetapi juga menawar bisa racun dan menghapuskan bau busuk.

Sejak Dinasti Qing, bilangan penduduk Muslim bertambah serata negara, orang Muslim tersebar di seluruh negara. Di kawasan kediaman penduduk utama pun ada restoran makanan halal, banyak restoran makanan halal muncul pada dinasti itu, dan dialu-alukan oleh pelbagai golongan kaum.
Jamuan istana Dinasti Qing yang menghidangkan orang Muslim dengan Jamuan Seekor Kambing merupakan jamuan peringkat tertinggi. Jamuan ini menggunakan seluruh bahagian kambing daripada bahagian yang berbeza. Setiap bahagian seekor kambing digunakan untuk memasak lauk-pauk berbeza. Pendek kata, setiap bahagian kambing boleh dimasak sejenis lauk. Contohnya, telinga kambing ada tiga bahagian iaitu bahagian atas, bahagian tengah dan bahagian bawah. Tiga bahagian ini boleh dimasak menjadi tiga jenis lauk. Dan setiap lauk dalam Jamuan Seekor kambing ada nama yang indah, setiap nama tiada perkataan “kambing” tetapi menggunakan perkataan yang indah dan “visualize”.  Bilik yang digunakan untuk menjalankan Jamuan Seekor kambing mempunyai keistimewaan Agama Islam, kain meja menggunakan warna biru, dan dijahit perkataan “Qingzhen” pada kain meja.  Selain itu, terdapat banyak lauk halal istana Dinasti Qing diwarisi oleh restoran halal sekarang.

Jamuan Seekor Kambing yang terkenal sejak Dinasti Qing untuk dihidangkan kepada orang Islam

Pendek kata, kebudayaan makanan halal China bersejarah lama, bermula pada Dinasti Tang, berkembang pada Dinasti Yuan, Ming, Qing dan membangunkan sistem secara besar-besaran.

Sejarah Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal

Dalam kebudayaan makanan halal China, Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal amat masyhur dan bersejarah lama. Kerana pada zaman dahulu, kebanyakan orang Muslim China sangat miskin, tetapi mereka suka menghidangkan makanan kepada tetamu. Oleh sebab ini, orang Muslim tekun mencipta jamuan Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal. Jamuan ini bukan sahaja jimat tetapi juga mencipta suasana meriah. Kerana Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal terdiri daripada pelbagai bahan, jadi nilai khasiatnya bersesuaian dengan teori diet seimbang.

Hidangan Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal

Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal termasuk 8 jenis makanan, lauk-pauk halal yang masyhur dan mempunyai nilai tradisional di China. Lapan jenis makanan ini direnih, direbus, dibakar atau ditumis-reneh dan lain-lain, kemudian, makanan ini diletakkan di dalam lapan mangkuk yang besar. Makanan ini termasuk sayur-sayuran, daging kambing, daging lembu, daging ayam dan daging ikan. Ini makanan halal tradisional yang dihidangkan untuk tetamu pada majlis perkahwinan, pesta dan keramaian. Hidangan Lapan Mangkuk Besar Makanan Halal ialah standard kehidupan kaya dan kejayaan rakyat Muslim pada zaman dahulu.



Zou Meng (Zahida)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam and Hi. Sy tertarik dengan penulisan anda mengenai makanan halal. Mungkin boleh kongsikan lebih banyak dengan says. Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Email saya : saffron2u@gmail.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger