Ahad, Januari 18, 2015

Perkahwinan Tradisi Cina

Yang Mei (Atiqah) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Perbandingan Majlis Perkahwinan Tradisi Cina dan Melayu'

Perkahwinan adalah satu pilihan yang penting dalam kehidupan, ia boleh menjadi pengakhiran cinta, dan ia juga boleh menjadi satu permulaan cinta. Perkahwinan adalah seperti air, air sederhana dan tak ada rasa. Tiada sesiapa yang bosan untuk minum air, dan mahu berubah minum cola, tetapi akhirnya dia juga perlu minum air. Saya berfikir bahawa perkahwinan adalah proses cinta dibangunkan sehingga peringkat kematangan, ia adalah musim perolehan cinta. Cinta yang tidak ada perkahwinan hanyalah gambar kabur, tetapi perkahwinan adalah lukisan kecantikan yang sebenar. Dengan perkahwinan dalam kehidupan, barulah hidup kita lebih indah dan bermakna.

Perkahwinan adalah salah satu sistem yang dimiliki bersama masyarakat manusia. Dari zaman dahulu hingga sekarang, perkahwinan adalah penting untuk sesiapa sahaja. Perkahwinan ialah kehormatan bagi ibu bapa dan saudara mara. Perkahwinan ialah bunyi loceng kegembiraan dalam keluarga yang baru. Perkahwinan adalah saksi intim kepada cinta sejati. Perkahwinan itu ialah majlis yang membuka hubungan antara suami dan isteri di tempat awam. Perkahwinan membolehkan pengantin berkenalan dengan semua saudara-mara, dan supaya kedua-dua pengantin menyerap ke dalam bulatan kehidupan satu sama lain. Jadi, hampir setiap kebudayaan masyarakat terdapat adat perkahwinan. Namun, negara yang berbeza mempunyai adat perkahwinan yang berbeza.

Perkahwinan: Tradisi Cina

Proses perkahwinan purba berbanding dengan proses moden mempunyai sedikit perbezaan. Proses perkahwinan moden menunjukkan upacara diadakan pada hari perkahwinan itu misalnya, “tiga buku enam upacara” meliputi semua buku dan upacara daripada bercakap tentang perkahwianan sehingga hari berkahwin. Sama dengan perkahwinan moden, dalam adat perkahwinan tradisional keseluruhan kejiranan dan saudara-mara akan diberitahu. Ini untuk mendapatkan kebenaran dan keterjaminan masyarakat. Di samping itu, adat perkahwinan tradisional membolehkan suami dan isteri yang berkahwin mendapatkan pengakuan daripada nenek moyang dan mesti bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Jadi, pada zaman dahulu, lelaki dan wanita, jika tidak melalui proses perkahwinan iaitu “tiga buku enam upacara”, jadi mereka tidak diakui oleh orang ramai; upacara perkahwinan yang sempurna itu tidak akan secara langsung memberi kesan bagi perkahwinan. Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang berbeza pada dinasti China, upacara perkahwinan juga berbeza. Saya hanya memperkenalkannya secara ringkas.


Upacara mengusung pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki

Dalam masyarakat feudal purba, perkahwinan bergantung kepada “perintah ibu bapa, percakapan orang pengantara”, oleh itu, semua upacara yang sebelum perkahwainan, meliputi memilih jodoh hingga siap perkahwinan formal dan lain-lain satu siri pautan, hampir semua dikerjakan oleh kedua-dua ibu bapa, orang yang berkahwin tidak masuk campur.

Oleh kerana kedudukan sosial lelaki lebih dihormati berbanding dengan wanita, maka lamaran diadakan oleh pihak lelaki dengan aktif. Ibu bapa pihak lelaki mahu isteri untuk anak mereka, jadi yang pertama mereka akan mencari orang pengantara untuk mencadangkan perkahwinan kepada pihak perempuan. Jika ibu bapa pihak wanita menerima perkahwinan ini, mereka pun mula tanya nama dan lain-lain.

“Tiga buku enam upacara” ialah sejenis adat perkahwinan tradisional China. “Tiga buah buku” bermaksud buku digunakan dalam proses “Enam upacara”, meliputi surat tawaran, buku tentang hantaran emas kahwin, buku tentang beristeri. "Enam upacara" merujuk kepada ringkasan proses yang dari peminang hingga perkahwinan keseluruhan. "Enam upacara" merujuk Na Cai (meminang), Wen Ming (tanya nama, Na Ji (hantar hadiah), Na Zheng (menghantar hantaran emas kahwin), Qing Qi ( tetapkan hari perkahwinan) dan menyambut pengantin perempuan.

“Tiga buku enam upacara” bermaksud tiga buah buku yang digunakan dalam enam upacara perkahwinan tradisi Cina

Adat perkahwinan tradisional China adalah sangat rumit, sebelum perkahwinan juga terdapat enam buah upacara penting. Iaitu tidak termasuk upacara untuk menyambut pengantin perempuan pada hari perkahwinan itu, Na Cai (meminang) ,Wen Ming (tanya nama), Na Ji (hantar hadiah), Na Zheng (menghantar hantaran emas kahwin), Qing Qi (tetapkan hari perkahwinan) dan kemudian menambah satu upacara lagi iaitu An Chuang (meletakkan katil), ini semua ialah majlis sebelum perkahwinan.


Upacara tradisi di rumah pengantin lelaki


Yang Mei (Atiqah)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger