Khamis, April 17, 2014

KEBUDAYAAN BANGSA ZHUANG


Menurut statistik banci negara pada tahun 2005, penduduk Zhuang hampir 17 juta orang. Kini, bangsa Zhuang adalah etnik minoriti terbesar di negara saya. Bangsa Zhuang yang tinggal di Guangxi, berkumpul di Nanning, Liuzhou, Hechi, Baise, Chongzuo dan kawasan-kawasan lain. Malah, Provinsi Yunnan mempunyai jumlah penduduk Zhuang lebih daripada 100 juta orang yang tinggal di Wenshan, Honghe dan sebahagian daripada Qujing. Sebelum penyatuan pada tahun 1965, orang Zhuang dipanggil "kain (Tong) Zhuang", "tanah kain", "kain Liao", "Buya oleh (Switzerland)", "kain Lennon" dan 20 jenis panggilan yang lain, terutamanya di Yunnan dipanggil sebagai "Lennon", "pasir " dan "tanah birokrasi " .


Gendang Zhuang

Gendang Zhuang

Orang Zhuang dalam tumpuan kesusasteraan rakyat, muzik, tarian dan seni adalah berdasarkan penciptaan Drama Zhuang. Gendang adalah wakil yang paling unik dalam alat muzik kaum Zhuang. Orang Zhuang menempa dan mengguna gendang lebih daripada 2,000 tahun. Setakat ini, banyak daerah Zhuang Wilayah Autonomi telah menggali gendang-gendang ini dalam tempoh yang berbeza. Gendang ini ada banyak jenis dan saiz juga berbeza. Permukaan atas gendang adalah bulat dan rata, bahagian dalam gendang pula kosong dan tidak mempunyai tapak serta dihiasi dengan pelbagai corak dan reka bentuk. Dari segi sejarah, gendang seperti alat muzik, tetapi gendang ini juga mempunyai simbol kuasa dan kekayaan. Dari sudut pandangan teknologi peleburan dan gaya, gendang yang digali dari daerah Tiandong Guangxi, daerah Gui dan daerah Xilin yang dimiliki Barat Han telah mencapai tahap yang sangat tinggi.


Sutera Zhuang

Proses menenun Zhuang Jin oleh orang Zhuang

Zhuang Jin adalah sejenis kain seni tenunan yang unik dan dapat menghasilkan kraf tekstil yang terkenal. Kain seni tenunan ini menggunakan benang dan baldu berwarna untuk ditenun dalam corak yang unik, kukuh dan tahan lama. Pada 1000 tahun yang lalu, Zhuang Jin telah didokumenkan pada era Dinasti Tang dan Dinasti Song.  Sampai Dinasti Ming, Zhuang Jin pernah digunakan oleh raja, maka ia menjadi alat kebesaran diraja atau menjadi barangan keluarga bangsawan. Selepas PRC, penghasilan dan reka corak Zhuang Jin semakin berkembang, contohnya corak yang lebih inovatif dan penggunaannya semakin luas seperti hiasan dinding, alas meja, kusyen sofa, langsir dan sebagainya. Sekarang daerah Jingxi dan Binyang telah menjadi tempat pengeluaran sutera untuk jualan ke luar negara. Seni ini mempunyai sejarah beribu-ribu tahun dan bersama-sama dengan kain sutera Nanjing Yunjin, kain sutera Chengdu Shu Brocade dan kain sutera Suzhou Song Jin, orang China telah mengangkat kain-kain sutera ini sebagai "empat sutera terkenal di China".


Ge Xu dan Bola Bunga

Acara Ge Xu di Guangxi

Orang Zhuang adalah bangsa yang pandai menyanyi lagu-lagu tradisi. Lagu-lagu bangsa Zhuang adalah berbeza sebab bahasa orang utara dan bahasa orang selatan di Guangxi adalah berbeza.  Disebabkan orang Zhuang suka menyanyi, jadi mereka akan mengadakan perhimpunan nyanyian berkala yang dikenali sebagai “Ge Xu”.  Acara ini biasanya dalam kalendar lunar 3 Mac dan menjadi acara yang paling terkenal dan besar di Guangxi.

Bola Bunga (Hydrangea) pada masa sekarang

Dalam “Ge Xu” ini ada banyak jenis lagu yang dinyanyikan oleh orang-orang Zhuang, misalnya, lagu minta, lagu mencari, lagu rangsang, lagu menolak, lagu selamat tinggal, lagu cinta dan sebagainya.  Kecuali “Ge Xu” iaitu perhimpunan lagu yang purba ini, masih ada satu lagi perkara yang dikenali Bola Bunga (Hydrangea) yang telah berada dalam kehidupan orang Zhuang. Mengenai Bola Bunga ini, terdapat catatan terawal yang dilihat dalam Huashan lukisan dinding di Ningming, pada zaman dahulu Bola Bunga dibuat daripada tembaga hijau bentuknya bulat adalah sejenis senjata untuk memburu haiwan di dalam hutan, itulah sebab di dalam buku purba Zhuang, Bola Bunga dipanggil pemberat dacing yang terbang. Menurut masyarakat tempatan, orang Zhuang yang bijak sudah mencari senjata yang paling mudah digunakan dan sesuai untuk digantikan semacam objek bunga dibuat daripada tembaga hijau ini. Tetapi nenek moyang tidak terlupa senjata ini pernah digunakan untuk kehidupan orang Zhuang, jadi Bola Bunga telah ditukar bentuk seperti hari ini dan telah digunakan untuk mencari cinta.  Dalam “Ge Xu” juga ada aktiviti tentang membaling Bola Bunga untuk mendapatkan pasangan hidup.
 
Gadis melempar Bola Bunga untuk mencari bakal suami

Dalam tempoh ini, setiap keluarga kena buat nasi pulut berwarna. Pada masa dahulu, orang Zhuang menanam beras setahun sekali, kalendar lunar Mac ialah masa untuk penyediaan tanah, “Ge Xu” adalah sejenis aktiviti santai dan persediaan rohani untuk persediaan bekerja. Biasanya dalam tempoh ini orang Zhuang akan makan pulut berwarna dan telur berwarna untuk mengucapkan “hasil tuaian yang baik”.

Penyediaan beras pulut berwarna untuk acara Ge Xu

Sejak Dinasti Tang, bangsa Zhuang telah mempunyai tarian sendiri. Disebabkan bertani adalah pekerjaan utama dalam kehidupan orang Zhuang, jadi tarian mereka juga berhubungan dengan aktiviti pertanian. Contolnya, tarian Chung ialah sejenis tarian berkaitan dengan menumbuk padi dan menggunakan muzik memukul untuk iringan muzik. Tarian bangsa Zhuang berkembang sampai Dinasti Song sudah ada banyak jenis, misalnya, tarian Kandar, tarian memetik teh, tarian memancing udang dan sebagainya. Penari wanita bertenaga dan lelaki anggun berkuasa menari mengikut rentak lagu. Tarian ini masih ditarikan sehingga hari ini.


Pan Hui (Rohana)
Tahap 5

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger