 |
Yu Zhenzhen (Noriah) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bandar Beihai" |
Pada zaman kuno, orang hidup di atas sungai besar Zhu. Mereka tidak ada rumah yang tetap di atas tanah atau laut. Mereka telah dipanggil sebagai orang Danjia. Kini, kami juga tidak tahu asal usul tentang orang Danjia dan tidak tahu mengapa orang lain memanggil mereka sebagai orang Danjia. Saya hanya mengetahui bahawa orang Danjia ialah kumpulan manusia yang hidup di atas laut. Tetapi juga ada orang lain beranggapan bahawa orang Danjia hidup di atas laut sepanjang tahun dan menjadikan kapal sebagai rumah mereka. Kehidupan mereka seperti kulit telur yang terapung-apung di atas laut. Oleh itu, mereka telah dipanggil sebagai orang Danjia.
 |
Orang Danjia |
Ada orang lain beranggapan bahawa orang Danjia hidup di atas laut, mempunyai persekitaran kehidupan yang sangat busuk, mereka perlu menahan ombak yang ganas, memcari rezeki di lautan, mempunyai cara kehidupan yang unik, nyawa tidak memberikan perlindungan iaitu seperti rapuhnya kulit telur. Oleh itu, mereka dipanggil orang Danjia. Orang Danjia biasanya terlibat dalam aktiviti perikanan dan mengangkut barang-barang atas laut. Mereka juga dipanggil sebagai pelayar purba yang hebat di China.
Pada masa lalu, orang hidup di atas tanah sering memandang rendah pada orang Danjia, kerana orang Danjia menetapkan banyak syarat ketat di kalangan masyarakatnya, seperti tidak membenarkan memakai kasut, tidak membenarkan untuk membina rumah di atas tanah, tidak membenarkan masyarakatnya berkahwin dengan orang yang hidup di atas tanah dan hanya boleh berkahwin dengan orang Danjia sahaja. Walau bagaimanapun sehingga ke zaman moden, masih ada dua orang Danjia yang terkenal, iaitu pemuzik, Xian Xinghai dan seorang lagi ialah ketua Provinsi Guangzhou pada awal tahun 1930, iaitu Liu Jiwen.
Adat Resam Perkahwinan
 |
Perkahwinan Orang Danjia di atas Laut |
Orang Danjia ialah salah satu kaum di bandar Beihai. Mereka hidup di atas laut. Kapal dijadikan sebagai rumah mereka. Dari generasi ke generasi, mereka menangkap ikan sebagai sumber rezeki. Bentuk kapal mereka seperti kulit telur. Oleh itu, mereka dipanggil orang Danjia. Namun, selepas penubuhan Cina baru, mereka dinamakan semula sebagai ‘penduduk air’.
Dikatakan bertemu upacara perkahwinan bertuah kalau anda pergi ke bandar Beihai. Dalam upacara perkahwinan besar-besaran orang Danjia, mereka akan memanggil berpuluh-puluh orang adik-beradik perempuan dan masing-masing memegang sebuah hadiah dengan beratur panjang sambil menghantarnya ke rumah pengantin perempuan. Pemandangan acara perkahwinan sangat sibuk dan gilang-gemilang. Dua hari sebelum upacara perkahwinan, keluarga lelaki akan mendirikan khemah di pintu rumah dan mereka akan mengantung kain corak bertuah berwarna merah di tempat keluar masuk keluarga dan tetamu. Kemudian, mereka mula mengadakan jamuan makan untuk saudara-mara dan kawan-kawan. Selepas makan jamuan, mereka memindahkan semua meja dan kerusi. Kemudian mengambil 38 buah hadiah dan diletakkan di atas kerusi. Keluarga perempuan mula mengira hadiah itu, selepas habis mengira hadiah, orang yang menghantar hadiah itu akan berjalan di bawah kain merah. Mereka akan berasa bahagia daripada perkahwinan itu.
Pada zaman dahulu, orang Danjia berkahwin dengan perempuan di atas papan. Mereka mencantumkan berpuluh-puluh kapal menjadi sebuah kapal yang besar, mendirikan khemah dengan kain merah dan suasana perkahwinan itu sangat meriah. Kemudian orang Danjia sudah ada rumah di atas tanah, sejak itu orang Danjia kurang mengadakan upacara perkahwinan di atas papan. Kadang-kadang, ada juga orang Danjia yang masih suka mengadakan upacara perkahwinan tradisional. Setakat ini, adat resam perkahwinan orang Danjia masih dipelihara dengan baik. Ramai juga orang asing datang ke sini untuk melihat dan mengalami sendiri upacara perkahwinan orang Danjia.
 |
Perkahwinan Orang Danjia |
 |
Suasana Perkahwinan Orang Danjia di dalam Kapal |
Yu Zhenzhen (Noriah)
Tahap 5
0 comments:
Catat Ulasan