Khamis, Oktober 23, 2014

Lawatan ke Muzium Sungai Lembing

Junko Sakai bersama sukarelawan-sukarelawan Muzium Negara telah mengunjungi Muzium Sungai Lembing dan mengembara ke dalam Lombong Sungai Lembing di Pahang

Saya telah pergi ke Muzium Sungai Lembing di Negeri Pahang pada hari Jumaat, minggu lalu. Lawatan itu diatur oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk sukarelawan-sukarelawan Muzium Negara. Saya seorang sukarelawan Muzium Negara dan kadang-kadang saya memimpin pelancong Jepun yang datang ke Muzium Negara serta membuat penerangan dalam bahasa Jepun.

Pada pagi hari itu, kami berkumpul pada pukul 6:30 pagi dan mula lawatan itu. Kami menaiki bas muzium dan perjalanan ke Sungai Lembing adalah kira-kira 4 jam.

Di Sungai Lembing, kami melawat dua buah muzium, Muzium Sungai Lembing dan mengembara ke dalam Lombong Sungai Lembing (the Living Museum of Sungai Lembing). Mula-mula kami pergi ke Muzium Sungai Lembing dan belajar tentang lombong bijih timah. Seterusnya kami pergi ke Lombong Sungai Lembing yang asal untuk melihat aktiviti perlombongan yang pernah dijalankan di sana.  Kami boleh melihat terowong dan diorama yang menunjukkan bagaimana orang-orang mendapat bijih timah. Kedua-dua muzium sangat menarik! 

Suasana terowong yang dibina dalam Lombong Sungai Lembing
 
Diorama yang menunjukkan bagaimana orang-orang mendapat bijih timah di sini


Junko Sakai (Mahsuri)
Tahap 3

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger