Selasa, April 16, 2013

Kebudayaan Beijing

Xu Shaoning (Aminah) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bandar Beijing"

Beijing merupakan sebuah bandar yang mempunyai beribu-ribu tahun sejarah dan kepelbagaian budaya. Beijing pernah menjadi ibu kota untuk lima generasi pemerintah dalam sejarah China. Dalam 800 tahun bermula dari Jin, banyak bangunan istana yang indah telah dibina, maka Beijing menjadi sebuah bandar yang mempunyai bilangan istana, taman, kuil, makam yang terbesar.


Istana Imperial Beijing


Istana Imperial Beijing

Istana Imperial Beijing yang dikenali sebagai Kota Larangan (Forbidden City), pernah menjadi istana Dinasti Ming dan Qing.  Ada 24 orang maharaja telah tinggal di sini.  Istana ini adalah bangunan yang paling indah, mengagumkan, sempurna dan menunjukkan gaya klasik China.  Ia adalah istana yang terbesar di China bahkan di dunia. Istana ini mempunyai warisan kebudayaan China yang penting dan tidak ternilai.


Opera Peking


Opera Peking

Opera Peking merupakan pati tulen budaya China dan hiburan kegemaran orang Beijing. Apabila berjalan di Beijing, selalunya anda boleh mendengar seseorang menyanyi atau membuat persembahan. Sumber opera juga dikesan kembali sebagai teater klasik tempatan sekitar tahun 1790. Empat rombongan tempatan Anhui: Sanqing, Sixi, Chungong dan Chun telah pergi ke Beijing untuk membuat persembahan dan mendapat kejayaan yang besar. Rombongan Anhui sentiasa membuat persembahan bersama dengan rombongan seniman Han di Hubei. Oleh itu, irama Hui “Erhuang” dan irama Han “Xipi” telah menyerap inti pati Kunqu, Qinqiang, Bangzi dan opera tempat lain dan melahirkan teater baru iaitu Opera Peking. Opera ini menggunakan Erhu, Jinghu dan alat muzik lain; juga berpadu pelbagai ciri-ciri etnik dan akhirnya telah menjadi seni yang matang. Opera Peking telah mengumpulkan elemen nyanyian, tarian, seni mempertahankan diri, muzik, seni, sastera dan mempunyai kesamaan dengan Opera Barat. Maka ia telah dipanggil “Opera Peking” oleh orang Barat.


Hutong Beijing

Hutong Beijing

Alley (Hutong) adalah salah satu kediaman yang mempunyai ciri-ciri Beijing dan berasal daripada Dinasti Yuan. Alley dalam bahasa Mongolia bermaksad “jalan-jalan dan lorong-lorong kecil”. Setiap Hutong di Beijing adalah berbeza dan bilangannya mencapai kira-kira tujuh ribu hutong. Setiap hutong di Beijing masing-masing mempunyai legenda tersendiri.. Nama Hutong pelbagai, ada mengikut watak sejarah seperti Alley Wen Chengxiang; ada mengikut barangan di pasaran seperti Alley Goldfish; juga ada mengikut dialek Beijing seperti Alley Tin Enigma. Selepas penyiasatan, hutong terkuno di Beijing ialah Jalan Sanmiao, sehingga sekarang sudah ada melebihi 900 tahun sejarah. Hutong terpanjang ialah Dongxi Jiaoming iaitu sepanjang 6.5 kilometer. Hutong tersempit ialah Qianshi di kawasan Qianmen Dazhalan dan hanya lebar 0.7 meter. Lorong Nanluogu terletak di kawasan bandar timur, sekarang telah menjadi salah satu lapan jalan perdagangan istimewa di Beijing. Di sini ada ramai warga asing, di kedua-dua belah jalan ada bangunan gaya Dinasti Qing, Ming dan pelbagai bar serta menyerikan bandar Beijing.


Xu Shaoning (Aminah)
Tahap 5
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger