Isnin, April 29, 2013

Kawasan Pelancongan di Guilin

Lu Yashi (Nora) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bandar Guilin"

Pemandangan alam Guilin sangat indah dan apabila sampai ke Guilin tentu akan tertarik dengan pemandangan di sini. Pemandangan pertama yang terkenal ialah sungai Lijiang. Kawasan pemandangan terkenal sungai Lijiang merupakan pemandangan paling luas dan indah di dunia yang dikelilingi gunung dan air sungai dan menjadi tumpuan ramai penyajak mengunjunginya. Kawasan sungai Lijiang di Guilin mempunyai udara yang segar dan ekologi alam sekitar sangat baik. Sungai Lijiang adalah sepanjang 437km.  Sungai Lijiang mengepung seluruh bandar Guilin, air sungai sangat jelas dan tidak berlumpur.  Malahan semua ialah ekologi asal. Sungai Lijiang merupakan salah satu pemandangan yang paling indah di dunia. Apabila melancong ke sungai Lijiang, anda akan merasai keunikannya.  Perbezaan cuaca di sungai Lijiang pun menonjolkan keistimewaannya.  Ketika hari cerah, bayang-bayang gunung boleh dilihat dalam air.  Ketika hari mendung, awan dan kabus mengelilingi gunung.  Apabila hari hujan, kabut dan hujan mengelilingi Lijiang.  Pada hari mendung dan hujan, gunung agak sukar dilihat (若隐若现) ketika awan melalui kawasan gunung.

Sungai Lijiang

Pemandangan di Sungai Lijiang

Pelancongan datang ke Guilin mesti pergi ke tamam Liusanjie.  Liusanjie merupakan lagenda rakyat Zhuang.  Dia sangat bijak, menyanyi sangat merdu dan sangat cantik.  Apabila pelancongan masuk ke tamam Liusanjie, penari lelaki dan perempuan daripada bangsa Zhuang, Yao, Tong, Miao akan menyambut kedatangan pelancong.  Pelancong boleh melihat tugu Liusanjie yang cantik sedang menyanyi dalam gaya antiphonal (对歌).  Kalau anda menyanyi sangat merdu, anda boleh memperoleh bola bunga.  Pelancong pun boleh merasai adat perkahwinan bangsa minoriti Guangxi di sini.  Taman Liusanjie terletak di barat Lion Rock, bandar Guilin, iaitu di bahagian timur dekat gunung barat, berhadapan gunung Jia dan sungai Taohua. Pemandangan di luar taman Liusanjie sangat cantik dan permai, bayang-bayang pemandangan dalam air seperti sebuah lukisan.  Dalam taman itu bukan sahaja pemandangan yang cantik, juga ada ciri-ciri kehidupan bangsa minoriti di sini.

Taman Liusanjie

Gunung Gajah terletak di tempat sungai Taohua dan sungai Lijiang bertemu. Dinamakan gunung itu Gunung Gajah kerana ia menyerupai seekor gajah yang besar dan sedang minum air sungai Lijiang. Gunung ini telah menjadi simbol pemandangan indah di Guilin. Di dalam Gunung Gajah, pemandangan utama adalah gua Shuiyue, batu mata gajah, menara Puxian, tokong Hongfeng dan lain-lain. Gunung gajah terkenal kerana strukturnya yang ajaib.  Pertama ajaib macam seekor gajah, kedua ajaib ialah dalam hidung gajah antara kaki gajah membentuk sebuah bulatan, akibatnya menyusun pemandangan malam yang ajaib.  Oleh itu, gunung gajah telah menjadi wakil pemandangan alam Guilin dan simbol bandar Guilin.

Gunung gajah juga ada lagenda ajaib.  Legenda mengenai dewa Maharaja yang mempunyai seekor gajah.  Suatu hari, dewa Maharaja menaiki gajah untuk turun melihat rakyatnya. Apabila dia hendak kembali, gajah itu tidak mahu kembali kerana tertarik dengan pemandangan di bandar Guilin.  Kemudian gajah itu pergi ke sungai Lijiang untuk minum air.  Akibatnya, dewa Maharaja sangat marah, kemudian dia mengambil pedang untuk membunuh gajah itu. Akhirnya gajah itu menjadi gunung gajah dan pedang itu berada di atas gunung gajah serta membentuk menara Puxian.


Gunung yang Menyerupai Gajah

Kawasan sawah padi macam bentuk tangga (medan teres) di Bandar Guilin. Sawah padi di bandar Guilin boleh dilihat di Ping’an dan Jinkang.  Bentuk Sawah padi di bandar Guilin sangat khusus dan pemandangan juga amat indah.  Sawah padi di bandar Guilin tersusun di aras tinggi antara 300-1100 meter.  Dari kaki gunung sampai ke puncak gunung, asalkan bertanah semua kawasan diusahakan menjadi sawah padi di sini.  Pemandangan di sini ada berbeza sepanjang setahun. Pada musim bunga, sawah padi penuh dengan air, macam sekeping cermin.  Pada musim panas, pemandangan di sini macam laut yang menghijau.  Pada musim luruh, semua pemandangan di sini menonjolkan berwarna kuning, kerana pokok-pokok padi sudah matang.  Pada musim sejuk, pemandangan di sini seperti gambar yang indah dan penurunan salji akan memberikan janji tahun berhasil (瑞雪兆丰年). Pemandangan sawah padi yang mengagumkan di bandar Guilin sangat terkenal di seluruh dunia.

Kawasan Sawah Padi di Guilin

Lu Yashi (Nora)
Tahap 5

5 comments:

China Tour Guide berkata...

Guilin, my hometown, a very beautiful place one should visit once in your life.

Tanpa Nama berkata...

Saya dan husband bercadang hendak melancung ke guilin mei tahun depan. Nak cari halal ground package ke sana..ada student malaysia di sana yg blh jd tourist guide?

Tanpa Nama berkata...

Emel sy sh_norain.ahmad@customs.gov.my

Tanpa Nama berkata...

Emel saya juga kalau ada yg boleh jadi tourist guide... ainbie71@yahoo.com

Unknown berkata...

Mohon backlink ya ^^ sangat menarik. dream escape saya

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger