Jumaat, Januari 16, 2015

Kebudayaan Loong: Naga Cina

Xie Weilin (Liya) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Kebudayaan Loong: Naga Cina'

Loong(naga), salah satu daripada empat perkara rohani di China (naga, phoenix, unicorn, kura-kura), iaitu deities yang bertuah dan yang menurunkan hujan untuk orang-orang. Orang Cina menyembah Loong dan totem Loong sebagai nenek moyang Cina. Ia merupakan lambang semangat keseluruhan bangsa Cina, kami berbangga untuk memanggil diri kami sebagai keturunan Loong. Selagi ada orang Cina, selagi itu ada loong. Pakaian, nama-nama,peribahasa dan barangan seni, semuanya mengandungi unsur-unsur Loong. Budaya Loong telah tersebar jauh dan luas di seluruh dunia. Dalam kebudayaan Cina, naga mempunyai kedudukan penting dan pengaruh yang besar. 

Xie Weilin (Liya)
 
Dari Zaman Neolitik iaitu 7,000 tahun yang lalu, nenek moyang telah menyembah totem naga dan sehingga hari ini masih ada banyak simpulan bahasa atau kiasan yang berkaitan dengan perkataan "naga" untuk menerangkan perkara-perkara yang lebih halus, lebih indah dalam kehidupan. Lebih kurang beribu-ribu tahun, naga telah menembusi setiap aspek kehidupan dalam masyarakat Cina, telah menjadi satu perpaduan kebudayaan dan penyatuan fikiran masyarakat.  Negara China telah menjadikan lambang naga, sebagai simbol negara dan simbol budaya Cina. Bagi setiap keturunan, imej naga adalah sejenis tanda, sejenis emosi! "Keturunan naga", "gelaran naga" dan seperti ini, supaya kami bersemangat dan berbangga. Selain budaya naga tersebar di warisan tanah China, ia juga dibawa ke luar negara dari China hingga ke seluruh dunia, di kawasan kediaman Cina atau di bandar, perhiasan terbesar dan yang paling menarik juga ialah masih naga. Oleh itu, "generasi naga", "Tanah Naga" juga mendapat pengiktirafan masyarakat dunia. Sebagai keturunan naga, orang Cina tidak boleh tidak tahu tentang budaya Cina.

Totem Loong adalah lambang semangat keseluruhan bagi bangsa Cina

Perbezaan antara Naga Cina dan Naga Barat

Dalam legenda di seluruh dunia juga ada imej naga,tetapi naga ini tidak sama dengan Loong yang saya akan terangkan nanti.  Kedua-dua naga ini adalah daripada sumber legenda, tidak ada orang yang benar-benar pernah lihat bentuknya, menurut imej pandangan yang kita boleh lihat, kedua-dua naga sentiasa ada badan yang besar dan bersisik serta  mempunyai empat kaki, kuku yang tajam dan beberapa ciri lain yang serupa. Namun, hakikatnya kedua-dua naga ini sangat berbeza.

Mari kita lihat perbandingan kedua-dua naga di bawah ini: Naga Cina dan Naga Barat.   
  • Naga Cina ada badan langsing seperti seekor ular, tetapi Naga Barat lebih seperti dinosaur dan ditambah dengan sepasang sayap.
  • Naga Cina ialah dewi, tidak perlu makan dan minum, manakala Naga Barat mencari manusia dan haiwan sebagai makanan .
  • Naga Cina umumnya mengeluarkan air, manakala Naga Barat mengeluarkan api untuk musnahkan semua benda. 
  • Naga Cina kebanyakannya berwarna kuning emas, manakala imej Naga Barat biasanya warna hitam.
  • Naga Cina dianggap sebagai simbol tuah, menurut orang-orang agama,tetapi Naga Barat melambangkan kuasa-kuasa jahat, konfrontasi manusia.
Sebutan perkataan "Loong", ia berkaitan tentang bunyi guruh. Nenek moyang menurut kata onomatopoeia ini untuk memanggil perkara rohani ini. Dari kesusasteraan Cina, kita dapat mengetahui: apabila langit tiba-tiba gelap, melonjak, disertai dengan guruh dan kilat serta pelangi akan muncul,nenek moyang berfikir planetarium ini berkaitan rapat dengan Loong. Jika ada guruh dan kilat, tetapi tidak hujan, jadi planetarium ini akan mengisytiharkan kawasan itu kemarau atau ada banjir pada tahun itu. Dan ia bergantung kepada Raja Loong.

Gambaran Loong dalam fahaman masyarakat Cina


Xie Weilin (Liya)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger