Khamis, Januari 15, 2015

Dinasti Tang: Pakaian Tradisional Wanita Cina

Chen Xue (Naziha) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Pakaian Tradisional Wanita Cina'

China mempunyai sejarah lama dan dikenali sebagai negara kuno yang bertamadun sejak lebih lima ribu tahun dahulu. Terdapat berbagai-bagai jenis kebudayaan beraneka ragam sepanjang ribuan tahun ini. China ialah negara yang bersopan santun, berbagai-bagai kaum Cina mencipta banyak pakaian yang halus dan cantik dalam kehidupan dan aktiviti harian masyarakat sejak sejarah China bermula sehinggalah sekarang.  Pakaian tradisional orang Cina sangat penting dalam kebudayaan tradisional di China dan menjadi lambang kekayaan harta benda yang dicipta oleh bangsa China.

Chen Xue (Naziha

Pakaian juga melambangkan kebudayaan yang penting dalam kehidupan manusia. Terdapat banyak sifat khas pakaian yang tidak sama dalam setiap dinasti, setiap bidang, setiap kelas yang berbeza untuk membayangkan sistem kehidupan masyarakat, status ekonomi dan adat resam sesuatu kaum. Perkembangan dan evolusi pakaian di China, pemilihan dan pemadanan bahan pakaian lapisan luar dan warna yang sesuai juga mencerminkan kebudayaan fikiran dan nilai keindahan. terdapat banyak dinasti dalam sejarah China, jadi penulisan ini akan melihat tentang perkembangan pakaian wanita pada zaman dinasti Tang.

Dinasti Tang: Pakaian Tradisional Wanita

Dinasti Tang ialah dinasti yang paling kuat dan kaya dan merupakan dinasti yang gilang-gemilang dalam sejarah China. Ini berkaitan dengan dasar yang dilaksanakan pada dinasti Tang untuk membentuk sistem politik yang berkembang, ekonomi yang makmur dan ada komunikasi positif dengan kebudayaan dari luar seperti negara Korea dan Jepun. Semua ini meletakkan asas dalam kebudayaan dinasti Tang dan menjadi kebudayaan kemuncak dalam masyarakat feudal Cina. Dinasti Tang mencipta kebudayaan pakaian yang makmur dan mewah serta berpengetahuan luas dan mendalam dalam keseniaan. Misalnya, seni lukis, pertukangan dan kebudayaan pakaian China menyerap dan berpadu serta dipengaruhi  kebudayaan negara luar untuk menggantikan kesenian dan kebudayaan China yang lapuk 

Wanita pada dinasti ini menjadi ikutan orang ramai dan ada kecenderungan gelombang fesyen pada sesuatu masa. Mereka  merevolusikan ilmu estetik  dan pakaian. Pakaian perempuan pada dinasti Tang mempunyai keistimewaan yang jelas dan tegas dan mempengaruhi seni pakaian untuk generasi yang seterusnya. Pakaian wanita pada dinasti Tang seperti ‘ketua pakaian’ dalam kebudayaan pakaian di China. Bahan pakaian yang dipilih adalah bermutu dan bagus, bentuknya anggun dan bermartabat, penghiasannya  elok dan megah. Bentuk pakaian dinasti Tang masih mewarisi bentuk pakaian pada dinasti Han, tetapi oleh kerana dinasti Tang melaksanakan dasar yang berkembang, pakaian dipengaruhi oleh seni kebudayaan kaum minoriti arah utara dan daerah barat telah membentuk sistem pakaian yang khas dan mempunyai ciri istimewa.

Bentuk pakaian dinasti Tang selalu memberikan satu kesan yang gemerlapan dan kaya kepada orang yang memakainya. Pada masa itu, pakaian wanita pada dinasti Tang menjadi pakaian yang paling berani dalam sejarah kuno China. Pakaian yang paling popular dan biasa ialah pakain yang terdedah di dada dan ada hujung lengan baju yang sangat luas dan besar.

Pakaian wanita pada Dinasti Tang, terdedah di dada dan mempunyai hujung lengan yang luas dan besar

Pakaian ini biasa dipakai oleh wanita dalam kehidupan harian. Pakaian ini, mendedahkan bahagian atas dada, lengan adalah besar dan luas, alur leher baju adalah relatif, skirt yang sangat panjang, corak disulam dalam pakaian, khususnya di tepi alur leher baju dan tepi lengan baju. Pakaian ini juga mempunnyai tali pakaian yang besar diikat di depan dada. Skirt sangat panjang sampai ke tanah. Banyak bahan pakaian ini ialah barang tenunan sutera. Bahan ini boleh memberikan satu perasaan yang sabar dan tenang kepada orang yang memakainya, juga boleh memperlihatkan kecantikan wanita. Ini juga mencerminkan tingkat yang berkembang dinasti Tang. Pakaian macam ini juga bukan semua orang boleh memakainya, hanya orang kaya, orang yang memiliki kuasa yang tinggi, isteri maharaja, atau pegawai jawatan yang tinggi. Orang biasa tidak boleh memakainya kerana orang dinasti Tang fikir orang yang gemuk lebih cantik memakainya berbanding dengan orang yang kurus. 


Pakaian wanita bagi golongan elit pada Dinasti Tang

Pakaian wanita pada Dinasti Tang dihasilkan semula untuk produksi drama dan filem di China



Chen Xue (Naziha)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger