Jumaat, Ogos 29, 2014

Pengalaman saya di Kampung Pelegong

Marika bersama Mama, Papa dan cikgu Kakak Rabiatul

Dahulu ketika pergi ke homestay, saya sangat berasa bimbang. Tetapi sekarang, homestay sangat seronok!! Kampung dan Jepun ada banyak beza. Misalnya, rumah. Banyak rumah Jepun dua tingkat dan ada pancuran dalam rumah. Tetapi banyak rumah Malaysia satu tingkat sahaja, luas dan pancuran ada di luar. Pancuran di Malaysia air sejuk sahaja, tetapi pancuran di Jepun ialah air panas. Maka datang ke Malaysia, bukan pertama kali bagi saya. Kampung ada banyak budaya berbeza.

Marika bersama teman-teman baharunya di Kg Pelegong

Keluarga kampung saya, ada banyak orang. Ayah,emak dan sepuluh orang adik- beradik. 7 orang perempuan, 3 orang lelaki dan ada 5 orang anak saudara yang kecil. Umur anak pertama ialah 31 tahun dan umur anak terakhir ialah 15 tahun.  Maka saya ada ramai kakak, abang dan adik. Tetapi, saya tak jumpa 2 orang ahli keluarga angkat yang lain kerana mereka tak balik ke rumah. Mereka pergi ke sekolah di Kuala Lumpur. Kerja ayah ialah pemimpin di kampung. Kerja emak kadangkala membersihkan rumah orang lain. Tetapi lebih banyak ada masa di rumah.  Ayah boleh cakap Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun sedikit.  Ayah sudah datang ke Jepun. Emak pandai masak. Masakan emak sangat sedap. Saya tak ada kakak dan abang di Jepun. Maka sangat gembira kerana saya ada banyak kakak.

Saya cuba memasak dodol!

Saya banyak aktiviti di kampung.  Saya memcuba Hari Raya, “Open House”,  dan beraya di rumah Ustaz iaitu cikgu ayah angkat saya. Saya pergi ke KLCC dengan kakak Rabiatul pada malam pertama. Kami tengok Twin Tower dan KL tower. Ini sangat cantik. Saya dan kakak Rabiatul berjalan-jalan setiap hari dengan menaiki basikal atau kereta. Kami pergi ke dalam hutan, tengok air terjun, pergi ke Seremban dan muzium Negeri Sembilan. Saya belajar sejarah Negeri Sembilan, tengok baju tradisi dan rumah tradisi.  Masa ada di UKM, saya tak boleh keluar. Tetapi pergi ke homestay, saya boleh pergi banyak tempat.  Saya juga cuba memetik rambutan dan manggis dari pokok. Masa ambil rambutan kami menggunakan pemotong.  Pemotong sangat panjang, maka susah menggunakannya tetapi seronok! Saya cuba masak kuih dan sapu sampah.

Hari terakhir, saya pergi ke perkahwinan.  Saya tengok perkahwinan orang Malaysia kali pertama. Menantu sangat cantiknya.  Jepun dan Malaysia mempunyai budaya perkahwinan yang berbeza.  Perkahwinan di Malaysia, sesiapa sahaja boleh datang ke sana.  Saya suka suasana itu.  Saya boleh jumpa banyak orang.

Saya banyak makan makanan di kampung.  Orang Malaysia banyak makan. Keluarga saya makan 4 kali dalam sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam.  Apabila Hari Raya, banyak ada makanan. Ada makanan tradisi. Saya makan kali pertama lemang, ketupat, sate, dodol dan buah pulasan. Emak saya selalu masak makanan, dari pagi sampai malam. Emak pandai masak. Maka makanan sangat sedap. Saya sudah cuba masak cekodok dengan kakak. Dapur di Malaysia lebih luas daripada di Jepun dan banyak benda.  Malaysia ada banyak makanan. Maka sangat seronok kerana saya suka makan makanan Malaysia.

Pengalaman pertama makan lemang, ketupat, dodol, rendang ayam dan buah pulasan.

Saya ada pendapat tentang homestay.  Maka, saya rasa baik pergi ke homestay. Saya mendapat keluarga baru di kampung.  Semua keluarga baik hati kepada saya. Ayah dan emak membelai saya seperiti anak mereka dan kakak membelai saya seperti adik perempuan mereka. Apabila saya balik ke UKM, emak dan kakak menangis.  Saya juga menangis.  Semua orang kampung juga menyambut saya.  Orang Malaysia sangat baik hati. Saya mahu berjumpa keluarga kampung saya, saya lebih suka Malaysia dan nak lebih cakap bahasa Melayu daripada sekarang. Saya balik ke Jepun, saya belajar bahasa Melayu lagi.  Saya rasa nak jumpa lagi mereka dan pergi ke sana.

Saya sangat gembira tinggal di Kampung Pelegong


Marika Konno (Farah)
Sahabat KIKBM

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger