Selasa, Januari 27, 2015

Corak Busana Pada Dinasti Ming

Zhang Qian (Hidayu) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Corak Busana Pada Dinasti Ming'

Negara China, salah satu daripada empat tamadun purba di dunia. Tamadun kegemilangan China dilahirkan dalam sejarah selama lebih 5000 tahun. Antaranya, terdapat banyak kebudayaan yang bernilai seperti mutiara yang bertaburan dalam lautan tamadun. Misalnya, penciptaan corak busana sudah bermula pada awal tamadun China. Namun, saya hanya akan membincangkan tajuk tentang corak busana pada dinasti Ming. Ini sebabkan, ramai orang sudah mempunyai kemahiran untuk mencipta pelbagai corak busana pada dinasti ini. Selain itu, tema corak atau cara pembuatan busana telah menurunkan teori tradisional dan menerima banyak unsur-unsur baru dengan sebanyak yang mungkin. Selaras dengan perkembangan hubungan antara dinasti Ming dan negara asing, unsur-unsur luar negara diserap dan dipinjam dalam penciptaan corak busana, menjadikan budaya corak busana dinasti Ming memancarkan pesona yang unik dan majmuk. 

Di samping itu, mengikut sistem feudal yang dikukuhkan lagi pada dinasti Ming, tatatingkat corak busana menjadi lebih ketat. Oleh itu, corak busana bukan sahaja digunakan untuk memperkenalkan kedudukan, tetapi juga mencerminkan sistem dan kesedaran masyarakat pada zaman itu. Corak bermakna memberi salam, popular sekali pada dinasti Ming. Ini disebabkan oleh nafsu yang ramai orang mengejar corak yang melambangkan kuasa dan kedudukan dan hasrat yang ramai orang berdoa untuk keselamatan dan bertuah. Akhirnya, seni corak yang diciptakan oleh rakyat adalah mengikut zaman, ini diakui oleh umun. Seni ini akan diwarisi dan dipelajari dari generasi ke generasi.

Pembangunan corak busana bukan sahaja berdasarkan kebudayaan, tetapi juga mendapat manfaat daripada kemajuan industri kraftangan dan penenunan. Ekonomi komoditi menjadi makmur pada dinasti Ming kerana Kapitalisme mula berkembang di tanah besar China pada 15 abad. Penciptaan corak lebih teknikal dan mahir.


Naga: Corak Utama Busana Dinasti Ming

Naga ialah totem negara China.  Dalam kisah kuno, naga mempunyai janggut harimau, tanduk rusa, cakar helang, dan ekor berbulu lebat. Badannya panjang seperti ular dan bersisik. Naga selalu dianggap sebagai dewa kerana boleh menurunkan hujan, mengeluarkan angin, menelan serta mengeluarkan awan dan ada kuasa lain yang tidak terkira dalam legenda kuno. Keistimewaan corak naga terutama pada jarinya, hanya ada lima batang jari, barulah boleh dianggap sebagai corak naga.

Corak naga paling sempurna pada dinasti Ming, bentuknya istimewa sekali. Selain corak naga tradisional, juga ada naga berjalan, naga bersama awan, ada naga menggulungkan badannya, naga duduk megah, naga yang terbang ke langit atau ke tanah dan lain-lain lagi.

Kepelbagaian corak naga yang sempurna semasa Dinasti Ming

Gelaran Maharaja selalu membawa maksud "天子 (tian zi)", iaitu anak langit pada zaman kuno di China. Baginda juga dianggap sebagai naga yang bertukar menjadi maharaja, menguasai seluruh negara seperti kuasa naga. Dari segi lain, corak naga juga bermakna kuasa maharaja. Dengan hal demikian, sistem corak busana serius sekali pada dinasti ini.


Persalinan Maharaja

Persalinan maharaja Dinasti Ming yang utama berwarna merah dan kuning. Sudah menjadi kebiasaan warna kuning khas untuk maharaja, tetapi maharaja pada dinasti Ming mula memakai persalinan raja berwarna merah kerana nama keluarga, “朱(zhu)” membawa maksud “warna merah” dalam bahasa Mandarin.

Persalinan raja disulam dengan 9 ekor naga. Ia membawa erti "九五之尊 (jiu wu zhi zun)", “九” ialah “Sembilan”, nombor yang paling besar. “五” ialah “lima” dan mewakili pusat nombor. Kedua-dua simbol ini melambangkan kekuasaan tertinggi maharaja.  Kadang-kadang, persalinan raja disulam dengan 8 ekor naga kerana tukang sulam berpendapat bahawa 9 ekor naga terdiri daripada 8 ekor yang disulam pada baju dan satu lagi simbol naga, iaitu maharaja.

Corak naga selalu ditunjukkan bersama dengan 12 bab corak yang lengkap, bermakna keseluruhan negara di bawah taklukan maharaja. Corak persalinan raja berasaskan ajaran simetri tradisional.

Persalinan Maharaja Ming yang disulam dengan 8 atau 9 ekor naga


Zhang Qian (Hidayu)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger